Tuesday, December 28, 2010

Angin December

bulan 12 ataupon december merupakan bulan yang terakhir dalam sesebuah tahun. ada apa dengan december atau hujung tahun ni? entah...aku saja2 tulis, haha. apa2 pun merry xmas untuk semua penganut christian di malaysia dan di seluruh dunia. cepat pulak rasanya, pejam-celik ja dah nak habis 2010. laju btoi waktu beredar. aku rasa lah kan bumi sekarang tengah menambahkan kelajuan putarannya mengeliligi orbit. sebab itu rasa cepat semacam ja waktu berlalu. (sekadar ilusi bukan teori)

sebenaqnya bulan december ni merupakan bulan di mana aku paling banyak mengoder stuff! tak kiralah stuff berbentuk bahan bacaan (zine) ataupun bahan musical (cd dan tape). yang penting semunya adalah rilisan d.i.y! bulan ni mmg bnyak stuff yg aku oder. aku rasa december tahun ni aku nak istiharkan bulan paling banyak aku oder stuff. dah berjuta2 lemon aku habiskan untuk stuff2 ni...haha. tapi aku rasa 'angin' aku sedikit berubah. lewat ini aku jadi teruja untuk mengoder rilisan berbentuk kaset! ya, kaset ataupun tape yang dah kurang popular berbanding cd zaman sekarang ni. tapi aku agak gembira kerna terdapat distro/label records yang masih meneruskan usaha mengeluarkan rilisan dalam format tape ni. ini istimewanya d.i.y punk/hc bukan mcm industri arus perdana yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

kat sini aku tulis sikitt cerita/sejarah pasal tape yg aku ambil dan ubahsuai dari wikipedia; compact cassette, yang biasa disebut kaset, pita kaset, atau tape adalah media penyimpan data yang umumnya berupa lagu. berasal dari bahasa perancis, yakni cassette yang berarti "kotak kecil". kaset berupa pita magnetik yang mampu merakam data dengan format suara. dari tahun 1970 sampai 1990-an, kaset merupakan salah satu format media yang paling umum digunakan dalam industri musik. kaset terdiri dari kumparan-kumparan kecil. kumparan-kumparan dan bagian-bagian lainnya ini terbungkus dalam bungkus plastik berbentuk kotak kecil berbentuk persegi panjang. di dalamnya terdapat sepasang roda putaran untuk pita magnet. pita ini akan berputar dan menggulung ketika kaset dimainkan atau merakam. ketika pita bergerak ke salah satu arah dan yang lainnya bergerak ke arah yang lain. hal ini membuat kaset dapat dimainkan atau merakam di kedua sisinya. contohnya, side A dan side B.

dulu memang aku lebih sukakan rilisan berbentuk cd, tp secara tiba2 aku rasa lebih teruja untuk mengumpul tape. mungkin ini yang dinamakn gila tape? haha...gila spesis apa tu? secara jujurnya aku katakan dalam banyak² stuf yg aku oder lewat ni aku lebih banyak mengoder kaset. merasakan puas sekiranya dapat menambah koleksi tape aku. itu yang aku rasa sekarang. lebih² lagi sekarang ni distro/mailoder local tengah rancak mengadakan year end sale dan jualan penghabisan stock. so, aku rembat ja la yang mana bekenan...haha. thanx to borhan from bullwhip records untuk stuff2 yang telah selamat sampai. bullwhip records ni merupakan sebuah distro/mailoder tempatan yang paling aku percaya dan suka berurusan. dah lebih 5 tahun aku berurusan dengan borhan, tanpa ada masalah...santai. aku harap distro/mailoder local yang lain juga terus bersikap jujur berlandaskan prinsip d.i.y punk/hc yang sama² kita percaya di mana keuntungan bukan segala-galanya (idea dan propaganda yang harus diutamakan). grindcore against rip-off ! thanx gak kepada mailorder tempatan mcm bebal mailorder, pissart records, green peace distro  (sekadar menyebut beberapa nama) dan kawan² yang dah berurusan dengan aku. senang berurusan dengan kalian semua. semoga label records/distro/mailoder local terus wujud untuk memastikan segala material berunsur d.i.y ni terus rilis di muka bumi malaysia ataupun ke serata dunia (perghh...penuh wawasan). go d.i.y !



notakaki : lagu² d.i.y punk/hc bukan sekadar music semata-mata. tapi padat dengan
                idea dan propaganda. music for revolution. go!

