Friday, December 30, 2011

lirik lagu gaban setelah mengalami beberapa sesi penterjemahan menggunakan google translate

NA N'darou manusia? Saya suka NA Guzuguzu
NI tinggi Wo enjin tanpa payudara tsukero
Koko adalah ze DA saya - Wahai orang-orang yang tinggal rumput
Cahaya esok dasshu SA de hayasa

Nanda SA kecapi TTE Furimukanai Wakasa Wakasa
Saya kecapi Nanda SA Tamerawanai TTE
Gyaban! air mata Abayo
Gyaban! Yuki Yoroshiku
Keiji Gyaban ruang!

Yatsu Warui - Malaikat Kao Cite RA Selangor
Wo toide minda mod mengisi "RU SA Mono
MO MO MO Nai NA bunga bijih Ohmae
Splendour tanpa Otono Fumitsukerarenai NI SA

Nanda SA kecapi TTE Akiramenai Wakasa Wakasa
Saya kecapi Nanda SA Kuyamanai TTE
Gyaban! Abayo kinou
Gyaban! Skrin Yoroshiku
Gyaban ruang detektif

Nanda SA kecapi TTE Furimukanai Wakasa Wakasa
Saya kecapi Nanda SA Tamerawanai TTE
Gyaban! air mata Abayo
Gyaban! Yuki Yoroshiku
Keiji Gyaban ruang!

Thursday, December 29, 2011

I Sleep With My Eyes Open (Comadre)

The last time we spoke, we ended up no where
And it seems like my words
Aren't any better than your quotes, 
Our speeches were reversed
Just like the movements of our hands, 
With every sentence I became more afraid
I remember every sentence and I remember every word, 
Because through this mirror
I thought my words would come out backwards
And your mouth is just a reflection of what I can't swallow.





Wednesday, December 28, 2011

Pantai

hari ini adalah selama-lamanya dan kiamat itu ada di sini 
kerana ia akan kekal selamanyahari ini adalah kekal
aku hitung detik-detik menahan nafasku
cuba untuk tidak menerima, oh bagaimana aku lebih suka 
untuk terlupa
ribut itu bergerak pantas melenturkan tanah
menyeret lautan melemaskan tangan-tangan yang tidak mampu berbuat apa-apa
tetapi dalam waktu-waktu akhir kelak kita akan berdiri di hadapan matahari
yang akan membakar badan kita, terbakar bersama-sama sebagai satu jasad
dan selamanya kekalselagi cinta kita bertahan
kekal dalam erti kata lain; takdir itu lah penentu


*adakah ini aku?

Monday, December 26, 2011

separuh hati sudah cair dan separuh lagi dibawa terbang oleh perempuan bersayap

semalam zack pergi kedai beli rokok. dia jalan kaki saja, sebab nak bawak motor atau kereta susah, salji tebal. eh, bukan salji tapi gula kapas sebenarnya. entah la, mungkin gula dekat kilang gula semua sudah meruap dan menghasil gumpalan gula kapas menggantikan awan dan akhirnya luruh jatuh ke bumi macam salji. sambil-sambil berjalan tu zack ada capai dan makan sedikit gula kapas yang melekat pada hujung-hujung daun pokok tepi jalan tu, manis. tipikal, rasa gula.

dalam perjalanan, langkah zack tiba-tiba terhenti. dia nampak ada seorang perempuan bersayap sedang terjelopok di atas jalan. zack segera menuju ke arah perempuan bersayap tu lalu bertanya, "boleh saya bantu cik?" perempuan bersayap itu mengangkat mukanya sedikit memandang zack. pehh! muka sebijik macam zooey deschanel. "sayap saya patah." perempuan bersayap itu menjawab. tanpa banyak bicara lagi, zack terus mengangkat dan memapah perempuan bersayap itu pulang ke rumahnya.

sampai di rumah, zack buat secawan kopi panas untuk perempuan itu. "terima kasih,anggap saja nama saya zooey." kata perempuan bersayap itu sambil mencapai kopi panas di tangan zack. tangan mereka bersentuhan. hati zack tiba-tiba berdegup kencang. belum pernah dia rasa sekencang ini. zack pandang perempuan bersayap yang kini kita boleh anggap yang nama dia zooey. zooey cuma tersenyum.manis, lebih manis dari rasa tipikal gula. hati zack yang tadinya berdegup kencang kini cair separuh. "boleh awak tolong betulkan sayap saya?" tanya zooey memecahkan keheningan suasana ketika itu. zack terus masuk ke dalam bilik dan mengambil gam cap gajah. zack lekat kembali sayap zooey yang patah itu.

sesudah habis secawan kopi, sayap yang patah itu pulih kembali. zooey senyum pada zack lalu mengucapkan terima kasih. hati zack cair lagi. kali ini zack tekad, dia mahu beri hatinya yang separuh lagi sudah cair pada zooey. zack sudah menyukai perempuan bersayap itu. dia toreh sedikit dada lalu mengeluarkan hatinya lalu diberikan pada zooey. "nah, ambil hati saya ini...maaf separuh lagi sudah cair." zooey ambil hati zack lalu bangun berjalan ke muka pintu. dia depakan sayapnya lalu terbang sambil melambai-lambaikan tangan pada zack. zack hanya melihat sambil matanya berkelip-kelip hinggalah perempuan bersayap itu hilang dalam pekat malam.

sejak malam itu, zack tak pernah bersua lagi dengan zooey. dan semenjak peristiwa zooey terbang membawa hatinya yang separuh lagi sudah cair itu, zack cuma mampu termenung. dada kirinya kini kosong berongga tanpa hati. zack tak mampu buat apa-apa selain termenung. kini dia mendapat satu pengajaran iaitu, jangan beri hati pada perempuan bersayap.


