Wednesday, September 26, 2012

Rasa Itu


lewat ini siangku jadi panjang sekali
dan malam-malam terasa singkat
kerana tidurku tidak lagi aman
seperti sebelumnya

aku andaikan bahawa;
tidur tidak lagi sunyi
dihujani mimpi
tentang kau
hingga aku tak lagi punya alasan
untuk mengabur darimu

saat terjaga keseorangan
aku cuma berharap
agar malam-malammu
jadi kelam
tak punya rembulan
tak punya bintang

hanya angin yang dingin
hanya sepi yang mati
tanpa aku

kutadah tangan berdoa
agar kau juga merasai
rasa itu
rindu, seperti aku


26 September, 2012
1:30 AM

7 comments:

  1. aku ingat kau doakan dia supaya terseksa.. tapi rupanya hanya ingin menjelaskan betapa kerinduan begitu kuat menjerut.

    bersabahlah..

    ReplyDelete
  2. dan sampai satu saat kau akan penat merindu yang tak berbalas.

    ReplyDelete
  3. kau kena beritahu dia, jangan rindu sorang-sorang.hahah

    ReplyDelete
  4. Rindu itu nikmat orang kabor, dalam masa sama terseksa dek mainan perasaan yang merewang berhalusinasi tentang sekian-sekian.

    ReplyDelete
  5. Luahkan pada Tuhan, moga nanti-nanti Dia sampaikan pada si dia. :)

    ReplyDelete
  6. semoga Dia mendengar . semoga si dia merasai .

    ReplyDelete