Thursday, August 9, 2012

Setem?

aku tak tahu macam mana aku boleh sukakan dia.kau tahu bukan, rasa begitu memang misteri. bukan misteri nusantara saja yang misteri. sesungguhnya soal hati itu lebih misteri berbanding hal-hal yang lain. contohnya, kau sangat suka mengumpul setem dan  kau jadikannya sebagai hobi utama kau. kau kumpul pelbagai jenis setem, kau simpan banyak album setem. tanpa kau sedar, orang lain fikir kau ini pelik sebab suka pada secebis kertas kecil bergambar dengan nilai-nilai tertentu tertera di atasnya. jilat, lekat dan pos sudah lah, buat apa mahu simpan. tapi orang tak faham, rasa suka itu lahir dari hati sanubari kau. kau menyukainya dengan cara kau sendiri, bukan perasaan yang dibuat-buat. itulah misteri hati yang sukar difahami. kalau dah suka, tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan. begitu juga aku.

dia mungkin sukakan aku, tapi dia cakap dia takut untuk meraikan kebahagiaan itu. katanya, kebahagiaan dan cinta bersifat sementara. aku setuju. tapi aku cakap, dalam hidup ini memang tiada apa yang kekal kecuali tuhan. sedangkan hidup juga sementara maka tidak adillah jika kita takut untuk hidup. saat tuhan tiupkan roh ke dalam jasad kita, bermakna kita sudah bersedia menghadapi apa jua risiko untuk melangkah dalam hidup. bagi aku, merai rasa bahagia itu perlu selagi kita punya peluang untuk merasakannya. apa yang terjadi di hadapan itu kerja tuhan. rayakan hidup seadanya asalkan kita tidak lupa diri. aku ini bukanlah seorang pujangga agung yang handal bermain kata, apa yang tersurat sama saja dengan yang tersirat walaupun yang tersirat itu kadang-kadang agak sukar difahami.

makanya, hadap saja kehidupan ini seperti kita menarik nafas. selagi jantung berdenyut, bernafaslah dengan cara apa pun. soal udara yang tercemar itu salah manusia sendiri. tarik nafas dalam-dalam, buka mata dan senyum. redah saja apa yang ada di hadapan. masa depan itu sesuatu yang belum jelas, biarkan tuhan dengan kerjanya. sekarang aku mahu bakar sebatang nikotin.

“ kita semua adalah punk rock.”

31 comments:

  1. Replies
    1. aku pernah buat kad raya diy..pkai kotak buangan je..giler kedekut..haha

      Delete
    2. ana mmg kedek tak bagi aku :P

      Delete
    3. D.I.Y or DIE

      yeah! terapkan budaya d.i.y dalam hidup kita! anda mampu mengubahnya

      Delete
  2. yeah..jika punk rock dinilai dengan pakaian dan rambut mohawk..aku kira edry KRU juga boleh digariskan sebagai punk rock tegar..hahah..

    tapi jika nilaian jiwa mungkin aku punk..(poyo)..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...selagi mana manusia punya rasa cinta dan menolak segala jenis diskriminasi, kita semua adalah punk rock! :)

      Delete
  3. cinta itu menyenangkan, tak gitu, pak LANGkasuka?

    awal buat kita tersenyum, pertengahan buat kita termenung, akhir buat kita murung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah,saya kurang arif tentang cinta wahai saudara ghost

      saya masih belum faham tentang 'falsafah pink' hahaha

      mohon tunjuk ajar ku sifu

      Delete
    2. ah, berkira betul lah sifu nih! haha

      Delete
  4. aku ingat cerita kau kat pejabat pos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. punk dan pejabat pos memang tak boleh dipisahkan...hahaha

      Delete
  5. kejar-kejar selagi belum terlambat ^_`

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku naik motor ja, penat juga nak kejar² bulan puasa ni...hahaha

      Delete
  6. :)

    have faith, Paklang. Apa saja yang Allah dah tentukan akan jadi, pasti jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kawan

      apa risau, tuhan kan ada :)

      punk rocker mestilah kental beb...haha

      Delete
  7. Saya sendiri sedang cuba nak faham cinta ni.

    Seronok tak?
    Kalau bercinta lagi seronok dari makan aiskrim
    nak juga saya cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa...saya pun tak tahu lah, adik gajah

      Mungkin lebih seronok kalau makan aiskrim sambil bercinta...mungkin lah kan

      Delete
    2. Cari pakwe ada kilang aiskrim lah kalau gitu.

      Delete
    3. saya pun nak pakwe ada kilang aiskrim
      btw saya pengundi hantu yang tak.berdaftar lagi haha

      Delete
    4. saya pun nak pakwe ada kilang aiskrim
      btw saya pengundi hantu yang tak.berdaftar lagi haha

      Delete
    5. dik jah : selalunya yang memiliki kilang aiskrim ni bukan berstatus pakwe lg, tapi tokwe dah...hahaha

      amiey : kalau ye pun, tak payah lah sampai 2 kali komen...hahaha

      Delete
  8. aku suka kata kata dalam perenggan akhir itu. suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, silalah suka tanpa sebarang rasa prejudis...hehe

      Delete
  9. seronok ka cinta? aku tak pernah lulus.

    ReplyDelete