Tuesday, December 20, 2011

Kapal Jet

dulu masa kecik kecik dia selalu nampak kapal jet tinggi kat atas sana
dia sendiri tak pasti samada kapal jet itu lebih tinggi dari awan atau awan 
lebih tinggi dari kapal jet

tapi dia nampak ada asap asap putih tertinggal di belakang kapat jet
dia ingat kapal jet itu berak dan tinggalkan taik di langit

sekarang dia dah besar sikit dan dia sudah tahu yang asap putih di belakang 
kapal jet itu bukan taik yang ditinggalkan dan dia tergelak sendirian sambil 
bermonolog :

"aku dah tau, kapal jet tak berak dan tinggalkan taik di langit,
tapi kapal jet cuma kentut untuk tambah kelajuan"

dia.

Monday, December 19, 2011

"Bebaskan"


Solidarity Movement for Aceh Punks

                                                                         

Thursday, December 15, 2011

Liku-liku Kehidupan Punk Aceh

BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan. -KOSMO



semoga punk-punk rokers aceh tabah menghadapi dugaan serta liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan ketidakadilan ini. pesen melawak kasaq la polis aceh ni. sungguh tak patut.

*kenapa guna alasan agama? hal ini menyebabkan semakin ramailah yang akan memandang serong serta menyalahtafsirkan tentang sesebuah agama itu. hentikan menghukum berdasarkan pandangan luaran. stop prejudice and peace!


Tuesday, December 13, 2011

Nasi Goreng Dragon Dari Mimizuzuhaha



















terima kasih mimizuzuhaha sebab kasi aku nasi goreng dragon.
sebenarnya dah lama aku mengidam nak makan nasi goreng
dragon ni walaubagaimanapun jangan salah sangka, aku tak
mengandung...ya, aku pria sejati pria yang hebat dan apa salahnya
seorang pria mengidam ye dak. ok berbalik pada nasi goreng
dragon, di sini ada sedikit komen ala-ala juri masterchef tentang
rasa nasi goreng ini :

*kali pertama menyuap ke mulut, terus mata berair, sebab
suapan yang pertama itu disaluti rasa keikhlasan dan semangat
untuk memasak. (semangat ini ada pada orang yang tak berapa
reti memasak tapi berusaha untuk memasak)

*rasa cili yang sangat segar, dipetik dari ladang dan selain untuk
memasak nasi goreng dragon, ianya juga sesuai digunakan untuk
menyili mulut sesiapa yang celupar tak tentu hala. ya, siapa makan
cili dia lah terasa pedasnya.

*keunikan daging yang empuk, manis dan lazat. kali pertama menjamah
daging yang ada dalam nasi goreng ini, tentu saja anda akan ingat ini daging
lembu import. salah! sebenarnya ini adalah daging naga. ya, naga yang ganas
ditangkap sendiri oleh mimizuzuhaha setelah tiga hari berturut-turut bertarung
di kawasan pergunungan yang terletak di sebuah negeri antah berantah jauh
di hujung dunia sana. (beliau kehilangan sebelah telinga akibat digigit naga tersebut)
ah...sangat eksotik sekali rasa daging naga ini. anda patut mencubanya.

*akhir sekali, nasi goreng dragon ini sangat masin! aku syak yang mimizuzuhaha
ada buka kilang garam lah. ataupun beliau ini bekerja sebagai operator di kilang
garam atau mungkin juga rumahnya sebelah kilang garam. dan rasa masin dalam
nasi goreng ini boleh dicover dangan menghisap rokok surya gudang garam yang
ada rasa kemanis-manisan di hujung filternya. ah...harum, gurih, nikmat.

sekian saja komen dari aku untuk nasi goreng dragon masakan mimizuzuhaha.
hanya pria yang hebat sahaja berani mencuba nasi goreng ini!

Monday, December 12, 2011

Selimut

Rintik rintik rahmat Tuhan
yang menyejukan
Turunnya dari langit
Membasahkan bumi
yang sudah semakin celaru
Dan aku sejuk
dalam selimut sendirian


Bandar Darulaman
12/12/2011
1:33 am

Sunday, December 11, 2011

Melawan Bulatan

Bulatan itu ada di tengah tengah. Setiap pagi,setiap lima hari pada hari berkerja aku akan melawan bulatan itu. Ya bulatan itu. Yang di tengah tengah itu. Dan setidak tidaknya satu daripada lima hari itu aku akan kemerahan. Aku memang sangat tidak menyukainya.

Thursday, December 8, 2011

Katak Melalak (Aku Maafkan Kamu)

Di sebuah kampung terdapat sebuah teratak bersaiz sederhana besar. Ya di hujung kampung sebenarnya. Cermin teratak itu telah terkopak dan di bawahnya ada sebuah kotak yang di dalamnya tersembunyi sebiji  tempurung (aku rasa separuh bahagian daripada sebiji tempurung sahaja). Di bawah tempurung itu pula ada seekor katak yang bersembunyi sambil  melalak tak tentu hala. Mungkin katak itu lapar, mungkin katak itu marah,  mungkin juga katak itu sedih. Entah mengapa katak itu melalak tiada siapa yang tahu. Aku syak si Joe anak Pak Jamal selaku pemilik teratak yang buat kerja kerja sebegitu hinggakan katak tersebut boleh berada di bawah tempurung  yang tersembunyi di dalam sebuah kotak di bawah cermin kopak. Katak itu terus melalak. Tapi jangan bimbang, kerna katak itu sudah maafkan kamu.

