Friday, October 29, 2010

INI CERITA SERAM

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1.17 pagi. Meon masih tak dapat melelapkan matanya. Di fikirannya masih terbayang-bayangkan Senah, janda anak satu jiran selang 2 biji rumah dari rumahnya. Lengang-lenggok si Senah yg montok itu menerjah di segenap pelusuk minda Meon. "ishkkk...kalau la aku dapat janda Senah tu..." Meon bersuara sendirian dengan nada geram berbaur ghairah. Si janda Senah benar-benar membuatkan batin si teruna itu meronta-ronta rakus! Meon berpusing ke kiri dan kanan, masih tak dapat melelapkan mata.

Kira-kira 30 minit telah berlalu, namun dia masih tak dapat lena. "arghhhhh! bodoh la..." ntah setan apa yang merasuk Meon, secara tiba-tiba dia menjerit sendirian. Meon bingkas bangun dan terus menuju ke dapur. Dia membuka peti ais dan mengintai-ngintai seketika. Terpandang carrot susu yang dibelinya di pasar malam awal tadi. Masih ada separuh gelas. Meon mencapai gelas tersebut..."ggulp...ggulp..." Meon meneguk carrot susu tersebut penuh nafsu. Meon kemudian berjalan ke ruangtamu sambil membawa gelas berisi carrot susu tersebut. Dia menyalakan sebatang rokok suria. Kerna matanya masih belum mahu pejam, Meon mengambil keputusan untuk melepak di luar rumahnya.

Kesunyian malam yang diiringi dengan bunyi cengkerik itu membuatkan hatinya tenteram. Meon menikmati suasana malam sambil menghembus asap rokok suria...berbau cengkih. Sambil itu dia terus meneguk sisa-sisa carrot susu yang masih ada di dalam gelas. Matanya memerhati keadaan sekeliling yang suram hanya diterangi lampu jalan. Sedang asyik Meon meneguk minumannya, tiba-tiba dia terpandang satu lembaga sedang berdiri dibawah limpahan cahaya lampu jalan yang suram itu tak berapa jauh dari rumahnya. Setelah diamatinya betul-betul, dia yakin itu susuk tubuh seorang manusia. Tapi apa manusia tu buat kat situ? Pekerjaan bodoh apakah yang sedang dilakukan oleh manusia itu sambil berdiri tercegat di bawah tiang lampu jalan? Dan kenapa pulak manusia tu nampak macam sedang memandang ke arahnya? Soalan demi persoalan terus menerjah ke dalam kepala Meon.

Semakin lama Meon merasakan susuk tubuh misteri itu seolah-olah semakin menghampiri kawasan rumahnya. Sekali Meon mengelip matanya, susuk tubuh tersebut semakin hampir kepadanya. Meon jadi kaget! "mnatang apa pulak ni, pagi-pagi buta macam ni!?" Meon merungut sendiri. Setelah 7 kali Meon mengelip matanya, susuk tubuh tersebut sudah pun berada betul-betul di depan pintu pagar rumahnya! Perasaan seram yang amat sangat terus menjalar ke seluruh tubuh Meon. Dengan bantuan cahaya lampu jalan di depan rumahnya, Meon dapat melihat dengan agak jelas apakah yang sedang berdiri di depan pintu pagar rumahnya itu. Seorang lelaki yang berwajah pucat ala-ala orang mati, memakai long coat kolar terangkat sedang memerhati tepat ke arahnya. Berderau darah Meon. Dia kini kaku seperti patung akibat sangat takut. Secara mendadak, lelaki berwajah pucat dengan long coat kolar terangkat tu terus melompat dan melayang melepasi pagar di halaman rumah Meon. Meon makin terkejut beruk dan terus menggigil ketakutan. Beberapa saat sahaja, lelaki misteri itu sudah pun berada betul-betul di depan Meon. Dengan wajah yang pucat dan mata kemerahan lelaki misteri itu tersenyum memandang Meon sambil mempamirkan sepasang taring yang tajam meruncing! "i needs your bloods" lelaki misteri itu bersuara dengan nada serak-serak basah dan terus mencekik leher Meon.

Belum sempat taringnya terbenam ke leher Meon, tiba-tiba..."pangggggg!" satu tamparan yang sangat kuat umpama tamparan seorang askar pencen terhadap anaknya yang kantoi mencuri duit dalam poket seluar singgah di pipi lelaki bertaring tersebut. "ni apa kejadahnya pulak dracula yang muncul nih!? hang tau dak, ni kat mana? ni Changlun,Kedah...tak dak dalam sejarah lagi dracula mai Kedah...nampak sangat cerita ni tak logik! lagipun mana ada dracula kat Malaysia cheq oi!" Meon terus memarahi dracula itu. "ka hang nak pi danok?" Meon terus menyindir dracula tersebut. "i'm sorry sir..." dracula itu terus ghaib akibat malu kerna dimarahi Meon. Rokok suria masih di mulut, Meon membuat sedutan yang terakhir dan membuang puntung rokok tersebut. Dia masuk ke rumah dan terus menuju ke biliknya. Dia merasakan adalah lebih enak jika dia tidur dan bermimpikan janda Senah.




hantu omputih ni boleh diajak bersembang, tak macam hantu-hantu kat malaysia
yang kebanyakannya style rasuk orang pastu bunuh  [rujuk filem-filem seram tempatan]
 

No comments:

Post a Comment