Thursday, December 16, 2010

I'M THE LUCKY PERSON

Number Anda (0124579xxx)
Telah Berjaya Cabutan B'tuah
RM17.000.00,-
No Siri ; 778899
Sila Call Office:
0128063649
ORIGINAL

Penghantar;
Power Root

Sender:
+6285230151918
Message centre:
+62812049951
Sent:
16-Dec-2010
16:25:15


petang tadi, sedang aku bersenang-lenang di kamar.....

this is my lucky day! bertuah punya orang! kepala hotak tokwan dia! aku minum power root pun 5 tahun sekali (maksudnya sangat jarang!) beli...TAK PERNAH! minum pun secara kebetulan sebab abang ipaq aku bagi...haha. join peraduan, jauh sama sekali. tiba2 menang duet, banyak pulak tu! gila. masuk ni dah 4, 5 kali dah aku dapat mesej macam ni. maksudnya dah 4, 5 kali jugak la aku terpilih sebagai insan yang "bertuah". aku kaya! bodoh punya orang.

Friday, December 10, 2010

OLD MANIPULATIVE DEMOCRACY

Democracy never took place in Malaysia government since year 1957 when Malaysia got the independence from the British imperialism. The rulling government (UMNO/BN) manipulates the world democracy in order to win the peoples heart and trust to keep supporting them to rule Malaysia until now.

Malaysians government is a racist and religious oriented. They are struggling to defend one race to keep them in the safe side. They create barrier among the races and established an exclusive right for those who belongs to Malay race. Democracy is been misused and obscured with their own agenda and issues.

They hold and election for every 5 years to show that they practice democracy which turns out to be another scam of their shitty politics because the democracy is just surfacely done and bears too much hidden lies. All the leftist political parties involved in the election have very limited rights and spaces to express their feeling and issues. Everyone has very limited freedom of speech. All the medias are being controlled by the rulling government and no one in the left wings can appear in the media to spread their ideas and opinions.

So, what is the role of democracy? Malaysian government (UMNO/BN) has become too arrogant. They infuse hatred into people towards the oppositions. Election become one symbol of power when by whoever gets the majority votes seems to have rights to suppress and hate others. The right wings political movement, they all are big liars!


(Explanation of old manipulative democracy – song by Osmantikos)
diambil dengan sedikit ubahsuai dari split Osmantikos/Distrust



notakaki : ini tak bermaksud aku pro mana-mana parti,tapi ada otak tak kan 
                tak reti² fikir lagi? (huh...petrol+gula naik harga lagi)
                so, bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu! ala, nak jd negara maju
                lah katakan apa barang pakai minyak subsidi!

Saturday, November 27, 2010

Salah Kerbau Yang Hodoh?

"surat kau dah sampai, tapi duitnya tak ada?" aku terima sms tu tadi. ini bemaksud ada 'orang' yang tak bertanggungjawab dah selongkar sampul surat aku masa proses penghantaran surat itu berlaku! ya, salah aku juga  sebab pos surat beserta wang tunai. nasib baik 6 ringgit ja. kalau 60? 600? 6000? (memang aku tak akan pos la kalau banyak macam tu...haha...bodoh) tak ke rugi aku. sebenarnya aku ada la layangkan surat kepada seorang teman untuk oder stuff dari dia. tapi tak sangka pulak jadi mcm ni! (no problem bos, aku percayakan hang), sori lah yer...nanti aku bank in ja.

masalahnya di sini, aku bukan la nak ceritakan kerugian aku yang tak seberapa tu, tapi aku nak mempertikaikan perkhidmatan pos yang begitu cuai. salah jugak aku selit wang tunai dalam surat tu tapi ada apa masalah pulak dengan 'orang' yang buka sampul aku tu!? apakejadahnya semua ni!? aku bukan la 100% nak menunding jari menyalahkan perkhidmatan pos malaysia, pos thailand, pos sri langka atau sebagainya (apa aku merapu?) tapi aku sangat tak puas hati terhadap individu yang tak bertanggungjawab yang ada terlibat dalam perkhidmatan tersebut. pasaipa pulak yang 'dia' duk pi buka sampul aku tu? tak ke susah kalau sampul yang 'dia' buka tu merupakan surat cinta aku yang aku utus untuk kekasih hati aku? apa pulak akan jadi kalau 'dia' tu pandai² ubah kandungan surat cinta aku tu? tak ke dia menyusahkan aku, bila kekasih aku mintak putus sebab ada sesuatu yang tak kena dengan surat cinta aku tu! susah la macam ni. (eh, ada lg ke orang bercinta main kirim² surat zaman sekarang ha???)

maksudnya di sini, kerna terdapat individu yang bersikap kurang ajaq (aku rasa 'dia' kurang ajaq) dan tak bertanggungjawab dalam perkhidmatan ni telah menyusahkan orang lain sebagai pelanggan yang percayakan perkhidmatan itu. ini adalah sesuatu yang tak bagus! kerna seekor kerbau yg hodoh, kerbau2 lain juga dianggap hodoh. (aku baru reka peribahasa ni...tapi mengapa kerbau?) ini juga bukan soal wang yang hilang tapi soal kepercayaan. orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan yang sedia ada kalau masih wujud individu yang tak bertanggungjawab ni. aku juga bukan la nak salahkan posmen, kerani pos mahupun sesiapa tapi hanya 'dia' yang tahu siapa dia. terlalu anarkis sangat bagi aku kalau pos guna burung merpati. so, harap kejadian macam ni tak akan berulang lagi! sekian.