Monday, December 5, 2011

Monday, November 28, 2011

Kisah Pak Mat

♪♪♫♪♪♫♪♫♪♫

malam yg sepi...pi...pi
pak mat jual topi
topinya koyak...yak...yak
pak mat jual tempoyak
tempoyaknya basi...si...si
pak mat jual nasi
nasinya enak...nak...nak
pak mat jual anak
anaknya hilang...lang...lang
pak mat jual gelang
gelangnya patah...tah...tah
pak mat jual getah
getahnya putus...tus...tus
pak mat jual tikus
tikusnya mampus...pus...pus
pak mat turut mampus.

Sunday, November 27, 2011

Awal Muharram

nasi goreng paling power adalah
NASI GORENG BELACAN MJ
sekian.




#salam 1 muharram

Thursday, November 24, 2011

Ephemeral

permanent
eternal
everlasting
lasting
perpetual
abiding
perennial
immutable
lifelong
timeless
undying
imperishable
deathless
sempiternal
sempitern
irrefragable
ageless
never-dying
age-long


too many adjectives
hey...we are just a human being
don't try to be God
ok...be nice, no prejudice and peace.

Wednesday, November 23, 2011

Hapus Sistem

Beto menguap panjang sambil gesel gesel mata dengan belakang tangan. Dia melompat dari katil bujangnya membiarkan selimut dan bantal berselerak di situ. Beto capai botol air mineral di atas meja dan menogok laju. Puas. Beto capai kotak rokok Marlboro soft pack pula dan dikeluarkan sebatang, tinggal lagi tiga batang. Dengan rokok yang terkepit di celah bibir Beto capai tuala dan berjalan menuju ke destinasi utamanya setiap pagi. Jamban.

Pintu jamban ditutup laju. Tangan Beto meraba raba di atas tangki flush seketika mencari lighter cricket yang dia simpan di situ untuk menyalakan rokok ketika proses penyahtinjaan. Rokok yang terkepit di bibir dinyalakan. Berkepul kepul asap memenuhi ruang sempit itu. Beto setting mencangkung sedap sedap supaya proses penyahtinjaan nanti berjalan dengan lancar.

Asap rokok disedut dalam dalam. Terpejam mata Beto menikmati nikotin. Adalah suatu nikmat bagi Beto menyedut nikotin ketika berak. Lima minit sudah berlalu. Rokok sudah habis disedut. Beto jadi tak keruan. Peluh peluh kecil mula timbul di dahinya. Sehingga saat itu, seketul tahi pun masih belum jatuh  sedangkan perutnya sudah memulas mulas menandakan ada benda busuk mahu keluar. Beto mula meraba raba juburnya. Muka Beto tiba tiba pucat, dia cuak.

Beto menundukan kepala ke celah kangkangnya. Diselaknya sedikit kantung yang tergantung itu. Rahang beto sedikit terjatuh. Lubang anus sudah tiada! Beto benar benar cuak. Puas dia meraba raba mencari lubang itu tapi memang sudah tiada. Macam mana mahu berak? Beto rasa nak menangis. Ketika air mata mula mengalir, Beto teringat kejadian sebelum dia tidur semalam.

***

Tingkap biliknya dibuka luas luas. Beto berdiri di muka tingkap sambil menyedut sisa sisa nikotin sebelum naik ke katil. Ketika itu, dia nampak ada ‘tahi bintang’ melintas di atas bumbung rumah jirannya. Beto cepat cepat pejam mata dan pasang niat. “Aku mahu segala sistem dalam hidup aku dihapuskan. Aku mahu bebas. Ya,  aku seorang. Orang lain? Lantak lah.”

***

Beto betul betul tak sangka hajatnya telah disalah ertikan. Bukan sistem pencernaan yang mahu dihapuskan. Kenapa anus yang hilang? Macam mana Beto nak berak? Beto mula menjerit jerit macam orang gila. Dan di belakang jamban rumah Beto ada sejenis makhluk kecil berwajah macam jubur serta bersayap terapung apung menyaksikan kejadian itu. Beberapa detik kemudian, makhluk itu terbang meninggalkan kawasan rumah Beto sambil ketawa kecil. Hihihi.

Sunday, November 20, 2011

Cerita Katak Dan Menara Alor Setar

Maka tersebutlah kisah, berduyun duyun katak keluar ke bandar Alor Setar sehingga sesak dibuatnya. Dengar kata ada yang mati dilenyek kereta kerana terlalu banyak hingga melimpah ruah ke atas jalan raya. Tujuannya cuma lah satu iaitu mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Dikhabarkan bahawa raja katak telah menganjurkan satu pertandingan iaitu melompat ke puncak menara Alor Setar dan sudah tentulah para peserta dilarang sama sekali menggunankan lif yang sedia ada.

