Monday, April 22, 2013

Lelaki dan Peluang dari Tuhan


saat mata terbuka dalam dingin samar subuh
umur bertambah dengan nyawa masih melekat di tubuh
betapa tuhan itu maha pemurah
membiarkan lelaki ini terus menghirup udara dari setiap arah
hidup atau mati   suatu pilihan
selebihnya adalah takdir dan ketentuan

dari tuhan cinta datang
kepada tuhan cinta dikembalikan

syukur -- untuk peluang-peluang
yang terkadang dipersiakan



22 April, 2013
ultah ke-26


18 comments:

  1. Selamat ulang tahun kelahiran! :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. biasa-biasa ja ayie, terima kasih. jumpa lagi nanti :)

      Delete
  3. masih kenal pada diri dan pencipta.salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tuhan masih selitkan kesedaran di hati ini. salam.

      Delete
  4. selamat ultah Lang. moga bahagia terus memelukimu.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir kawan. Moga terusan menampal lohong dunia. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kawan! ya, semoga kita semua terus tabah. :)

      Delete
  6. selamat ulang tahun kelahiran bro! moga sukses selalu.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Lahir :)
    Berbahgialah sebab awak ada adik yang rela di-gajah-kan

    ReplyDelete
  8. jika semua lelaki itu seperti ini, maka tidak ada hati yang patah riuk di sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati lelaki ini juga sedang hancur berkecai, mungkin.
      hidup ini saling berlawanan, bukan?

      Delete
  9. pak lang! selamat ulangtahun ke 26!

    sekarang, ada dunia yang kita persetankan, ada dunia yang buat kita jahanam. tapi kita pilih dunia yang selalu punya semangat.

    moga sukses terus!!!

    *sori aku lambat bagi ucapan.

    ReplyDelete