Monday, April 16, 2012

Perempuan Yang Mencari Tuhan #2

Dan perempuan itu terduduk lemah di suatu sudut kegelapan, terpuruk di hujung kekejaman dunia yang semakin. Kegelapan yang dirasakan itu adalah kegelapan yang paling gelap di antara gelap-gelap yang pekat. Lantas dia memandang tanpa melihat, berkata tanpa bicara dan mendengar tanpa bunyi. Berat yang membebankan pundaknya terasa menekan-himpit, membuatkan dia seakan terbenam ke dasar bumi yang paling dalam. Dalam kegelapan yang gelita, dalam ruang tanpa sudut itu, dia terus merangkak dan meraba. Tiada apa selain bau celaka. Dan ketika celaka yang sedang merejamnya tanpa belas, meludah segala nista ke muka, dia ; perempuan itu menguntum sebuah senyuman. Dia nampak segaris cahaya dalam rekahan jiwa yang kontang. Silaunya mendamaikan. Dalam hatinya. Perempuan itu malah menghayati nikmat nafasnya. Dia tahu, dalam kegelapan yang paling gelap sekalipun, Tuhan itu ada. Kerna itu, keyakinan terus menggerakan langkahnya. Dia, perempuan yang mencari Tuhan.

20 comments:

  1. Rezeki aku. Bukak-bukak kau baru update 1 minutes ago. Hehe.

    Terima kasih sbb di sambungtuliskan :D

    *padu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...rezeki di mana-mana

      *err...aku rasa tulisan mcm ni belum boleh dianggap padu...btw terima kasih kerna sudi membaca dan tinggalkan komen

      Delete
  2. perempuan yang sentiasa berusaha mencari

    ReplyDelete
    Replies
    1. angung pon bolehh. saba pak, asal aku je typo. blog je pon

      Delete
    2. cilaka betul...kakaka...ada badi typo lah dgn kau sbb tu nampak ja kau terus aku typo

      Delete
  3. ayat yang menyentuh jiwa kecil perempuan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah jatuh bangun seorang perempuan selalunya lebih epik berbanding lelaki...heh :)

      Delete
  4. di dalam setiap permasalahan, solusinya yang tepat pasti ada. :) yang jelas, keberkesanan dalam pencarian itu penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...manusia yg gigih adalah manusia yg terus mencari dan manusia yg terus mencari itu, pastinya dia tidak rugi :)

      Delete
  5. terperangkap dalam lohong yang gelap, berjalanlah biar berdikit-dikit asal ada usaha, kerna pada ada di sirna di hujung jalan. Tuhan sentiasa ada untuk kita yang sentiasa mempercayai Tuhan itu ada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ada kerna percaya bahawa tuhan itu ada :)

      Delete
  6. perempuan itu bagai terpukat dalam demensinya sendiri..ah,,susahnya dia nk keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. demensi tak bersegi, lohong yg kosong, perempuan itu masih ada kerna dia percaya yg tuhan itu ada...pencarian diteruskan meskipun dengan segala susah payah

      Delete
  7. pencarian itu kadang terbantut kerna sudah sampai suatu tahap yang Tuhan kata dia tak perlu tahu.. =)

    ReplyDelete
  8. ya, mencari tuhan bukan bermakna sampai harus bersemuka dengan zat tuhan :)

    ReplyDelete