Maka berpusu pusu lah para katak sekalian ke tempat pertandingan di perkarangan menara Alor Setar. Mereka pun beratur panjang untuk mengisi borang penyertaan. Dua hari dua malam lamanya menunggu kesemua peserta mengisi borang penyertaan. Ramai sungguh yang datang untuk sama sama mengambil bahagian dalam acara melompat ke puncak menara Alor Setar itu. Sebenarnya masing masing tertarik dengan hadiah yang di tawarkan iaitu, barang sesiapa di antara katak katak itu berjaya dalam cabaran tersebut maka akan dikahwinkan dengan seorang puteri yang tidak diketahui asal usulnya. Puteri itu bukan dikalangan para katak tetapi seorang manusia. Punya rupa paras yang jelita, potongan badan ala ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya. Tak sangka pula para katak teringin juga memperisterikan perempuan cantik. Mungkin ada juga yang ingin bergelar putera setelah berkahwin dengan puteri tersebut. Dan sudah tentulah para peserta yang mengambil bahagian itu terdiri daripada katak jantan. Walaubagaimanapun ada juga segelintir katak betina yang turut mengambil bahagian. Kata mereka cinta tak mengira jantina dan kesamarataan itu untuk semua.

Tiba lah hari pertandingan, sesudah subuh acara dimulakan. Melompat lah seekor demi seekor katak menuju ke puncak menara Alor Setar. Mengikut logik akal, amat mustahilah bagi seekor katak melompat dari bawah sampai ke puncak menara yang berketinggian 165.5 meter itu. Stamina yang tinggi, pergi gim setiap malam dan mahir akrobatik pun belum tentu boleh melompat sampai ke puncak menara itu, ini kan pulak hanya kudrat seekor katak biasa. Maka seluruh orang bandar Alor Setar pun bergelak ketawa menyaksikan kejadian itu. Mereka lantang memaki dan menghina katak katak yang bodoh itu kerana cuba melompat ke puncak menara. "Apa ke bangang hangpa semua ni, tak mungkin lah katak dapat melompat ke puncak menara melainkan perkara ini hanya dianggap bodoh dan tak bertamadun...kah...kah...kah", kata seorang manusia di kalang orang bandar Alor Setar itu. Kata-kata itu disambut dengan hilai tawa yang gegak gempita bergema sampai ke Sungai Petani kuatnya. "Sudah sudah lah memperbodohkan diri sendiri!" laung manusia yang lain pula. Orang orang bandar Alor Setar terus ketawa berdekah dekah sambil memperbodoh bodohkan para katak yang bertanding."Hoi tak padan dengan katak, ada hati nak kahwin dengan puteri cantik!" mereka terus menghina dan memandang jelak pada para katak yang sedang melompat ke puncak menara itu.

Akibat tak tertahan menanggung kata kata dan makian dari orang orang bandar Alor Setar, ada dikalangan katak yang mula menarik diri daripada bertanding. Ada juga yang melompat pulang kerana tak tertanggung lagi akan celaan orang orang di situ. Tak kurang juga, ada yang membunuh diri akibat tertekan dan merasakan diri terlalu hina. Dalam pada kekalutan dan keriuhan itu tiba tiba raja kata menjerit, "tengok atas sana!". Jeritan raja katak itu amat lah luar biasa kuatnya. Kalau tadi suara orang bergelak tawa dengar sampai ke Sungai Petani kali ini gemanya sampai ke Butterworth menyebabkan orang yang terlena menunggu feri habis terkejut dan sedikit terlompat. Maka seluruh katak dan orang bandar Alor Setar pun terdiam dan memandang ke atas puncak menara Alor Setar. Dan di saat itu terlopong lah mulut sekalian katak dan orang yag ada di situ. Ada yang ternganga sampai meleleh leleh air liur, ada yang jatuh pengsan. Tak kurang juga yang menggelupur sawan sampai berbuih mulut. Rupa rupanya dalam banyak banyak katak tadi ada seekor katak sudah berjaya sampai ke puncak menara! Katak tersebut tersenyum dan melambai lambai tangannya seolah olah tiada apa yang berlaku dan ia sedikit tercungap cungap kepenatan. Kejayaan katak itu telah membisukan seluruh warga bandar Alor Setar. Kini hanya raja katak yang ketawa sambil menepuk nepuk tangan. Akan tetapi ia tersangat hairan bagaimana katak itu boleh melompat sampai ke puncak menara?

Setelah disiasat, dikhabarkan bahawa katak yang berjaya melompat ke puncak menara itu sebenarnya seekor katak yang PEKAK! Dan dengan kejayaannya itu, maka katak pekak itu pun dapatlah berkahwin dengan puteri  jelita, potongan badan ala ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya itu. Mereka pun hidup bahagia mentadbir kerajaan  negeri antah berantah yang tidak diketahui lokasinya dan katak pekak tersebut telah menukar namanya kepada Rosmah walaupun nama itu adalah nama perempuan. Katanya dia amat meminati tuan punya nama itu dan terinpirasi dengan semangat wanita itu yang menabung dari kecil sehingga boleh membeli cincin berlian. TAMAT.

Thursday, November 17, 2011

Hari Bertemu Gadis-gadis Cantik

Kelmarin

Depan cantik
Belakang cantik
Kiri cantik
Kanan Cantik

Senyum
Rupawan
Menawan

Tepi jalan lawa
Tunggu bas segak
Dalam bank cun
Merata-rata ada gadis cantik.

Kelmarin


#indah luaran, dalaman belum tentu

Friday, November 11, 2011

Sang Saka Malaya

[untuk zsm sejarah alternatif]


Apabila Inggeris gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun, satu bangsa Asia yang diperlekehkan pada tahun 1941, orang Melayu mula membuka mata. Mereka berasa yakin bahawa orang Melayu juga boleh menjadi gagah seperti Jepun lebih-lebih lagi keadaan fizikal orang Jepun lebih kecil daripada orang Melayu sendiri. Pada waktu yang sama, tentera Jepun turut membakar semangat orang Melayu agar berfikiran merdeka melalui slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’. Paradigma minda ini telah berlaku secara menyeluruh dan besar-besaran.