notakaki : ini soal kepercayaan, jangan sebab benda2 macam ni rakyat/pelanggan 
                jadi mangsa dan hilang   kepercayan. (diorang scan ke sampul nak tau ada 
                duit ke apa...bukak semua sampul dan chek nasib2 ada duit? 
                ah,karut...tak mungkin la).

Wednesday, November 24, 2010

read more, learn more #1

saat abang posman berhenti kat depan rumah aku, aku rasa sangat teruja kerna aku tau 'barang' aku sudah sampai! sehari sebelum hari raya aidiladha bermaksud aku berada di kampung halaman. aku buka sampul surat tu dan aku tersenyum sendiri bila di tangan aku kini terdapat 'a malaysian zine omnibus vol.1'! ya...zine itu sudah menjadi milik aku. thanx to azizi grind!

tengok cover, memang menarik. terlihat seorang punk yang menggalas beg guitarnya di kaki lima kota. artwork yang menarik dari nan (think smart act blur comix zine). zine yang aku maksudkan ini adalah HOMESICK zine di mana untuk pengetahuan anda yang tidak tahu, zine ini telah diriliskan dalam bentuk omnibus iaitu menghimpunkan tulisan-tulisan dari editor zine sekitar tanahair samada yang sudah lama mahupun yang baru dalam scene zine tempatan. diterbitkan 80% dalam bahasa ibunda dan 20% dalam bahasa penjajah. projek omnibus ini dijayakan dengan saudara nizang dari mosh zine sebagai moderator.

dengan terhasilnya zine seperti ini menunjukkan bahawa kewujudan zine dalam scene punk/hc bukanlah bersifat persaingan tetapi ia wujud untuk solidariti sesama editor, mahupun pembaca dan yang mendukung usaha itu sendiri. syabas diucapkan untuk editor-editor yang terlibat dalam menjayakan projek omnibus ini!
satu usaha yg bagus dalam memastikan budaya zine ini tak "mati" dalam scene punk/hc tempatan. aku harap homesick ini aku terus wujud untuk isu² yang seterusnya. dan aku juga harap selepas ini lebih ramai editor² zine serata tanahair mengambil bahagian. go!

aku rasa sangat 'sedap' untuk membaca zine dalam bentuk omnibus ini sebab aku dapat baca pelbagai isu/pendapat/gaya penulisan dari editor² zine yang berlainan dalam satu zine! aku pula tengah bercuti ketika ini, memang la best aku duk rileks² sambil baca zine. macam² isu yang diketengah oleh editor² yang mengambil bahagian dalam zine ini. ada yang menulis tentang isu semasa, menulis tentang kehidupan penulis, ada yang berkisar mengenai scene punk/hc tempatan, ada yang mengutarakan tentang zine culture dan salah satu daripadanya yang menarik perhatian aku adalah tentang kesihatan! bebelan oleh ayien (adaptation zine) yang bertajuk "oral dan cara pemakanan". sangat enak untuk dibaca kerana beliau bercerita tentang penjagaan oral atau gigi di mana sesetengah individu memandang remeh terhadap hal tersebut. beliau menerangkan tentang kebaikan flourida untuk kesihatan gigi, merupakan satu bahan yang terdapat dalam ubat gigi. flourida seakan sama seperti komposisi anatomi gigi dan sangat bagus untuk kesihatan gigi! ini menjawab persoalan di mana ada pihak yang pandai² cakap flourida itu bahaya untuk kesihatan. selain itu, beliau juga ada menyebut tentang kebaikan xylitol iaitu satu bahan  menggantikan sucrose (gula) yang terdapat dalam chewing gum. kata ayien si doktor gigi, "punk tu punk juga...tapi gigi kena jaga!" haha...satu penulisan yang bagus aku rasa.

antara zine² yg terlibat dalam homesick ini merupakan zine² yang dah lama wujud mahupun yang baru dalam scene local. antara yang terlibat adalah :

- Abstained Agogo 9.1
- Conscious
- DRSA #10.2
- Adaptation 4 1/2
- A Dream ? vol.2.5
- Ancaman Kecil #2.5
- Bebal #9
- Qaseh Sayunk 3.5
- Mosh # 13.5
- Dead Memories issue5
- Hitam Putih #2.1
- Masked Reader #11
- Sebutir Bintang Merah
- Ranjau Di Jalanan #5
- Blur #4.5

sekali lagi syabas, dan kudos untuk mereka² yang terlibat! aku harap homesick akan terus kekal untuk isu² yang seterusnya bagi memeriahkan lagi scene punk/hc tempatan. go! sekian.


homesick 'a malaysian omnibus zine vol.1'. untuk dapatkan zine ini sila hubungi saudara nizang berdasarkan alamat yang tertera dalam gambar di atas. ayuh, support zine tempatan!

