Monday, December 26, 2011

separuh hati sudah cair dan separuh lagi dibawa terbang oleh perempuan bersayap

semalam zack pergi kedai beli rokok. dia jalan kaki saja, sebab nak bawak motor atau kereta susah, salji tebal. eh, bukan salji tapi gula kapas sebenarnya. entah la, mungkin gula dekat kilang gula semua sudah meruap dan menghasil gumpalan gula kapas menggantikan awan dan akhirnya luruh jatuh ke bumi macam salji. sambil-sambil berjalan tu zack ada capai dan makan sedikit gula kapas yang melekat pada hujung-hujung daun pokok tepi jalan tu, manis. tipikal, rasa gula.

dalam perjalanan, langkah zack tiba-tiba terhenti. dia nampak ada seorang perempuan bersayap sedang terjelopok di atas jalan. zack segera menuju ke arah perempuan bersayap tu lalu bertanya, "boleh saya bantu cik?" perempuan bersayap itu mengangkat mukanya sedikit memandang zack. pehh! muka sebijik macam zooey deschanel. "sayap saya patah." perempuan bersayap itu menjawab. tanpa banyak bicara lagi, zack terus mengangkat dan memapah perempuan bersayap itu pulang ke rumahnya.

sampai di rumah, zack buat secawan kopi panas untuk perempuan itu. "terima kasih,anggap saja nama saya zooey." kata perempuan bersayap itu sambil mencapai kopi panas di tangan zack. tangan mereka bersentuhan. hati zack tiba-tiba berdegup kencang. belum pernah dia rasa sekencang ini. zack pandang perempuan bersayap yang kini kita boleh anggap yang nama dia zooey. zooey cuma tersenyum.manis, lebih manis dari rasa tipikal gula. hati zack yang tadinya berdegup kencang kini cair separuh. "boleh awak tolong betulkan sayap saya?" tanya zooey memecahkan keheningan suasana ketika itu. zack terus masuk ke dalam bilik dan mengambil gam cap gajah. zack lekat kembali sayap zooey yang patah itu.

sesudah habis secawan kopi, sayap yang patah itu pulih kembali. zooey senyum pada zack lalu mengucapkan terima kasih. hati zack cair lagi. kali ini zack tekad, dia mahu beri hatinya yang separuh lagi sudah cair pada zooey. zack sudah menyukai perempuan bersayap itu. dia toreh sedikit dada lalu mengeluarkan hatinya lalu diberikan pada zooey. "nah, ambil hati saya ini...maaf separuh lagi sudah cair." zooey ambil hati zack lalu bangun berjalan ke muka pintu. dia depakan sayapnya lalu terbang sambil melambai-lambaikan tangan pada zack. zack hanya melihat sambil matanya berkelip-kelip hinggalah perempuan bersayap itu hilang dalam pekat malam.

sejak malam itu, zack tak pernah bersua lagi dengan zooey. dan semenjak peristiwa zooey terbang membawa hatinya yang separuh lagi sudah cair itu, zack cuma mampu termenung. dada kirinya kini kosong berongga tanpa hati. zack tak mampu buat apa-apa selain termenung. kini dia mendapat satu pengajaran iaitu, jangan beri hati pada perempuan bersayap.


8 comments:

  1. aku cuma pertikaikan kenapa zack berikan kopi panas bukannya coklat panas?

    mungkin dia mahukan susu panas..kenapa tak tanya dulu sebelum bagi?

    ReplyDelete
  2. ni baru namanya, patah sayap, diduga. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Seandainya rebah, kau masih ada............

    Hahhaha

    ReplyDelete
  4. sayap tue boleh letak dgn gam cap gajah...wahaha
    perempuan tue minum kopi..

    mcm my girlfriend is gumiho pulak..hee

    ReplyDelete
  5. amalina : ah, kalau org dah bagi tu tak perlu pertikai sgt...itu pun dah besar rahmat dpt secawan kopi panas...heh

    lara hani : apakah?

    yayott : apakah?

    si ngokngek : gam cap gajah nampak lebih eksotik dan kopi panas adalah pelengkap cerita errr...cerita korea?

    ReplyDelete
  6. zooey dah makan pun hati tu , dia buat hati berempah .

    ReplyDelete
  7. khairul antasha : gelaka apa macik? heh

    nalisa syahira : aku tak rasa zooey pandai memasak..haha

    ReplyDelete