Orang Melayu berasa perlu bertindak untuk kepentingan negara dan bangsa sendiri. Namun, pada kenyataannya mereka masih banyak ketinggalan terutamanya dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Mereka berjaya bersatu dan mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sama dalam fikiran tetapi apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali menjajah mereka terpaksa menerimanya dengan hati yang berbelah bagi.

Hussein Onn dan Abdul Razak telah lari ke hutan meninggalkan Tunku yang telah ditahan. Onn Jaafar awal-awal lagi masuk ke hutan bersama pengikut-pengikutnya. Semuanya gara-gara mereka menentang PKM yang mahu menjadikan Malaya sebagai negara komunis pada waktu itu. Pada awalnya Onn Jaafar , Hussein Onn, Abdul Razak dan Tunku telah menyertai perjuangan PKM dalam menghalau pihak kolonial yang menjajah tanah melayu. Tapi pada akhirnya mereka menarik diri kerana percanggahan idologi. Idologi komunis yang menentang perkauman dan mahukan kesamarataan telah ditentang hebat oleh barisan pemimpin UMNO.  11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan secara rasminya dan dikepalai oleh Onn Jaafar dan  UMNO itu sendiri wujud atas slogan ‘Hidup Melayu’ . Mana mungkin kekayaan Malaya hendak dikongsi samarata dengan bangsa lain sedangkankan Melayu itu ‘tuan tanah’. Pemberontakan tercetus. 

Parti Komunis Malaya telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Kebangsaan Melayu Malaya diterajui oleh Parti Komunis Malaya  melaui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D . Tokoh-tokoh ini cuba menghalang kebangkitan serta pemberontakan dari pihak UMNO dan bersetuju untuk mengishtiharkan darurat. Walaubagaimanapun pihak British telah membekalkan senjata api kepada pejuang-pejuang UMNO yang sebelum ini hanya menjulang keris ke sana ke mari untuk bangun memberontak dan merampas kuasa agar Malaya dapat merdeka di bawah telunjuk British sendiri.

Hussein Onn  dan Abdul Razak bersama pengikut-pengikut mereka  masuk ke hutan dan bertemu pucuk pimpinan UMNO  iaitu Onn Jaafar . Mereka telah membentuk satu batalion tentera pemberontak dan merancang untuk membebaskan Tunku dalam tahanan. Tentera pemberontak yang dibentuk terdiri daripada 5 kompeni dan diaturkan di beberapa kawasan. Dengan kekuatan seramai 720 anggota berbekalkan senjata yang dibekalkan oleh British, UMNO mula bergerila dan memberontak. Ramai orang Cina dibunuh kerana mereka beranggapan bahawa bangsa Cina adalah bangsa komunis dan mereka terlalu membenci Chin Peng. Pusat tahanan juga turut diserang dan Tunku Berjaya diselamatkan. Selepas kejadian itu, pihak PKMM dan sekutu mereka telah melancarkan serangan balas habis-habisan hinggalah pada akhirnya UMNO meletak senjata. Ahli-ahli UMNO keluar menyerah diri dan diberi pampasan. Walaubagaimanapun, orang-orang kuat UMNO seperti Hussein Onn, Abdul Razak, Onn Jaafar dan juga Tunku telah melarikan diri ke sempadan Siam. Mereka enggan menyerah diri atas alasan mereka ialah pejuang bangsa Melayu bukannya pemberontak dan dengan bangga menjulang keris ke langit.

Sehinggalah pada tahun 1957, tanggal 31 Ogos Malaya telah beroleh kemerdekaan. Seluruh rakyat Malaya anak semua bangsa meraikan detik penuh bersejarah itu. Hiduplah rakyat Malaya aman damai dalam satu ‘title’ satu bangsa satu bahasa. Semua bangsa adalah bangsa Melayu sepertimana yang pernah diusulkan oleh PUTERA-AMCJA. Malaya ditadbir secara bersama. Ekonomi dan pembangunan tumbuh segar di bawah kibaran Sang Saka Malaya. Sementara itu, pihak kerajaan Malaya telah memberi pengampunan terhadap Hussein Onn, Abdul Razak, Onn Jaafar dan juga Tunku. Mereka dibenarkan pulang ke tanah air dengan syarat tidak menimbulkan isu perkauman. Walaubagaimanapun, mereka enggan pulang dan masih menjulang-julang keris di sempadan sana.

Wednesday, November 9, 2011

SAFETY FIRST

Syahmi sunyi malam itu. Terlalu sunyi dan sunyi itu belum pernah dia rasa. Kesunyian malam itu terlalu sunyi berbanding sunyi-sunyi lain yang biasa Syahmi tempuhi seorang diri. Dia memang selalu menyendiri. Tapi dia punya hobi buat peneman diri yang kesepian. Syahmi gemar bersandar pada pokok di belakang rumahnya sambil merakam bunyi malam. Bunyi malam yang dimaksudkan adalah bunyi-bunyi cengkerik dan serangga-serangga kecil yang berkeliaran pada waktu malam. Hobi itu sudah cukup buat dia tenteram bersendirian tapi bukan malam itu. Malam itu terlalu sepi dan kosong bagi Syahmi. Dia mahu sesuatu yang lain untuk mengisi kesepian malam itu. Dia bingkas bangun sambil menyalakan sebatang rokok.

