Wednesday, May 30, 2012

Celaru


anak kecil itu celaru
siapa tuhan siapa makhluk
sumpah, laknat, hukum
jatuh semudah kata
dewasa ini dia lihat
tuhan semakin ramai
siapa yang harus disembah?

salah kau juga kalau anak kecil 
itu akidahnya ke mana-mana

16 comments:

  1. bergantung kpd kita nak mencorakkan anak kecil yg ber celaru itu

    ReplyDelete
  2. pak lang kawen la cepat. aku nak tgk anak kau

    ReplyDelete
  3. moga-moga anak kita kelak dididik dengan asuhan yang sempurna..

    suka ayat pak lang...

    tuhan semakin ramai
    siapa yang harus disembah?

    ReplyDelete
  4. anak-anak kecil nih bagitau sekarang mana yang betul atau mana yang salah, tak kuasa dia nak ingat. dia akan ikut kepercayaannya bila dah besar nanti.

    ReplyDelete
  5. betul kata ghost. :)

    hai pak lang! :D

    ReplyDelete
  6. Harap anak kecil ini tidak diabai :)

    ReplyDelete
  7. terlalu banyak manusia nak jadi Tuhan, bukan anak kecil, manusia yang hatinya rompong dan lompong pun boleh bikin celaru kan PakLang? eh. :)

    ReplyDelete
  8. Wadi : kau saja lah yg kawen dan beranak dulu, dunia aku masih belum adil :p

    ana : didikan orang tua paling utama, selebihnya persekitaran, mentaliti dan keaadaan masyarakat sekeliling semoga simptom 'mahu jadi tuhan' terhapus! :)

    penulis hantu : betul tu ghost! apa pun kepercayaan yg anak kecil itu pegang, aku harap dia bukan segelintir dari mereka yg mahu ambil alih tugas tuhan

    Khairul Antasha : betul kata awk, yg membetulkan kata ghost tu...hai khairul antasha! :)

    Ayyza May : ya, semoga anak kecil ini mendapat pencerahan serta tahu siapa Tuhan siapa manusia :)

    hanaahmad : betul cakap hana, bagi aku kita tak layak menghukum seseorang berdasarkan luaran semata, Tuhan itu maha mengetahui...kalau dah sampai jatuhkan hukum bahawa orang itu kafir, orang ini patut dilaknat jadi, di mana kedudukan tuhan? berdiri saja lah di mana kita berdiri sekarang, jangan ambil alih tugas tuhan :)

    ReplyDelete
  9. dunia skng da terlalu ramai yg palsu nya.
    semua berlumba kejar akhirat konon nya.
    harap anak kecil di asuh rapi.

    ReplyDelete
  10. persekitaran dan pergaulan juga memainkan peranan yang amat penting..

    P/s: follow you here :) follow back xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. akidahnya tak tersusun. bersepah sepah tak dikutip balik.

      Delete
  11. axoera : itu lah yg aku maksudkan, merangkumi semuanya
    ok...beresss :)

    Yodd : bersepah sampai tak tahu yg mana satu sampah

    ReplyDelete
  12. ringkas tapi maksudnye sgt dlm :)

    ReplyDelete