Thursday, December 8, 2011

Katak Melalak (Aku Maafkan Kamu)

Di sebuah kampung terdapat sebuah teratak bersaiz sederhana besar. Ya di hujung kampung sebenarnya. Cermin teratak itu telah terkopak dan di bawahnya ada sebuah kotak yang di dalamnya tersembunyi sebiji  tempurung (aku rasa separuh bahagian daripada sebiji tempurung sahaja). Di bawah tempurung itu pula ada seekor katak yang bersembunyi sambil  melalak tak tentu hala. Mungkin katak itu lapar, mungkin katak itu marah,  mungkin juga katak itu sedih. Entah mengapa katak itu melalak tiada siapa yang tahu. Aku syak si Joe anak Pak Jamal selaku pemilik teratak yang buat kerja kerja sebegitu hinggakan katak tersebut boleh berada di bawah tempurung  yang tersembunyi di dalam sebuah kotak di bawah cermin kopak. Katak itu terus melalak. Tapi jangan bimbang, kerna katak itu sudah maafkan kamu.

6 comments:

  1. aku keliru.mula-mula cermin tu jatuh atas tempurung, di akhir pula kau kata cermin tu bawah tempurung.

    ReplyDelete
  2. amalina : " tempurung yang tersembunyi di dalam sebuah kotak di bawah cermin kopak"
    *tempurung dalam kotak, dan kotak bawah cermin kopak...maksudnya tempurung mmg di bawah cermin bukan di atas...sila teliti ayt itu sekali lg

    mimizuzuhaha : ya...silakan bernyanyi jika suka

    ReplyDelete
  3. nasib katak. bukan kure aku pak lang

    ReplyDelete
  4. Amalina : *senyum

    Wadi Bayam : kure kau tu kalau si Joe nak buat dia cuma perlu terbalikan saja

    ReplyDelete