Di sebuah lorong yang agak terpencil, Syahmi berdiri seorang diri sambil matanya melilau ke sana ke mari. Dan matanya kini tertumpu pada seorang wanita yang sedang berjalan ke arahnya. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan dia lihat wanita tu tersenyum padanya. Gaun hitam terbelah hingga ke paha dengan bahagian dada hanya tertutup 30% siap stiletto heels warna merah lagi - seksi. Wanita seksi itu berhidung mancung dan dia tersenyum lagi mempamerkan susunan gigi yang kemas dan cantik. "50 sahaja untuk satu malam" bisik wanita cantik dan seksi itu ke telinga Syahmi. Syahmi keluarkan wallet cap buaya dan serahkan sekeping not 50 pada wanita itu. Syahmi terus mengeras dan basah bersama wanita itu dalam bilik Rumah Tumpangan Lim Tat di celah-celah lorong tersebut. Selepas malam itu, hobi baru Syahmi adalah mengeras dan basah bersama wanita seksi itu di Rumah Tumpangan Lim Tat.

Selepas 3 bulan berlalu, Syahmi sedar yang hobi barunya itu tidak mampu mengisi kesepian hidupnya tetapi menghabiskan wang dan mendatangkan penyakit. Dia kini menghidap SIFILIS! Kemaluannya bernanah dan busuk. Dan kini, dia juga sedar bahawa wanita seksi berhidung mancung, yang tersenyum mempamerkan susunan gigi yang kemas dan cantik itu bukan memberi kesedapan semata-mata tapi memberi penyakit juga. Patutlah hanya 50 untuk satu malam. Cilaka! Kini Syahmi merana kerana hobi barunya itu. Di saat Syahmi derita menahan kesakitan, dia tersandar pada pokok di belakang rumahnya sambil mendongak memandang langit. Ayat SAFETY FIRST bergentayangan di udara diiringi kepala anu yang berdenyut-denyut.

Wednesday, November 2, 2011

Nafsu Kuda

Harry terjaga dari tidur dan dia nampak ada seekor kuda betina sedang mundar-mandir sambil melibas-libaskan ekor di hujung katilnya . Dia yakin itu kuda betina. Kuda itu ada sepasang payudara yang subur menggunung seperti payudara seorang manusia perempuan. Persis payudara milik Dolly Parton. Tapi bukan payudara itu yang menjadi persoalannya tetapi kuda itu. Dari mana datangnya kuda itu?

Harry memberanikan diri dan cuba menghampiri kuda betina di hujung katilnya itu. “Hai Harry”. Kuda betina itu menyapa dan Harry masih teragak-agak untuk bersuara. Beberapa detik kemudian, kuda betina itu berjalan mendekati Harry sambil mendengus lembut.

Mulut Harry masih terkunci. Tiada tanda-tanda mahu bersuara. Mata Harry hanya tertumpu ke arah sepasang payudara milik kuda betina itu. Dan kuda betina itu merapatkan mulutnya ke telinga Harry sambil berbisik...”Aku adalah imaginasi seksual kau.” Harry terus meraba kedua-dua belah payudara yang subur menggunung milik kuda betina itu dengan rakus.

Ah...dasar nafsu kuda!

Tuesday, November 1, 2011

Welcome November











When the Clouds - November Song
Hey 1.11.11
Do you want to decorate my life with a cheerful day?
And I just catch a glimpse of you from the left corner of the world.

Saturday, October 29, 2011

Pulang

Seorang anak muda
yang sudah berbulan
bulan tidak pulang
balik ke kampung halamannya.

Senyuman terukir di raut wajah kedua orang tua itu.

Tuesday, October 25, 2011

Tanpa Tajuk III

lewat, lambat, kalut
terkejar-kejar, gopoh
langgar, langgar semua
cuma satu berhenti
di sebelah ada brader berbaju biru tua
langgar lagi, kalut-kalut

nasib kurang baik...MERAH!

Sunday, October 23, 2011

Teori Keretapi

Jika anda mahukan bilangan anak yg ramai, berumah lah di tepi landasan keretapi. Kajian tidak rasmi menunjukan bahawa, pasangan yg menghuni rumah di sekitar landasan keretapi mempunyai ahli keluarga yg ramai sekurang-kurangnya 5 orang anak ke atas.

Kajian juga menunjukan bahawa, punca yang mempengaruhi pertambahan bilangan anak dalam keluarga-keluarga ini (penghuni rumah sekitar landasan keretapi) adalah kerana dari bunyi keretapi itu sendiri. Mahu tahu bagaimana? Lanjutkan pembacaan anda ke perenggan yg seterusnya.

Sebenarnya bunyi bising ketika keretapi melintas pada waktu malam telah mengganggu pasangan suami isteri tersebut yg lena dibuai mimpi. Akibatnya, apabila terjaga pasangan ini akan mengalami kesukaran untuk menyambung tidur kembali. Si suami memandang isteri dan si isteri memandang suami maka hanyutlah kedua-duanya melayari bahtera menuju kemuncak bahagia. “Pantang bersentuh, pakai jadi.” 

Hampir setiap malam hal ini berlaku dan berulang-ulang. Maka tak mustahilah jika dalam keluarga ini umur anak-anak mereka cuma beza setahun sahaja. Nampak? Keretapi sebenarnya mempengaruhi bilangan anak bagi pasangan-pasangan yg berumah di tepi landasan lebih-lebih lagi pasangan yg baru berkahwin. Walaubagaimanapun, anak itu rezeki kurnian Tuhan dan kita manusia hanya mampu merancang. Sekian.

