Wednesday, November 24, 2010

read more, learn more #1

saat abang posman berhenti kat depan rumah aku, aku rasa sangat teruja kerna aku tau 'barang' aku sudah sampai! sehari sebelum hari raya aidiladha bermaksud aku berada di kampung halaman. aku buka sampul surat tu dan aku tersenyum sendiri bila di tangan aku kini terdapat 'a malaysian zine omnibus vol.1'! ya...zine itu sudah menjadi milik aku. thanx to azizi grind!

tengok cover, memang menarik. terlihat seorang punk yang menggalas beg guitarnya di kaki lima kota. artwork yang menarik dari nan (think smart act blur comix zine). zine yang aku maksudkan ini adalah HOMESICK zine di mana untuk pengetahuan anda yang tidak tahu, zine ini telah diriliskan dalam bentuk omnibus iaitu menghimpunkan tulisan-tulisan dari editor zine sekitar tanahair samada yang sudah lama mahupun yang baru dalam scene zine tempatan. diterbitkan 80% dalam bahasa ibunda dan 20% dalam bahasa penjajah. projek omnibus ini dijayakan dengan saudara nizang dari mosh zine sebagai moderator.

dengan terhasilnya zine seperti ini menunjukkan bahawa kewujudan zine dalam scene punk/hc bukanlah bersifat persaingan tetapi ia wujud untuk solidariti sesama editor, mahupun pembaca dan yang mendukung usaha itu sendiri. syabas diucapkan untuk editor-editor yang terlibat dalam menjayakan projek omnibus ini!
satu usaha yg bagus dalam memastikan budaya zine ini tak "mati" dalam scene punk/hc tempatan. aku harap homesick ini aku terus wujud untuk isu² yang seterusnya. dan aku juga harap selepas ini lebih ramai editor² zine serata tanahair mengambil bahagian. go!

aku rasa sangat 'sedap' untuk membaca zine dalam bentuk omnibus ini sebab aku dapat baca pelbagai isu/pendapat/gaya penulisan dari editor² zine yang berlainan dalam satu zine! aku pula tengah bercuti ketika ini, memang la best aku duk rileks² sambil baca zine. macam² isu yang diketengah oleh editor² yang mengambil bahagian dalam zine ini. ada yang menulis tentang isu semasa, menulis tentang kehidupan penulis, ada yang berkisar mengenai scene punk/hc tempatan, ada yang mengutarakan tentang zine culture dan salah satu daripadanya yang menarik perhatian aku adalah tentang kesihatan! bebelan oleh ayien (adaptation zine) yang bertajuk "oral dan cara pemakanan". sangat enak untuk dibaca kerana beliau bercerita tentang penjagaan oral atau gigi di mana sesetengah individu memandang remeh terhadap hal tersebut. beliau menerangkan tentang kebaikan flourida untuk kesihatan gigi, merupakan satu bahan yang terdapat dalam ubat gigi. flourida seakan sama seperti komposisi anatomi gigi dan sangat bagus untuk kesihatan gigi! ini menjawab persoalan di mana ada pihak yang pandai² cakap flourida itu bahaya untuk kesihatan. selain itu, beliau juga ada menyebut tentang kebaikan xylitol iaitu satu bahan  menggantikan sucrose (gula) yang terdapat dalam chewing gum. kata ayien si doktor gigi, "punk tu punk juga...tapi gigi kena jaga!" haha...satu penulisan yang bagus aku rasa.

antara zine² yg terlibat dalam homesick ini merupakan zine² yang dah lama wujud mahupun yang baru dalam scene local. antara yang terlibat adalah :

- Abstained Agogo 9.1
- Conscious
- DRSA #10.2
- Adaptation 4 1/2
- A Dream ? vol.2.5
- Ancaman Kecil #2.5
- Bebal #9
- Qaseh Sayunk 3.5
- Mosh # 13.5
- Dead Memories issue5
- Hitam Putih #2.1
- Masked Reader #11
- Sebutir Bintang Merah
- Ranjau Di Jalanan #5
- Blur #4.5

sekali lagi syabas, dan kudos untuk mereka² yang terlibat! aku harap homesick akan terus kekal untuk isu² yang seterusnya bagi memeriahkan lagi scene punk/hc tempatan. go! sekian.


homesick 'a malaysian omnibus zine vol.1'. untuk dapatkan zine ini sila hubungi saudara nizang berdasarkan alamat yang tertera dalam gambar di atas. ayuh, support zine tempatan!

No comments:

Post a Comment