Thursday, November 11, 2010

Bernafas Lega

fuhhh...! aku menghembus nafas lega (berserta asap rokok yang di dalamnya dipercayai mngandungi 4000 jenis bahan kimia - tapi aku masih tetap hisap juga!) . paper dah habis, exam dah tamat! jadi aku sedikit lega dan rasa bebas dari belengu peperiksaan yang aku rasa agak menyebalkan bagi seorang student yang suka study last minute macam aku. susah juga terjebak dalam bidang kejuruteraan ni. hampir 2 minggu aku terpaksa menghadap buku/modul untuk subjek yang aku ambik sem ni. malay ada english ada nasib baik modul aku tak ada yang dalam bahasa sanskrit!

jadi, sekarang adalah masa aku bertenang sebelum keluarnya result (di mana ketika itu perasaan berubah menjadi seolah² seorang kanak-kanan yang cuak menunggu giliran bersunat). masa yang agak terluang macam ni aku rasa bagus untuk aktivi pembacaan zine lah. aku dah oder zine dari saudara azizi (editor BEBALZINE). bebal zine isu-10 yang dia pos 2 minggu lepas pun aku baru saja habis baca. menarik juga isu kali ni. kalau ada masa nanti aku rasa macam nak tulis/ulas (cara aku sendiri) tentang isu2 yang dimuatkan dalam zine² yang aku baca. aku rasa gembira juga sebab masih wujud editor² zine yang tetap rajin dan tak jemu² menulis begini. go!

aku rasa, adalah amat bagus kalau aku pelbagaikan bahan bacaan aku. sekurang-kurangnya tak ada lah aku rasa macam tinggal dalam aquarium kosong. (apa yang aku cuba maksudkan?) dan aku rasa aku pelu baca apa saja yang aku rasa ingin baca. membaca itu pun memerlukan teknik yang tersendiri. baru lah apa yang kita baca itu memberi kesan terhadap perkembangan pengetahuan, tingkahlaku mahupun hidup kita. dan selain bermusik, berpuisi, melukis atau menulis aku rasa membaca juga satu art.


notakaki: aku bukan seorang pembaca tegar ataupun ulat buku

Friday, October 29, 2010

INI CERITA SERAM

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1.17 pagi. Meon masih tak dapat melelapkan matanya. Di fikirannya masih terbayang-bayangkan Senah, janda anak satu jiran selang 2 biji rumah dari rumahnya. Lengang-lenggok si Senah yg montok itu menerjah di segenap pelusuk minda Meon. "ishkkk...kalau la aku dapat janda Senah tu..." Meon bersuara sendirian dengan nada geram berbaur ghairah. Si janda Senah benar-benar membuatkan batin si teruna itu meronta-ronta rakus! Meon berpusing ke kiri dan kanan, masih tak dapat melelapkan mata.

Kira-kira 30 minit telah berlalu, namun dia masih tak dapat lena. "arghhhhh! bodoh la..." ntah setan apa yang merasuk Meon, secara tiba-tiba dia menjerit sendirian. Meon bingkas bangun dan terus menuju ke dapur. Dia membuka peti ais dan mengintai-ngintai seketika. Terpandang carrot susu yang dibelinya di pasar malam awal tadi. Masih ada separuh gelas. Meon mencapai gelas tersebut..."ggulp...ggulp..." Meon meneguk carrot susu tersebut penuh nafsu. Meon kemudian berjalan ke ruangtamu sambil membawa gelas berisi carrot susu tersebut. Dia menyalakan sebatang rokok suria. Kerna matanya masih belum mahu pejam, Meon mengambil keputusan untuk melepak di luar rumahnya.

Kesunyian malam yang diiringi dengan bunyi cengkerik itu membuatkan hatinya tenteram. Meon menikmati suasana malam sambil menghembus asap rokok suria...berbau cengkih. Sambil itu dia terus meneguk sisa-sisa carrot susu yang masih ada di dalam gelas. Matanya memerhati keadaan sekeliling yang suram hanya diterangi lampu jalan. Sedang asyik Meon meneguk minumannya, tiba-tiba dia terpandang satu lembaga sedang berdiri dibawah limpahan cahaya lampu jalan yang suram itu tak berapa jauh dari rumahnya. Setelah diamatinya betul-betul, dia yakin itu susuk tubuh seorang manusia. Tapi apa manusia tu buat kat situ? Pekerjaan bodoh apakah yang sedang dilakukan oleh manusia itu sambil berdiri tercegat di bawah tiang lampu jalan? Dan kenapa pulak manusia tu nampak macam sedang memandang ke arahnya? Soalan demi persoalan terus menerjah ke dalam kepala Meon.