*Diperolehi dari sumber yg tidak boleh dipercayai.

p/s : jika takut dilambung anak yg ramai,
       jangan berumah di tepi landasan keretapi.





Gambar hiasan

Saturday, October 15, 2011

Tanpa Tajuk II


menggigit gigit sangap
digigit gigit sedap
tergigit kerap
habis menguap

di depan ada orang bercakap cakap dalam skrin

Thursday, October 13, 2011

Tanpa Tajuk

malam lebat
sejuk melekat
ghaib hayat
pagi liat
muka ketat


* terpejam leka bersama hembusan asap Peter Stuyvesant

Sunday, October 9, 2011

Society

Society, have mercy on me

Hope you're not angry if I disagree


Society, crazy indeed


Hope you're not lonely without me






Friday, October 7, 2011

Superman Is Dead


Clark Kent bergegas keluar dari 7Eleven sebaik saja terdengar jeritan meminta tolong. Dia berlari menuju ke sebuah lorong di belakang 7Eleven tersebut sambil membuka butang bajunya satu persatu. Seluarnya juga dilondeh kalu-kalut. Sempat pula dia melipat pakaiannya  dan dimasukan ke dalam bag pelastik yang tertera tulisan AJINOMOTO. Kini dia sudah bersedia dalam sut superhero berwarna biru tua dengan spenda merah di luar.

Tak lama kemudian, Clark Kent yang kini adalah Superman membuat pendaratan cemas setelah terbang dengan kelajuan 700 km/j betul-betul di depan seorang gadis yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Clark Kent a.k.a Superman bertanya sambil mencekak pinggang. Gadis tersebut menoleh ke arahnya lalu menjawab, "kunci kereta saya terjatuh ke dalam longkang, boleh awak tolong ambilkan?"  Sepantas kilat, Superman terus mengangkat penutup longkang yang diperbuat daripada besi lalu dicampaknya jauh-jauh hilang dalam gumpalan awan. Kunci kereta berjaya diambil dan diserahkan kepada gadis tersebut. Sebagai balasan, si gadis terus mencium hero yang telah membantunya. Memandangkan gadis tersebut memang anggun dan menawan ala-ala Zooey Deschanel, Superman jadi ghairah dan membalas ciuman si gadis dengan rakus. Ya french kiss!

Ketika Superman sedang asyik melayan frech kiss bersama si gadis, tiba-tiba sebiji rim 18 melayang dan melekat di atas kepalanya. Rim kereta bukan rim motor. Dia menoleh ke belakang. "Aku penat-penat jerit mintak tolong, kau sedap-sedap comolot kat situ pulak. Tengok, habis handbag aku kena rompak... siap kena cabul lagi...kau bukannya nak tolong aku tadi...cilaka, bangsat punya Superman...!"  Jerit seorang mak cik dalam nada marah-marah. "Err...maafkan saya mak cik, saya tak perasan tadi. Biar saya kejar penjahat tu." Jawab Superman serba-salah lantas terbang untuk mengejar penjahat yang telah merompak mak cik tersebut. Beberapa saat kemudian, Superman jatuh terjelopok sambil memegang dahinya yg benjol. Dia baru saja melanggar dinding ketika terbang untuk mengejar penjahat. Mak cik selaku mangsa rompakan itu hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus berlalu pergi sambil mulutnya tak henti-henti memaki hamun Superman.

"Cilaka, power betul sayur kering yang aku kena pagi tadi!" Rungut Superman sambil memegang kepalanya yang masih sakit bercampur pening akibat sedutan asap sayur kering pagi tadi. Semenjak dua menjak ini, tugas Clark Kent sebagai Superman selalu terganggu dek kerana tabiat barunya yang suka ‘stoned’ tak kira waktu. Bos di ofis lama telah memecatnya gara-gara menghisap sayur kering di tempat kerja. Kalau hisap sebalut tak lah perasan sangat, ini dia pergi pekena bong terus siapa suruh. Bangang. Akhirnya dia terpaksa bekerja di 7Eleven bagi menampung kos untuk membeli sayur kering. Itu pun tak tahu lah, lama mana dia dapat bertahan kerja di situ. Asyik-asyik lari keluar saja bila dengar orang menjerit mintak tolong.

Clark Kent kini sudah terlalu obsess dengan sayur kering. Pagi petang siang malam asyik berasap saja. Jadi Superman pun terbang dah tak betul. Langar sana sini. Dia punya obsess tu sampai logo S dekat sut Superman pun dah bertukar jadi logo daun ganja berbelang merah, kuning, hijau. Dengar kata, dia dah tukar nama jadi Superweed. Atau mungkin juga Superastaman? Anda tentukan.






Gambar hiasan

Wednesday, October 5, 2011

Hujan dan MC

hujan

hujan

hujan

lebat

lebat

lebat

pagi ni hujan turun lebat ya amat...
aku dalam selimut dengan hidung tersumbat...

"hello...hari ni aku MC..."

Monday, October 3, 2011

setting

oktober yg lembap

memulakan hari dengan rasa malas

tersandar di kerusi biru yang sama

ok...biar aku setting otak dan badan

dahulu agar sedap melayan lena di atas

kerusi ini

jika ada mimpi, akan aku ceritakan nanti.

