Tuesday, September 4, 2012

Separuh Duniaku Sedang Kiamat


awan mendung itu meresahkan

lalu angin kencang meniup pergi

segala gembira yang mulai berbunga

lalu berserak kuntum-kelopak

bertaburan atas aspal yang kusam

sang alam tiada berdosa

mungkin sial itu jiwa

yang tidak layak disapa bahagia

ketika malam makin kelam

ada bintang mulai gugur

menghentam kepala membebankan pundak

saat ini aku sedar;
separuh duniaku sedang kiamat perlahan-lahan



bandar darulaman
3 september, 2012




14 comments:

  1. di negara Barat, mereka akan berusaha sedaya mampu untuk menahannya. tapi itu hanya berlaku dalam filem Hollywood.

    untuk kau yg sedang kiamat perlahan-lahan, kau mesti mendahului kejadian tuh, kau tak perlu melawan, kau cuma perlu saksikan dan ketawakan.

    ReplyDelete
  2. Kadangkala yang kau sangka taufan itu hanya sekadar angin kencang, bukan sebuah petaka.

    Jangan hilang percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku risau kalau semua rasa sudah diterbangkan pergi termasuklah rasa percaya

      Delete
  3. Gunakan pembersih vakum untuk menyedut kiamat itu. Lepas tu buang ke laut.

    Aku sedang perlahan2 mengkhatamkan blog pak lang. Menarik. Selamat kenal pak lang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan manusia tak mampu, kawan

      salam kenal juga, adam

      Delete
  4. oh..smasa kecil..aku sedikit terpengaruh dengan kartun..apabila melihat bintang gugur..segala permintaan yang dipohon saat itu pasti akan dilunaskan tuhan.haha.

    setiap antara kita pasti ada kiamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bintang yang ini petanda kiamat, bukan mukjizat

      ya, kiamat itu pasti...aku sedang merasai sekurang-kurangnya dalam duniaku sendiri...aku harap yang ia cuma mimpi buruk dan tuhan masih belum mahu kiamatkan duniaku...biarlah aku mati dahulu

      Delete
  5. kalau kiamat tidak akan datang ke paklang sorang . jadi itu mimpi . semoga akan tersedar dari mimpi ngeri itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. separuh dari duniaku sendiri sudah merasai kehadirannya...ya, aku harap ia benar² mimpi ngeri sampai suatu detik aku akan tersedar dengan dada yang berombak...semoga!

      Delete
  6. mataku makin kelam, jiwaku makin gelam.

    sungguh. sudah perlu bersara dari dunia puitis.

    takfaham. makin takfaham.

    ampunkan khilaf ini paklang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada siapa yang bersalah :)

      dan jangan pernah hilang dari
      dunia puisi karena, nafas juga puisi

      kefahaman bergantung pada perspektif masing² dan tidak terikat pada satu tiang erti

      Delete