Semakin lama Meon merasakan susuk tubuh misteri itu seolah-olah semakin menghampiri kawasan rumahnya. Sekali Meon mengelip matanya, susuk tubuh tersebut semakin hampir kepadanya. Meon jadi kaget! "mnatang apa pulak ni, pagi-pagi buta macam ni!?" Meon merungut sendiri. Setelah 7 kali Meon mengelip matanya, susuk tubuh tersebut sudah pun berada betul-betul di depan pintu pagar rumahnya! Perasaan seram yang amat sangat terus menjalar ke seluruh tubuh Meon. Dengan bantuan cahaya lampu jalan di depan rumahnya, Meon dapat melihat dengan agak jelas apakah yang sedang berdiri di depan pintu pagar rumahnya itu. Seorang lelaki yang berwajah pucat ala-ala orang mati, memakai long coat kolar terangkat sedang memerhati tepat ke arahnya. Berderau darah Meon. Dia kini kaku seperti patung akibat sangat takut. Secara mendadak, lelaki berwajah pucat dengan long coat kolar terangkat tu terus melompat dan melayang melepasi pagar di halaman rumah Meon. Meon makin terkejut beruk dan terus menggigil ketakutan. Beberapa saat sahaja, lelaki misteri itu sudah pun berada betul-betul di depan Meon. Dengan wajah yang pucat dan mata kemerahan lelaki misteri itu tersenyum memandang Meon sambil mempamirkan sepasang taring yang tajam meruncing! "i needs your bloods" lelaki misteri itu bersuara dengan nada serak-serak basah dan terus mencekik leher Meon.

Belum sempat taringnya terbenam ke leher Meon, tiba-tiba..."pangggggg!" satu tamparan yang sangat kuat umpama tamparan seorang askar pencen terhadap anaknya yang kantoi mencuri duit dalam poket seluar singgah di pipi lelaki bertaring tersebut. "ni apa kejadahnya pulak dracula yang muncul nih!? hang tau dak, ni kat mana? ni Changlun,Kedah...tak dak dalam sejarah lagi dracula mai Kedah...nampak sangat cerita ni tak logik! lagipun mana ada dracula kat Malaysia cheq oi!" Meon terus memarahi dracula itu. "ka hang nak pi danok?" Meon terus menyindir dracula tersebut. "i'm sorry sir..." dracula itu terus ghaib akibat malu kerna dimarahi Meon. Rokok suria masih di mulut, Meon membuat sedutan yang terakhir dan membuang puntung rokok tersebut. Dia masuk ke rumah dan terus menuju ke biliknya. Dia merasakan adalah lebih enak jika dia tidur dan bermimpikan janda Senah.




hantu omputih ni boleh diajak bersembang, tak macam hantu-hantu kat malaysia
yang kebanyakannya style rasuk orang pastu bunuh  [rujuk filem-filem seram tempatan]
 

Saturday, October 16, 2010

Saya Orang Pertama

"ini merupakan berus gigi terbaru ciptaan kami...ia mempunyai ciri2 alat membersih gigi yg sgt canggih, mempunyai berus bulat di bahagian depan dan boleh berputar secara auto bila anda masukan ke dalam mulut utk memberus gigi anda. berus gigi ini dapat membersihkan gigi di bahagian luar dan dalam kerna bentuk berusnya memang direka khas utk tujuan itu. selain itu, ia juga mempunyai batang pemegang yg boleh di cabut dan boleh ditukar ganti dgn pelbagai jenis warna pilihan kesukaan anda. ayuh dapatkan segera sementara stok masih ada! hanya rm6.50 setiap satu ".kata seorang jurujual berus gigi di sebuah rilis party berus gigi produk follow me.

orang ramai yg teruja mendengar ceramah berus gigi tu berpusu-pusu ke depan utk mendapatkan produk tersebut.
aku buat muka slumber pak lebai. dalam hati tergelak sinis "eleh aku dah ada berus gigi ni, baru ja beli tadi kat minimarket berhampiran. aku dpt berus gigi tu 2inggit ja, tokei minimarket tu jual kt aku yg display utk promosi punya". aku org 1st yg dpt berus gigi tu, memandangkan hanya minimarket tu ja yg jd pengedar tunggal produk tersebut. dah la tu, aku dapat murah pulak! hahahahaha...aku tergelak bangga. uhukk2, aku terbatuk dan terus terjaga.

