Tuesday, July 31, 2012

Julai : bulan yang menggaulkan segala rasa

hari ini adalah hari yang ke tiga puluh satu
hari yang terakhir dalam bulan julai
bulan yang diwakili angka tujuh
juga mewakili angka kegemaranku
kurasakan bulan ini suatu bulan yang panjang
penuh dengan mozaik yang saling bercantum
di atas setiap satunya punya memori yang tertancap
penuh momen di dalamnya
julai buat aku mengingati tuhan
serta kenal diri sendiri
julai mempertemukan aku dengan persahabatan
serta menyuburkan lagi erti setiakawan
julai yang berselirat dengan kasih sayang

ada cinta di dalam julai
julai telah menggaulkan segala rasa yang ada
sebati di dalam suatu bekas kehidupan


aku hirup perlahan-lahan aromanya hingga penuh ruang dadaku

22 comments:

  1. lagi setengah jam, augustus akan ketuk pintu hidup kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku harap augustus bukan sekadar bulan kemerdekaan mengikut kaca mata pemerintah

      Delete
  2. satu ogos..satu malaysia..janji ditepati..hehek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa macam nak mencarut dan batalkan puasa secara tak berhemah juga...kahkah

      Delete
    2. hahhahaha...lang..aku tengah menghafal lagu tema'janji ditepati'..kau da hafal?...wakakaka

      Delete
    3. umpama kau suruh aku minum racun tikus

      hahaha

      Delete
  3. "ada cinta di dalam julai"

    ada cinta
    cinta
    cinta
    cinta


    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah lah nak bergema macam tu sangat

      hahaha

      Delete
  4. juli dh berlalu . hello augustus ! moga bulan kali ni pon asyik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga, aku harapkan begitu juga

      selamat juga utk kau :)

      Delete
  5. selamat tinggal julai.
    selamat datang cinta.

    selamat buat awak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai adik chempaka

      moga selamat sejahtera untuk kita semua

      Delete
  6. hanya satu bulan jer untuk rasa merdeka, selepas itu dijajah semula.

    ReplyDelete
  7. selamat selamat. angkat nasi arab satu

    ReplyDelete
  8. Moga kau terus berbahagia di setiap bulan seterusnya, selamat!

    ReplyDelete