Wednesday, July 11, 2012

Aku Makhluk Kecil

5:45 pagi ini aku berdiri, di kaki lima
Puduraya yang telah banyak berubah kini.

Ramai manusia lalu lalang,
melintas umpama angin subuh pagi itu.

Aku yang terpacak di depan Anuja,
menghayati subuh kota lumpur yang mulai digasak karbon monoksida.

Dalam ramai itu aku rasakan diriku bukan
siapa-siapa, kerdil dan terasing ; aku makhluk kecil.

Bagaimana bisa ada manusia yang sanggup berkata;
dunia ini mereka yang punya?

Waktu ini cuma sama yang ternampakan;
tiada bedanya aku, kau atau dia.

Masih sama berdiri di atas ibunda alam yang sama,
menghirup udaranya yang sama walaupun berbeda.

Kita manusia memang selalu lupa;
lupa akan Sang Pencipta.

Subuh ini, aku masih berdiri di kaki lima Puduraya,
melupai Dia yang tak pernah meninggalkan aku.

Seruan suci berkumandang
memanggil manusia menghadapNya.

Mungkin segelas teh tarik dahulu,
bersama melodi ‘sweet child o mind’ dari tiga pemuda.

Nanti aku ke sana, Tuhan.


Puduraya
7 Julai, 2012

34 comments:

  1. tak boleh,kamu kena dahulukan mana yang wajib selain yang wajib,tahu?

    ReplyDelete
  2. bersiap menemui-Nya...

    kau buat ape kat pudu?..awal giler lepak situ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau rasa aku pentingkan diri tak? isi perut dahulu baru menyahut seruan-Nya

      oh...aku dari kedah, sampai pudu time tu

      Delete
    2. aku kira kau mungkin memikirkan impak kualiti kekhusyukan jika solat dalam keadaan perut kosong..hehe..

      Delete
    3. sebetulnya, memang aku lapar waktu itu...nak pulak, baru turun bas subuh subuh begitu

      Delete
  3. kurangnya kau masih laksanakan

    juga

    masih sedar.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesedaran itu timbul tenggelam

      tapi aku bersyukur kerana ia tidak karam

      Delete
  4. alhamdulillah, baru kali ini kau nampak seperti Lang Rahman.

    julai rupanya musim bunga di tanah melayu. aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, eh selalunya aku nampak bagaimana?

      ya, julai adalah musim yang menggaulkan segala rasa

      Delete
  5. kesedaran tu ada rupanya . melaksanakan tu pun harap-harapnya ada jugak . mudah-mudahan lah ye pak lang (:

    ReplyDelete
  6. paklang, yang ni true. aku suka.

    ReplyDelete
  7. selagi kau tak leka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku selalu leka

      ah, mujur 'ia' masih eksis dalam diri mengejutkan hati yang nyenyak

      Delete
  8. duduk kat puduraya sambil tengok bontot2 makwe memang la tak jumpa surau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. astaga...bontot apanya subuh² mcm tu, kalau ya pun tunggu lah siang sikit...hahaha

      layan brader² busker ja, gigih cari rezeki, awal² pagi lagi dah menyanyi :)

      Delete
    2. ok la ok la, aku komen sekali lagi la ;

      awww sweetnya paklangggggg

      Delete
    3. errr...sweet tang mananya? hahaha

      Delete
    4. dosa ni macam arak, makin lama diperam makin mahal harganya makin sedap rasanya

      jadi aku rasa kau tgk bontot bapuk
      itu yang cepat je nak solat, ini antara dosa yang cepat2 mahu disuci hahaha

      Delete
    5. aku membangkang kesimpulan itu

      tidak wujud bontot bapuk di tempat kejadian

      mohon aberun berhenti dari menggilai video² yang mempamerkan bontot adik wani...kahkah

      Delete
  9. Nak kata lumrah pun tak juga.
    Tapi itulah manusia.

    Syukur awak masih ingat Dia.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...manusia itu sifatnya pelupa

      jadi, sama² lah kita saling ingat-mengingati :)

      Delete
  10. semoga kau tak terlambat. Tuhan sentiasa merindui kita. heh, kita je hamba Dia yg selalu lupa akan Dia. semoga kau tak terlambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...ya, semoga

      harap kita semua masih sempat :)

      Delete