macam celaka ja mimpi aku kali nih! apa punya mimpi lah, berus gigi yg bukan2 boleh muncul dalam tidoq aku.kalau mimpi megan fox ok la jugak. ini berus gigi yg muncul. ishkkk...pelik sungguh! ptg semalam aku balik ke cpc bundle, time nak mandi baru aku sedaq yg aku tertinggal berus gigi. malam aku keluaq lps tu aku beli berus gigi baru. tak sangka pulak sampai terbawak-bawak dalam tidoq.


notakaki : kesihatan gigi amat penting untuk menjamin kehidupan anda yg lebih 
               baik. anda mungkin kehilangan peluang pekerjaan jika anda tak menghadiri 
               sesi interview kerna sakit gigi.(aku rasa tak sempurna hidup aku kalau 
               tak berus gigi. sehari x mandi ok lg dr sehari x berus gigi)


         

Friday, October 15, 2010

Rokok Naik

Sebagai seorang perokok, aku jadi tergamam bila apek tokei sebuah kedai runcit tu cakap harga rokok naik 7 kupang (70sen) untuk pack 20 btg! Aku kaget, kelu tak terkata...diam seribu bahasa umpama terkena ilmu pukau seorang bomoh handalan. Apabila aku tersedaq semula ke alam realiti, perasaan terkejut berbaur marah bermain-main difikiran aku. Patut kah aku bg penampaq ala2 cikgu disiplin kat apek tu? Pada firasat aku, dia tak bersalah dalam hal ni. Aku rasa ni kali pertama harga rokok naik secara mendadak dan paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga rokok.

Perokok-perokok di seluruh negara masih hangat memperkatakan isu ni. Mesti pakat tak puas hati. Aku sendiri pon rasa cmtu jugak. Aku yg isap Marlboro ni terpaksa keluaqkan RM10 utk dapatkan sebungkus Marlboro softpack20! Pekena nasi kandaq kenyang tuh! Bapak punya mahal! Sebelum ni harga RM9.30 (sebenaqnya mahal jugak...tp bila jd RM10 benda ni nampak lebih nyata tahap “kemahalan”nya). So, mula la merungut tak puas hati. Memandangkan isu ni masih hot, mari kita bincangkan sikit pasal masalah kenaikan harga rokok kpd perokok2 tegar (salah seorangnya,aku).

Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok lebih kurang 3.5 sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 70 sen di dalamnya meliputi duti eksais dan cukai jualan. Terdapa satu kenyataan berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja. Kerajaan memang perihatin kan...juga menambah keuntungan.

Agak-agak la kan, harga rokok yg naik ni mampu bg kesedaran kt perokok2 tegar  kt Malaysia ni? Mungkin ya, mungkin tak. Tp aku rasa la kan ramai yg ‘tak’, naik la sampai 20ringgit pon, kalau dah nak isap tu dia beli jugak! So, sapa yg untung kt sini? Kilang rokok kah? Kerajaan kah? Peniaga rokok kah? atau perokok? Pendapat aku, kerajaan kena paham la rakyat berstatus perokok nih. Naik harga rokok pon tak guna, ckp nk ‘bantu’ bg ‘batu’ ada la...beban. Mmg la rokok bahayakan kesihatan, tp apa salahnya kalau turunkan harga rokok so, duit yg selebihnya boleh la guna utk kos rawatan bila dah kena penyakit akibat dari tabiat menghisap rokok tu.

Ada satu pertubuhan swasta di sebuah negeri tu siap mintak kerajaan naikkan harga rokok sampai RM30. Dia nak bandingkan harga rokok kat Malaysia dengan Singapore...depa dollar kot, kita ringgit. Jadi, ni semua hanya menyusahkan rakyat yang berkerja “biasa-biasa” ja. Yang gaji ribu-ribu mungkin buat tak tau. Tak isap rokok boleh ar cakap. Abis tu sapa suruh isap rokok? Apa nak buat, benda ni ada depan mata. Aku pon satu, dah tau yg Philip Morris tu bapak kapitalis, aku duk beli jugak. Celaka punya kapitalis! Stop terus kilang rokok ar! Tak berani? Takut rugi?

Aku nak beletiaq banyak2 pon tak guna, bukannya harga rokok nak turun walaupon menteri belia dan sukan baca apa yg aku tulis nih (apa kes pulak dgn sukan kt Malaysia?) So, ada otak sendiri pikiaq. (sambil menghembus asap rokok daun)



bagi mereka2 yg ingin berjimat, buleh start belajaq gulung daun rokok sekarang!(aku dah kategori expert...haha)


Sunday, October 3, 2010

Alasan

Aku tak sempat nak post entri baru atau update blog ni. Sekarang aku tengah asyik dan sibuk membaca KAMUS DWIBAHASA/OXFORD/ FAJAR.

