Sebenarnya ini kali pertama aku menulis untuk blog (maksudnya kali kedua selepas entri yang pertama). Aku baharu saja melibatkan diri dalam penulisan ni (penulisan blog). Sebelum ni aku hanya menulis untuk diri aku sendiri. Kalau ada masalah atau ketidakpuasan hati, aku coretkan saja atas kertas A4 lepas tu aku renyuk-renyukkan dan buang dalam tong sampah. Kenapa aku buat begitu? Aku sendiri tak pasti,apakah masalah yang aku hadapi akan turut “terbuang” bersama kertas itu? Haha… tak mungkin… Tapi sekurang-kurangnya aku sedikit lega.
Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk menulis di blog ini,mungkin dapat berkongsi hasil penulisan aku yang tak seberapa ni. Ini sebagai permulaan. Perut yang kekenyangan akibat berbuka puasa tadi menyebabkan idea aku untuk menulis agak terbantut. Nyalakan sebatang Marlboro (softpack) sambil dengar lagu berjudul “Real Life Exploitations” dendangan OSMANTIKOS yang dipetik dari EP mereka,Burn All The Oder! Tiba-tiba ada budak ketuk pintu bilik aku. Penulisan aku terhenti seketika. Aku nampak budak tu bawak tabung, kutip derma untuk rumah anak-anak yatim katanya. “tak kesah berapa,janji ikhlas”… Aku ambil duit dalam poket seluar dan masukan dalam tabung tu. Nilainya aku tak dapat nyatakan di sini (nanti jadi tak ikhlas pulak). Aku jadi terfikir sejenak tentang nasib anak-anak yang kurang bernasib baik tu. Mereka menempuh ramadhan dalam serba kekurangan dan tak lama lagi akan menyambut hari raya tanpa ibu dan ayah. Pilu…
Aku rasa cukup setakat ni, sebabai permulaan. Ada pula rakan yang datang mengajak untuk turut serta dalam acara menyambut birthday seorang rakan sekelas. Apa aku nak bawak? Budu! Ya budu… memang rare jika dicampur dengan sirap!
ok go!
ReplyDeletegua dah follow.
lu tulis entri best2 sikit.
boleh gua hadam mlm2 sblm msk tdo.
haha
grind on!
ReplyDelete