Tuesday, September 6, 2011

namanama


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.
Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan.
Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.
Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.
"Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sumber : Kosmo! 6 September 2011.


tengok, pangkat punya pasal
kena bayar pun sanggup
ini perangai org malaysia
yg penting ada 'nama'
orang malaysia mmg gila nama ya?
datuk , dato' , tan sri 
macam2...hishhh!


cuba hang tengok


Awie Wings
Joe Wings
Amy Search
Mael XPDC
(sekadar menyebut beberapa nama)


hang tengok pulak


Kurt Cobain
Jim Morrison
Greg Ginn
Henry Rollins

(sekadar menyebut beberapa nama)


tak payah letak

Nirvana, The Doors, Black Flag...pun


sungguh
itu bezanya orang malaysia
cilaka apa!? keh keh keh
macam2 gila...hishhh!






Henry Rollins













6 comments:

  1. :) sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya.

    ReplyDelete
  2. betoi..betoi..libang gila nak letak macam2..pak lang la, apa la..haha

    ReplyDelete
  3. Amalina : Oowhh...itu aku dah tau sejak sekolah rendah lg

    Ayie : cilaka! itu dah mmg org panggil aku pak lang...salah kan sepupu2 dan ank sedara aku lah! keh keh

    ReplyDelete
  4. ya,tepat sekali.ia sejenis kuih raya dengan bahagian tengah yang mengejutkan.

    ReplyDelete