(mungkin orang akan percaya alasan ni-sambil intai2 facebook,melihat telatah manusia di situ)

Saturday, September 25, 2010

Obat?

" musik memang baguih...kalau boring², 
   buleh maen gitar selagu ok ar...duk  
   sakit  pon jadi lega!"pakcik


 ( time aku tengah lepak kat kaunter CPC bundle&jamming studio sambil menghadap sebuah pc tiba² aku didatangi seorang lelaki tua. aku tak tau nama dia, so aku panggil pakcik saja. borak² dengan aku pasal musik, dia ambik gitar kapok petik dua tiga lagu. aku tak kenal dia, tapi yang pastinya dia seorang pencinta music. )

Friday, September 24, 2010

Sadis

Pagi tadi...ketika dalam perjalanan ke kelas.

Aku berjalan dengan pantas ala² warga japan yang sentiasa mengejar masa (sebenaqnya aku dah terlewat 15 minit!). Tiba di suatu persimpangan menuju naik ke tangga yang agak tinggi, lebih kurang 17 anak tangga aku tergamam seketika! Aku terpandang satu eksiden.

Ramai yang terkorban! Bergelimpangan kat atas jalan tu, dengan isi perut yang terburai keluaq. Cebisan² daging bersepah merata-rata. Ada yang masih bergerak-gerak walaupun badan dah tiggal separuh, mungkin cuba untuk mendapatkan bantuan. Kesian pulak aku tengok. Tapi aku dah tak punya banyak masa untuk menghulurkan bantuan. Aku nak cepat ni! 

Aku meneruskan langkahku dgn slumber rock. "Praaap" aku terpijak sesuatu! Aku angkat kaki aku...alamak! Aku terpijak mangsa eksiden tu. Beliau mati serta merta. Alahai kesian pulak aku kat ulat gonggok ni. Eksiden lagi...ramai yang mati akibat dipijak oleh student yang lalu-lalang. Kesian kat ulat gonggok. Sapa suruh lepak ramai² kat atas jalan tu, kan dah kena pijak. Nasib hang la ulat gonggok oi...sadis.

Thursday, September 23, 2010

Terbatas

Pejam celik, pejam celik dah sebulan lebih laptop aku hilang. Hati masih panas! Nasib baik la ni musim hujan so xda la panas sangat. Petang ja, mesti hujan. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai-renyai ja. Tp yang pasti, time tu amat enak untuk tidoq.Tidoq petang babe! Jaga ja dah dekat nak maghrib. Bila dah lama sangat tidoq petang, mai time malam ja mata mula la terbeliak. Susah nak pejam... hah,time ni la aku mula rasa bosan ditambah pulak dengan ketiadaan laptop aku! Nak dengaq lagu tak buleh, nak jelajah khayalan kat pangkal otak sambil tulis blog pon tak buleh! Semuanya terbatas, apa punya mangkaq la...tp aku teruskan sifat cool dalam diri. Tak mati pon kalau tak buleh online. Orang-orang zaman dulu  sebelum wujudnya piring hitam rilex ja lepak-lepak minum kopi sambil isap cerut cap ikan...tak gaduh nak online pon. Tapi aku dah start menabung duit syiling, nak beli laptop baru!

(kawan aku gunakan laptop untuk buat assingment dan main game ja, dia kurang minat terhadap alam siber... mungkin fikiran dia masih bersama orang2 di zaman sebelum wujud piring hitam... time ni la aku ada peluang untuk online! la.la.la)

Thursday, September 2, 2010

PENGETAHUAN

Di suatu sudut yang agak terlindung dari penglihatan,suasana yang suram dan agak sunyi...

Orang 1 : Kau tahu tak?
Orang 2 : Tak tahu...
Orang 1 : Memang ar kau tak tahu!
Orang 2 : Sebab kau tak beritahu!
Orang 1 : Kau yang tak pernah ambik tahu...
Orang 2 : Apa yang kau tahu?
Orang 1 : Kau bukannya tahu pun kalau aku beritahu...
Orang 2 : Coba kau beritahu aku!
Orang 1 : Apa yang kau nak tahu?
Orang 2 : Mana lah aku tahu!
Orang 1 : Kau tak tahu apa yang kau nak tahu?
Orang 2 : Memang ar, sebab aku tak tahu apa yang kau tahu!
Orang 1 : Aduh! Macam mana aku nak beritahu kau,
               sedangkan aku tak tahu apa yang kau nak tahu.
Orang 2 : Oh, aku tahu!
Orang 1 : Apa yang kau tahu?
Orang 2 : Mungkin kita sama-sama tak tahu...

Mereka terdiam seketika, sambil menggaru-garu kepala
walaupun tiada rasa gatal. Kedua-duanya makin kabur dan hilang larut bersama udara sekeliling.

