Thursday, September 29, 2011

kerusi dan hati

Suasana sunyi sepi tanpa bunyi. Aku merasakan diri aku kini berada di dalam sebuah makmal. Ya sebuah makmal elektronik. Ada oscilloscope dan komponen berselerak di atas meja. Masih sunyi.

Tiba-tiba sekumpulan manusia lelaki perempuan masuk ke dalam makmal elektronik tersebut. Dan secara tiba-tiba juga, aku mendapati yg diri aku kini tengah bertelanjang tanpa seurat benang.

Ada dikalangan manusia lelaki perempuan itu memerhati aku dengan penuh rasa aneh. Terpaku tanpa suara. Masih sunyi seperti tadi. Entah apa yg mereka perhatikan aku kurang pasti. Yg pastinya, aku mula perasan keadaan diri aku yg aneh ini. Aku kaget!

Aku meluru masuk ke sebuah bilik di dalam makmal tersebut dan terlihat sehelai tuala tergantung di situ. Aku capai tuala itu kalut-kalut. Belum sempat aku mengenakan tuala itu, tiba-tiba ada pula dua orang manusia perempuan masuk ke dalam bilik tersebut. "cilaka apa pulak ni" rungut aku lantas bersembunyi di sebalik sebuah almari. Tapi yg menghairankan aku, kesemua wajah manusia lelaki perempuan di situ kabur dan tidak jelas.

Dan beberapa detik kemudian aku tersedar. Rupa-rupanya terlena di atas kerusi buat aku tercampak ke dalam mimpi yg aneh ni...

Cilaka...!



* hari ini buat aku rasa  sakit hati terhadap mereka-mereka yg iri hati dan aku juga semakin tidak mengerti dengan hati manusia jenis yg satu ni...huhh!

8 comments:

  1. kerusi benda hidup.

    hati benda bukan hidup.

    sains darjah 1 : A+

    ReplyDelete
  2. sebenarnya aku kalu orang sebut makmal ni takdek menda lain aku ingat selain dari katak.

    ReplyDelete
  3. Amalina : wow...! (buat muka teruja)

    Yayott : ya, sakit hati! tp bukan menjurus
    ke arah penyakit hati spt barah hati atau sebagainya...fesbuk aku--->(Päk Läng)

    makwe john joni jonathan : selain katak ada jugak ular, rangka manusia,dan kacang hijau
    (sekolah rendah punya makmal sains)

    ReplyDelete
  4. lelaki serabai bernama SYF : ya...ya...sgt cun!

    Yayott : ok...aku add kau skrg.

    ReplyDelete