Thursday, September 29, 2011

kerusi dan hati

Suasana sunyi sepi tanpa bunyi. Aku merasakan diri aku kini berada di dalam sebuah makmal. Ya sebuah makmal elektronik. Ada oscilloscope dan komponen berselerak di atas meja. Masih sunyi.

Tiba-tiba sekumpulan manusia lelaki perempuan masuk ke dalam makmal elektronik tersebut. Dan secara tiba-tiba juga, aku mendapati yg diri aku kini tengah bertelanjang tanpa seurat benang.

Ada dikalangan manusia lelaki perempuan itu memerhati aku dengan penuh rasa aneh. Terpaku tanpa suara. Masih sunyi seperti tadi. Entah apa yg mereka perhatikan aku kurang pasti. Yg pastinya, aku mula perasan keadaan diri aku yg aneh ini. Aku kaget!

Aku meluru masuk ke sebuah bilik di dalam makmal tersebut dan terlihat sehelai tuala tergantung di situ. Aku capai tuala itu kalut-kalut. Belum sempat aku mengenakan tuala itu, tiba-tiba ada pula dua orang manusia perempuan masuk ke dalam bilik tersebut. "cilaka apa pulak ni" rungut aku lantas bersembunyi di sebalik sebuah almari. Tapi yg menghairankan aku, kesemua wajah manusia lelaki perempuan di situ kabur dan tidak jelas.

Dan beberapa detik kemudian aku tersedar. Rupa-rupanya terlena di atas kerusi buat aku tercampak ke dalam mimpi yg aneh ni...

Cilaka...!



* hari ini buat aku rasa  sakit hati terhadap mereka-mereka yg iri hati dan aku juga semakin tidak mengerti dengan hati manusia jenis yg satu ni...huhh!

Monday, September 26, 2011

solo dan sejuk

perintang 1 MΩ...60

perintang 100 kΩ...60

perintang 4.7 kΩ...60

perintang 1 kΩ...120

LM741 OP-AMP...60

dan aku...?

hanya aku seorang,

keseorangan cuma,

masih terus hidup,

sejuk.

Thursday, September 22, 2011

Dunia Dia Aneh



Langit nampak gelap, tapi tiada awan mendung. Tiada tanda-tanda hujan mahu turun. Tiada juga angin yang bertiup. Suasana sunyi sepi dan suram. Di suatu penjuru petak bendang, dia duduk mencangkung di atas belakang seekor lembu besar. Sebesar trak Hicom Perkasa.

Suasana masih sunyi dan suram. Dia yang mencangkug di atas belakang lembu sebesar trak Hicom Perkasa itu cuma mendongak melihat langit yang gelap sehinggalah beberapa minit kemudian muncul sekawan hering bersaiz  Jet CF 18 Hornet. Hering-hering itu berlegar di atas kepala dia sambil mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh dan membingitkan telinga. Dia sedikit terganggu dengan aksi hering-hering tersebut lantas melompat turun dari belakang lembu sambil menggawang-gawangkan tangan, cuba menghalau. Tiada respon.

Dia mula menjauhkan diri dan dalam masa yang sama, kawanan hering itu mula menyerang serta merobek keluar kulit dan isi perut lembu besar tersebut. Dia terus melangkah meninggalkan lembu besar yang sedang menggelupur kesakitan dipatuk kawanan hering. Langkahnya terhenti apabila terlihat sepasang Spanish Ibex yang tengah ghairah mengawan. Dia leka memerhati pasangan bertanduk itu bersenggama. Kadang-kadang pasangan itu mengeluarkan bunyi persis suara-suara dalam filem porno yang pernah dia tonton dulu. Namun dia tidak sedikit pun terangsang dengan aksi itu malah meneruskan perjalanannya yang entah ke mana.

Dia jadi keliru apabila di depannya kini mengalir sebatang sungai yang di dalamnya terdapat monyet-monyet berbulu lebat sedang leka berenang ke sana ke mari. Manakala di tepi sungai itu pula ada deretan Cypress yang subur menghijau. Dia lihat beratus-ratus ekor ikan lampam sedang melompat dari pokok ke pokok. Dia semakin tidak mengerti dengan keadaan di sekelilingnya. Otaknya sudah tidak mampu menerima semua itu. Dunia ini semakin aneh bagi dia. Dia memanjat naik ke atas batu di tebing sungai.


Kini dia tidak perlu memikirkan keadaan yang berlaku di sekelilingnya lagi. Kepalanya kosong dan berongga. Dia hanya duduk bersila di atas batu yang penuh dengan darah berserta cebisan-cebisan otak yang bersepai serta berbau hanyir. Dia baru saja merembaskan kepalanya di atas batu itu. Dia senang bersiul-siul lagu Ephemeral dendangan Pelican biarpun kini otaknya sudah tiada untuk mengingati bait-bait melodi lagu tersebut. Aneh.

Tuesday, September 20, 2011

sepasang

aku punya sepasang mata

namun

tidak dapat melihat mu setiap masa

aku punya sepasang telinga

namun

tidak dapat mendengar suara mu setiap detik

aku juga punya sepasang tangan

namun

tidak mampu membantu mu setiap waktu

tapi

aku punya sepasang selipar baru!

lawa jugak, warna merah-hitam


"dengan selipar baru ni...melangkah pun rasa lebih yakin...kehkehkeh..."

Saturday, September 17, 2011

macam2 power

walaupun GABAN lebih power daripada POWER RANGERS
tapi sebenarnya perempuan bernama YUNA ini pun power jugak!