Wednesday, August 25, 2010

LESAP!

Tanggal 20/08/2010 bersamaan 10Ramadhan...Laptop Compaq CQ42 ber'prosessor' COREi3 gua telah lesap dikebas orang! Gua tergamam tak terkata! Bilik gua kena ceroboh! Celaka tu 'sapu' laptop gua ja! Nasib baik barang-barang lain selamat.Tapi gua memang tak puas hati! Dah dua kali berlaku kecurian di bilik gua. Celaka tu buat jahat tak kira waktu,bulan posa pun mau tambah dosa! Tak dapat kat gua tak apa,kalau dapat binasa lu jawabnya! Tapi gua sebagai insan yang teraniaya tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu berserah (gua rasa macam nak santau ja celaka tu). Gua sendiri tak tau apa salah gua.

Tak pernah pulak gua curik barang orang sebelum nih. Hukum karma? Ntah la...gua masih terfikir kesilapan masa lampau gua. Tapi yang pasti gua tak mencuri barang orang. Redha ja la (alahai celaka, lu tunggu la nasib lu nanti). Segala penulisan gua tertangguh di sini,semuanya gara-gara si pencuri celaka. Gua sumpah hidup lu merana 7 keturunan sampai la lu datang melutut kat gua!

Astaghfirullah.

Wednesday, August 18, 2010

Aku baru bikin blog

Sebenarnya ini kali pertama aku menulis untuk blog (maksudnya kali kedua selepas entri yang pertama). Aku baharu saja melibatkan diri dalam penulisan ni (penulisan blog). Sebelum ni aku hanya menulis untuk diri aku sendiri. Kalau ada masalah atau ketidakpuasan hati, aku coretkan saja atas kertas A4 lepas tu aku renyuk-renyukkan dan buang dalam tong sampah. Kenapa aku buat begitu? Aku sendiri tak pasti,apakah masalah yang aku hadapi akan turut “terbuang” bersama kertas itu? Haha… tak mungkin… Tapi sekurang-kurangnya aku sedikit lega.  

Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk menulis di blog ini,mungkin dapat berkongsi  hasil penulisan aku yang tak seberapa ni. Ini sebagai permulaan. Perut yang kekenyangan akibat berbuka puasa tadi menyebabkan idea aku untuk menulis agak terbantut. Nyalakan sebatang Marlboro (softpack) sambil dengar lagu berjudul “Real Life Exploitations” dendangan OSMANTIKOS yang dipetik dari  EP mereka,Burn All The Oder! Tiba-tiba ada budak ketuk pintu bilik aku. Penulisan aku terhenti seketika. Aku nampak budak tu bawak tabung, kutip derma untuk rumah anak-anak yatim katanya. “tak kesah berapa,janji ikhlas”… Aku ambil duit dalam poket seluar dan masukan dalam tabung tu. Nilainya aku tak dapat nyatakan di sini (nanti jadi tak ikhlas pulak). Aku jadi terfikir sejenak tentang nasib anak-anak yang kurang bernasib baik tu. Mereka menempuh ramadhan dalam serba kekurangan dan tak lama lagi akan menyambut hari raya tanpa ibu dan ayah. Pilu…

Aku rasa cukup setakat ni, sebabai permulaan. Ada pula rakan yang datang mengajak untuk turut serta dalam acara menyambut birthday seorang rakan sekelas. Apa aku nak bawak? Budu! Ya budu… memang rare jika dicampur dengan sirap!

REALITI

Sejenak di pasar malam... "Abah dah kata! Abah dah kata dah!" kata seorang bapa kepada anak kecilnya yang diam seribu bahasa kerana terjatuh ke dalam longkang .Anak kecil itu merasa agak tertekan berada dalam situasi tersebut.

Si anak semakin tertekan dengan sikap ayahnya yg masih bersuara berulang-ulangkali..."Abah dah kata dah..Abah dah kata dah,adik mesti jatuh longkang...Abah dah kata dah!"

Si anak kini berada dalam kecelaruan,hanya diam membatu tanpa ada tanda-tanda ingin keluar dari longkang itu.Dia keliru samada ingin menangis,ketawa mahupun bersuara.Di dalam kepalanya berlegar-legar persoalan demi persoalan.Patutkah dia menangis dalam situasi begini? Mengapa ayahnya terlalu lama mengambil masa untuk mengangkatnya keluar dari longkang itu? Asyik mengeluarkan kata-kata yang sama sahaja berulangkali,mengapa tidak diangkat saja dia keluar dari longkang yang busuk itu?

Akhirnya,si bapa mengangkat keluar si anak dgn mulutnya masih lagi berkata "Abah dah kata dah! Abah dah kata dah tadi."Ini membuatkan si anak semakin benci mendengar perkataan itu! Damn!