"surat kau dah sampai, tapi duitnya tak ada?" aku terima sms tu tadi. ini bemaksud ada 'orang' yang tak bertanggungjawab dah selongkar sampul surat aku masa proses penghantaran surat itu berlaku! ya, salah aku juga sebab pos surat beserta wang tunai. nasib baik 6 ringgit ja. kalau 60? 600? 6000? (memang aku tak akan pos la kalau banyak macam tu...haha...bodoh) tak ke rugi aku. sebenarnya aku ada la layangkan surat kepada seorang teman untuk oder stuff dari dia. tapi tak sangka pulak jadi mcm ni! (no problem bos, aku percayakan hang), sori lah yer...nanti aku bank in ja.
masalahnya di sini, aku bukan la nak ceritakan kerugian aku yang tak seberapa tu, tapi aku nak mempertikaikan perkhidmatan pos yang begitu cuai. salah jugak aku selit wang tunai dalam surat tu tapi ada apa masalah pulak dengan 'orang' yang buka sampul aku tu!? apakejadahnya semua ni!? aku bukan la 100% nak menunding jari menyalahkan perkhidmatan pos malaysia, pos thailand, pos sri langka atau sebagainya (apa aku merapu?) tapi aku sangat tak puas hati terhadap individu yang tak bertanggungjawab yang ada terlibat dalam perkhidmatan tersebut. pasaipa pulak yang 'dia' duk pi buka sampul aku tu? tak ke susah kalau sampul yang 'dia' buka tu merupakan surat cinta aku yang aku utus untuk kekasih hati aku? apa pulak akan jadi kalau 'dia' tu pandai² ubah kandungan surat cinta aku tu? tak ke dia menyusahkan aku, bila kekasih aku mintak putus sebab ada sesuatu yang tak kena dengan surat cinta aku tu! susah la macam ni. (eh, ada lg ke orang bercinta main kirim² surat zaman sekarang ha???)
maksudnya di sini, kerna terdapat individu yang bersikap kurang ajaq (aku rasa 'dia' kurang ajaq) dan tak bertanggungjawab dalam perkhidmatan ni telah menyusahkan orang lain sebagai pelanggan yang percayakan perkhidmatan itu. ini adalah sesuatu yang tak bagus! kerna seekor kerbau yg hodoh, kerbau2 lain juga dianggap hodoh. (aku baru reka peribahasa ni...tapi mengapa kerbau?) ini juga bukan soal wang yang hilang tapi soal kepercayaan. orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan yang sedia ada kalau masih wujud individu yang tak bertanggungjawab ni. aku juga bukan la nak salahkan posmen, kerani pos mahupun sesiapa tapi hanya 'dia' yang tahu siapa dia. terlalu anarkis sangat bagi aku kalau pos guna burung merpati. so, harap kejadian macam ni tak akan berulang lagi! sekian.
notakaki : ini soal kepercayaan, jangan sebab benda2 macam ni rakyat/pelanggan
jadi mangsa dan hilang kepercayan. (diorang scan ke sampul nak tau ada
duit ke apa...bukak semua sampul dan chek nasib2 ada duit?
ah,karut...tak mungkin la).
No comments:
Post a Comment