Monday, June 11, 2012

Stimulasi atau Metamorfosis

panas betul tengahari ni. tekak rasa kering, perut rasa lapar benar. kelopak mata pula rasa berat semacam ada beban yang menekannya turun. menunggang motosikal dalam kondisi ini boleh mengundang kecelakaan. aku buat brek kecemasan apabila melintas di depan kedai mamak. kurang dari tiga puluh seken, aku sudah berada dalam kedai mamak tersebut.

tanpa berlengah, aku menuju ke bahagian nasi dan lauk. astaga! ramai sangat pelanggan sedang beratur. barisan yang terhasil melimpah keluar dari dalam kedai sampai ke blok bangunan bersebelahan dan kini aku berada paling belakang dalam barisan. benar kata orang, penantian adalah suatu penyiksaan. aku sempat tumbuk dinding tanda protes sebelum pandangan jadi gelap secara total.

sedar-sedar, aku nampak kedai mamak itu lengang. ah, ini situasi yang jarang terjadi di sebuah kedai mamak. mana pergi semua pelanggan? keadaan kedai juga nampak berselerak dan agak huru-hara. seorang mamak datang memberi penjelasan. dia cakap, tadi aku pengsan sebelum berstimulasi menjadi makhluk yang besar berwarna biru turkois. seorang lagi mamak datang mencelah dan cuba membetulkan penjelasan kawannya. dia cakap, tadi aku bermetamorfosis menjadi hulk versi biru turkois dan makan semua pelanggan yang sedang beratur. yasmeen arau jadi kecoh gara-gara aku, katanya.

aku tarik nafas dalam-dalam sebelum menampar kedua-dua orang mamak tersebut. kenapa syirik sangat penjelasan mereka? hulk versi biru turkois? mengarut betul. lagi pun, mana ada hulk makan orang. pekan arau terasa sunyi sekali. selepas mengalihkan kerusi dan meja yang berselerak, aku melangkah keluar dari kedai mamak itu. oh ya, sebelum itu aku sempat pekena nasi kandar beserta teh o ais dengan harga lapan ringgit dua puluh sen. tengahari yang aneh, kata mereka. kata aku, biasa lah tu harga kedai mamak. 

dua orang mamak tadi sengaja bikin aku panas. aku masuk ke pasaraya c-mart bagi meredakan kepanasan. sedap juga pekena udara sejuk pendingin hawa dengan perut kenyang begini.


[ versi yang sama di zsm ]

32 comments:

  1. sambil light surya sebatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, surya bukanlah pilihan yang bagus selepas makan bagi aku peter sudah cukup syahdu...surya simpan masa proses penyahtinjaan nanti...haha

      Delete
  2. aku tari ke tarik? pak lang ni xhbs2 ngan typo,blog je pun,wakaka XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, sori la...aku dan typo sudah serupa adik-beradik...haha

      Delete
  3. Tapi aku sebenarnya tak pernah rasa surya. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah, kau ni...apa salahnya sekali sekala merasa...haha

      harum, gurih, nikmat

      Delete
  4. nanti aku try beli sebatang eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebatang lima puluh sen, atau setengah² tempat menjualnya enam puluh sen

      jaga² dengan bara atau gugus-gugus kretis tu, nanti berlubang kain...haha

      Delete
  5. hulk biru turkois rasanya lebih kacak dari yang berwarna hijau.sebab aku suka biru turkois.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah ada makwe senyum² pada aku tadi...hahaha

      Delete
  6. haha..syirik betul cerita pak lang ini...

    mamak 2 orang tu tak kena makan ngn kau plak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hulk biru turkois tu agak rasis, dia pilih orang jugak nak makan...kahkah...sebenarnya, kalau mamak 2 orang tu kena makan, siapa pulak yg nak cerita dan beri penjelasan kan

      Delete
  7. teruja dapat tahu pak lang salah satu penulis dalam ZSM.
    nak signnnnnnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah ah...jgn lah begitu...menjadi sa-orang penulis zsm juga adalah manusia biasa² mcm anda semua, lg pun saya ini masih mentah dalam dunia penulisan...tak layak bg sign, kalau nak cop jari boleh la...haha :p

      Delete
    2. yelah paklang
      nak signnnnnnn

      Delete
  8. Replies
    1. di wall fb adalah versi yg banyak typo sebenarnya...hihi

      Delete
  9. pak lang dengan gaya bahasa seorang skinhead yang panjang rambutnya. :)

    ReplyDelete
  10. ah, skinhead tang mananya? hahaha

    ReplyDelete
  11. betukar jd biru plak tu. hulk yg suwit dan kiut kakaka

    ReplyDelete
  12. utk watak lebih jambu boleh cuba hulk kaler pink pulak lepas nie . keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh pak lang ni, cuba pelbagaikan gaya apa salahnya . hehe . bila apdet terbaru mau malii ni

      Delete
    2. hahaha, baiklah

      errr...masih dalam kebuntuan

      Delete
    3. gua rasa hulk light peter merah.keh keh

      Delete