Langit nampak gelap, tapi tiada awan mendung. Tiada
tanda-tanda hujan mahu turun. Tiada juga angin yang bertiup. Suasana sunyi sepi
dan suram. Di suatu penjuru petak bendang, dia duduk mencangkung di atas
belakang seekor lembu besar. Sebesar trak Hicom Perkasa.
Suasana
masih sunyi dan suram. Dia yang mencangkug di atas belakang lembu sebesar trak
Hicom Perkasa itu cuma mendongak melihat langit yang gelap sehinggalah beberapa
minit kemudian muncul sekawan hering bersaiz Jet CF 18 Hornet. Hering-hering itu berlegar di atas kepala dia sambil
mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh dan membingitkan telinga. Dia sedikit
terganggu dengan aksi hering-hering tersebut lantas melompat turun dari
belakang lembu sambil menggawang-gawangkan tangan, cuba menghalau. Tiada respon.
Dia
mula menjauhkan diri dan dalam masa yang sama, kawanan hering itu mula
menyerang serta merobek keluar kulit dan isi perut lembu besar tersebut. Dia
terus melangkah meninggalkan lembu besar yang sedang menggelupur kesakitan
dipatuk kawanan hering. Langkahnya terhenti apabila terlihat sepasang Spanish Ibex yang tengah ghairah mengawan. Dia leka memerhati pasangan bertanduk itu bersenggama.
Kadang-kadang pasangan itu mengeluarkan bunyi persis suara-suara dalam filem
porno yang pernah dia tonton dulu. Namun dia tidak sedikit pun terangsang
dengan aksi itu malah meneruskan perjalanannya yang entah ke mana.
Dia
jadi keliru apabila di depannya kini mengalir sebatang sungai yang di dalamnya
terdapat monyet-monyet berbulu lebat sedang leka berenang ke sana ke mari.
Manakala di tepi sungai itu pula ada deretan Cypress yang subur menghijau. Dia lihat beratus-ratus ekor ikan lampam sedang melompat
dari pokok ke pokok. Dia semakin tidak mengerti dengan keadaan di
sekelilingnya. Otaknya sudah tidak mampu menerima semua itu. Dunia ini semakin
aneh bagi dia. Dia memanjat naik ke atas batu di tebing sungai.
Kini dia tidak perlu memikirkan keadaan yang berlaku di
sekelilingnya lagi. Kepalanya kosong dan berongga. Dia hanya duduk bersila di
atas batu yang penuh dengan darah berserta cebisan-cebisan otak yang bersepai
serta berbau hanyir. Dia baru saja merembaskan kepalanya di atas batu itu. Dia
senang bersiul-siul lagu Ephemeral dendangan Pelican biarpun kini otaknya sudah
tiada untuk mengingati bait-bait melodi lagu tersebut. Aneh.
pak lang..bawak2 pi amik ayaq semayang...bak kata abang chris martin, don't panic sangat.
ReplyDeletekahkahkah
ReplyDeletemana ada aku panic
panic at the disco
lg panic kot
kau kutip cebisan otak bersepai yang hanyir itu.kau kunyah.kemudian kau muntahkan sepertiga isi kandungnya di sini dan selebihnya kau resapkan dalam tubuh.
ReplyDeletekau memang keji.
cebisan-cebisan otak yang bersepai dan berbau hanyir..euwww! haha
ReplyDeleteAmalina : Org cakap otak lembu masak lemak sedap betul ke? kau penah cuba tak?
ReplyDelete*tapi aku tak sekeji 'dunia dia'*
faizura rahman : bau hanyir yg aku gambarkan tu berdasarkan bau otak lembu (time raya qurban)
atau otak manusia ni berbau lavender?
Amalina : aku risau kalau tak dapat kawal kadar muntahan aku nanti...
ReplyDeletekau boleh hadamkan ia dengan cara human centipede, mungkin ia boleh elakkan diri kau dari memuntahkannya.
ReplyDeletehuman centipede tu bukankah mcm makan berak makan berak makan berak makan berak makan...???
ReplyDeleteitu 'muntah ke bawah' namanya...dan makan semula hahaha
(rasa mcm nk buat band nama human centipede lah pulak, main genre porn/goregrind)
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
ReplyDeleteya,begitulah.muntahan yang tanpa kesudahan dan sangat bertoksik kepada tubuh.
ReplyDeleteya, sesuai juga bagi nama band bergenre psychedelic.
Yayott : aku cuba bayangkan apa yg kau maksudkan dgn "hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm" tu...ahh...aku tak tau lah...haha
ReplyDeleteAmalina : Mastodon !