Thursday, October 4, 2012

Inception (mimpi sepi)


semalam aku bermimpi lagi. dalam mimpiku ada aku yang terlentang tidur dan aku sedang bermimpi. mimpi itu aneh. maksudku, mimpi yang kedua. mimpi yang tak punya dimensi, tak punya sebarang bentuk, cuma kosong dan sepi. sehinggalah pada suatu detik, telingaku menangkap suatu bisikan merdu. bisikan dari suara yang pernah aku kenal. ia betul-betul hampir namun tidak kelihatan. dalam resah itu aku tercampak dalam suatu rasa yang indah. bisikan yang tidak bisa ditafsir akan kata-kata. yang kutahu ianya suatu keindahan bukan buatan. ada rindu yang menyesak dada seolah-olah rasa itu telah lahir lebih awal sebelum iblis memberontak di surga. namun ia tidak kekal lantas terhidu bau-bau pengakhiran. dan pada akhirnya , bisikan itu lenyap membuatkan aku kembali terpuruk dalam sebuah ruang tanpa dimensi. sunyi  sepi. aku perlu bangun dari tidur yang kedua sebelum aku benar-benar terjaga dari mimpi dalam tidur yang pertama. perlahan-lahan aku mula sedar bahawa aku sedang berinvasi, menceroboh minda sendiri. eksistensi diri terasa goyah. dalam dingin malam serta nafas yang tercungap, perasaanku kuat mengatakan bahawa ia tidak hilang dan aku perlu mencari keindahan itu kembali.

7 comments:

  1. mengapa tak pecahkan saja mimpi itu biar terdera, kerna itu lebih realis aku rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap manusia harus bermimpi sebelum mencanting bentangan realiti, tapi awas...realiti bisa menabrak jiwa-jiwa yang bentengnya kurang kukuh

      Delete
  2. allahuakbar!

    kena takbir kuat supaya kau kembali pada yg normal, gank.

    mabuk dalam situasi macam tuh leh bawa sampai koma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur, aku masih berpijak di atas realiti bergraviti

      Delete
  3. sabarlah Pak Lang,

    Kalau Allah mahu kau terus bermimpi, tak payah tidur pun boleh bermimpi.

    ReplyDelete
  4. oh mungkin ada keindahan yang lain pula pabila kau menemui semula mimipi itu.

    teruslah bermimpi kerna itu sayap untuk realiti, kata pak andrea hirata

    ReplyDelete