Tuesday, December 13, 2011

Nasi Goreng Dragon Dari Mimizuzuhaha



















terima kasih mimizuzuhaha sebab kasi aku nasi goreng dragon.
sebenarnya dah lama aku mengidam nak makan nasi goreng
dragon ni walaubagaimanapun jangan salah sangka, aku tak
mengandung...ya, aku pria sejati pria yang hebat dan apa salahnya
seorang pria mengidam ye dak. ok berbalik pada nasi goreng
dragon, di sini ada sedikit komen ala-ala juri masterchef tentang
rasa nasi goreng ini :

*kali pertama menyuap ke mulut, terus mata berair, sebab
suapan yang pertama itu disaluti rasa keikhlasan dan semangat
untuk memasak. (semangat ini ada pada orang yang tak berapa
reti memasak tapi berusaha untuk memasak)

*rasa cili yang sangat segar, dipetik dari ladang dan selain untuk
memasak nasi goreng dragon, ianya juga sesuai digunakan untuk
menyili mulut sesiapa yang celupar tak tentu hala. ya, siapa makan
cili dia lah terasa pedasnya.

*keunikan daging yang empuk, manis dan lazat. kali pertama menjamah
daging yang ada dalam nasi goreng ini, tentu saja anda akan ingat ini daging
lembu import. salah! sebenarnya ini adalah daging naga. ya, naga yang ganas
ditangkap sendiri oleh mimizuzuhaha setelah tiga hari berturut-turut bertarung
di kawasan pergunungan yang terletak di sebuah negeri antah berantah jauh
di hujung dunia sana. (beliau kehilangan sebelah telinga akibat digigit naga tersebut)
ah...sangat eksotik sekali rasa daging naga ini. anda patut mencubanya.

*akhir sekali, nasi goreng dragon ini sangat masin! aku syak yang mimizuzuhaha
ada buka kilang garam lah. ataupun beliau ini bekerja sebagai operator di kilang
garam atau mungkin juga rumahnya sebelah kilang garam. dan rasa masin dalam
nasi goreng ini boleh dicover dangan menghisap rokok surya gudang garam yang
ada rasa kemanis-manisan di hujung filternya. ah...harum, gurih, nikmat.

sekian saja komen dari aku untuk nasi goreng dragon masakan mimizuzuhaha.
hanya pria yang hebat sahaja berani mencuba nasi goreng ini!

9 comments:

  1. sila makan bayam sahaja

    (menghulurkan bayam)

    ReplyDelete
  2. laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

    ReplyDelete
  3. lu kedekot. *angkat angkat kenind

    ReplyDelete
  4. Lara Hani : pegi lah makan, tak elok berlapar lama2 nnt perut masuk angin (buat2 tak tahu sambil makan nasi goreng dragon)

    Wadi Bayam : ok...ok...lu punya pasal gua bg rasa lah...ha, cepat lah nganga nak suap
    (peringatan : sebarang tindakbalas kimia yg berlaku selepas mkn nasi goreng dragon adalah tanggungjawab anda sendiri)

    ReplyDelete
  5. ianya juga sesuai digunakan untuk
    menyili mulut sesiapa yg celupar tak tentu hala.

    hahaha aku gelak gile baca ayat atas nih.

    saja aku kasi masin sebab tanak ko menangis 17 hari sebab tahan pedas

    ReplyDelete
  6. hahaha

    oh, mmg kena rasa masin melampau
    eh untuk tahan pedas?

    hahaha

    ReplyDelete
  7. *nyummss nyumssss*

    untunglah ada org masak..

    ReplyDelete
  8. *glupp...glupp (minum air)

    ya la, nak tunggu mee kolok
    ntah bila la nak merasa kan

    la...la...la

    ReplyDelete