Thursday, May 17, 2012

Mak Cik Cyborg dan Sepinggan Nasi Berlauk Ikan Kerisi


Pagi itu, awal betul aku dah lapar nasi. Mungkin sebab semalam aku tertidur depan komputer riba masa tengah layan Sail ToThe Moon, tak sempat jamah apa-apa. Tapi aku pelik, kenapa ada batang betik masa aku bangun tidur tadi? Malas aku nak fikir lebih-lebih, perut pun dah mula merusuh. Lepas mandi ala kadar, aku bergegas keluar rumah. Gerai nasi campur depan trafik light jadi sasaran. Dia punya lauk boleh tahan sedap, tak adalah rasa macam masak guna kaki sangat. Harga pun berpatutan.

Dari seberang jalan aku nampak orang beratur ambil nasi, agak ramai juga. Kenapa orang ramai pun pagi-pagi dah lapar nasi? Aku ingat, aku lah satu-satunya makhluk yang lapar nasi awal pagi begini. Ah, aku silap dan aku juga sudah tersalah anggap. Manusia memang selalu begitu, dia ingat cuma dia seorang yang begini, orang lain begitu. Walhal, bukan dia seorang sahaja manusia di atas muka bumi ini. Kalau ada manusia lain yang juga begini bukan begitu dan begitu, dia tak boleh salahkan manusia yang lain itu. Manusia lain itu bukannya ada masa nak meniru dia sebenarnya, cuma hal begini memang sudah tindak balas kimia yang sempurna dan ini adalah lumbrah kehidupan. Ingat, bukan dia sahaja satu-satunya manusia di atas muka bumi yang luas ini. Ok, hal ini menyebabkan aku beranggapan bahawa; ini adalah normal. Aku lintas jalan tanpa toleh kiri-kanan. Kadang-kadang rasa lapar boleh mempengaruhi minda bawah sedar manusia. Entah masa bila aku tahan lori balak yang lalu dengan tapak tangan, tahu-tahu sudah tersadai dalam parit tepi jalan. Orang ramai mula mengerumuni lori balak yang terbabas itu. Aku cuma menjeling dan terus menuju ke arah abang tukang cedok nasi. Senang sikit kerja aku bila orang ramai mula mengalihkan perhatian mereka ke arah lori itu manakala aku tetap fokus pada nasi. Ah, kasihan betul orang Malaysia kan?

Aku ambil seekor ikan kerisi goreng, masak lemak pucuk paku dan sedikit kuah sambal. Air macam biasa, neskefe ‘O’ ais berbuih. Lepas sedut neskefe ‘O’ ais berbuih dua-tiga pam, suapan nasi pun bermula. Selepas membaca Bismillah tentunya. Ketika itu ada seorang makwe duduk makan berhadapan dengan aku. Makwe itu senyum-senyum dan aku tidak pasti apa yang dia senyumkan. Cantik, manis. Walaubagaimanapun, selera aku tidak punah dek kerana senyuman makwe tersebut. Aktiviti makan tetap konsisten, kadar suapan nasi dan lauk tetap stabil. Aku senyum kembali pada makwe tersebut, dan dia terus tersedak dan cepat-cepat minum air. Adakah senyuman aku terlalu mengancam? Aku kurang pasti. Aktiviti makan harus diteruskan.

Sudah masuk perenggan keempat, jadi di manakah keberadaan mak cik cyborg ? Tenang, scene mak cik cyborg baru sahaja nak bermula. Rupa-rupanya, di sebelah makwe tadi ada serobot mak cik cyborg yang tengah makan nasi. Nasi berlauk ikan kerisi juga. Dia senyum-senyum pada aku. Plastik betul senyuman dia, maklumlah robot. Bibir bukan main merah lagi dengan lipstik. Aku dah rasa kurang selesa. Mak cik cyborg itu asyik tenung aku. Masih dengan senyuman plastiknya. Selera makan aku mula menurun. Untuk sedapkan hati, aku senyum kembali. Berkelip-kelip mata mak cik cyborg itu, senyuman plastiknya makin lebar. Kali ini aku pula yang tersedak dan cepat-cepat minum air. Melihat keadaan aku begitu, kepala mak cik cyborg mula bergerak kiri-kanan sambil matanya berkelip-kelip. Astaga, berdecit-decit bunyi tengkuk mak cik cyborg itu masa kepalanya bergerak kiri-kanan. Mental aku jadi rabak.

Aku sudah hilang selera makan, juga kesabaran. Pinggan nasi dihempas, berderai. Nasi bersepah ke mana, ikan kerisi terpelanting ke mana. Tanpa membasuh tangan dan tanpa membaca doa selepas makan, aku bangun ke kaunter lantas membayar harga makan minum beserta harga pinggan. Aku meluru ke arah jalanraya dan tanpa menoleh kiri-kanan aku terus melintas. Malangnya, kali ini aku dilanggar oleh sebuah van yang kematian cukai jalan.


14 comments:

  1. neskefe ‘O’ ais berbuih tu koka kola ke peksi?

    ReplyDelete
  2. astaga...bukan kola, bukan peksi
    tapi memang neskepe 'O' ais berbuih

    ReplyDelete
  3. senang cerita, neskefe 'O' ais tarik lah

    ReplyDelete
  4. Nescafe memang power! Hahaha.

    ReplyDelete
  5. astaga...kenapa semua orang bercakap soal neskefe? tak ada yg mahu berkenalan dgn mak cik cyborg? haha

    ReplyDelete
  6. ada ke nescafe o AIS yang ditarik?
    macam berlaku penarikan yang pointless

    ReplyDelete
  7. ada! ditarik dengan sedikit ais kemudian masukan ais yg selebihnya...kau patut cuba

    ReplyDelete
  8. itulah manusia bila dikawal oleh emosi, langsung hilang kerasionalan diri..

    *mahu lari dari komen neskepi sebenarnya..

    ReplyDelete
  9. bagus...Api...bagus

    *sbb anda sudah memecahkan kaca yang melingkari komen mengenai neskepe...hahaha

    ReplyDelete
  10. makcik tuh robot besi ker robot plastik? kalau plastik, kau adukan kat jabatan alam sekitar. bahaya plastik sekarang nih, dah lar tuh dinaikan harga plak. ko patut tak siakan nyawa ko gi bagi van mati cukai jalan tuh langgar ko, ko patut amik garfu cucuk mulut makcik tuh jer. kan plastik jer tuh... :D

    makan tak ajak wehh...haha

    ReplyDelete
  11. astaga, apa kau merepek ni? hahaha
    kulit dia mungkin getah sintetik
    tapi rangka dia besi, dan aku takut
    melihat perwatakan dia.

    haha, aku akan ajak kau makan pada kehidupan
    yg seterusnya. eh, kalau balik kampung lagi
    roger lah aku.

    ReplyDelete
  12. tak mo ludah... just nak ucap terima kasih kat Pak Lang sebb jadi follower peperi... ^^

    ReplyDelete
  13. haha...tadahal...you follow me, i follow you...cewah

    ReplyDelete