Thursday, September 29, 2011

kerusi dan hati

Suasana sunyi sepi tanpa bunyi. Aku merasakan diri aku kini berada di dalam sebuah makmal. Ya sebuah makmal elektronik. Ada oscilloscope dan komponen berselerak di atas meja. Masih sunyi.

Tiba-tiba sekumpulan manusia lelaki perempuan masuk ke dalam makmal elektronik tersebut. Dan secara tiba-tiba juga, aku mendapati yg diri aku kini tengah bertelanjang tanpa seurat benang.

Ada dikalangan manusia lelaki perempuan itu memerhati aku dengan penuh rasa aneh. Terpaku tanpa suara. Masih sunyi seperti tadi. Entah apa yg mereka perhatikan aku kurang pasti. Yg pastinya, aku mula perasan keadaan diri aku yg aneh ini. Aku kaget!

Aku meluru masuk ke sebuah bilik di dalam makmal tersebut dan terlihat sehelai tuala tergantung di situ. Aku capai tuala itu kalut-kalut. Belum sempat aku mengenakan tuala itu, tiba-tiba ada pula dua orang manusia perempuan masuk ke dalam bilik tersebut. "cilaka apa pulak ni" rungut aku lantas bersembunyi di sebalik sebuah almari. Tapi yg menghairankan aku, kesemua wajah manusia lelaki perempuan di situ kabur dan tidak jelas.

Dan beberapa detik kemudian aku tersedar. Rupa-rupanya terlena di atas kerusi buat aku tercampak ke dalam mimpi yg aneh ni...

Cilaka...!



* hari ini buat aku rasa  sakit hati terhadap mereka-mereka yg iri hati dan aku juga semakin tidak mengerti dengan hati manusia jenis yg satu ni...huhh!

Monday, September 26, 2011

solo dan sejuk

perintang 1 MΩ...60

perintang 100 kΩ...60

perintang 4.7 kΩ...60

perintang 1 kΩ...120

LM741 OP-AMP...60

dan aku...?

hanya aku seorang,

keseorangan cuma,

masih terus hidup,

sejuk.

Thursday, September 22, 2011

Dunia Dia Aneh



Langit nampak gelap, tapi tiada awan mendung. Tiada tanda-tanda hujan mahu turun. Tiada juga angin yang bertiup. Suasana sunyi sepi dan suram. Di suatu penjuru petak bendang, dia duduk mencangkung di atas belakang seekor lembu besar. Sebesar trak Hicom Perkasa.

Suasana masih sunyi dan suram. Dia yang mencangkug di atas belakang lembu sebesar trak Hicom Perkasa itu cuma mendongak melihat langit yang gelap sehinggalah beberapa minit kemudian muncul sekawan hering bersaiz  Jet CF 18 Hornet. Hering-hering itu berlegar di atas kepala dia sambil mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh dan membingitkan telinga. Dia sedikit terganggu dengan aksi hering-hering tersebut lantas melompat turun dari belakang lembu sambil menggawang-gawangkan tangan, cuba menghalau. Tiada respon.

Dia mula menjauhkan diri dan dalam masa yang sama, kawanan hering itu mula menyerang serta merobek keluar kulit dan isi perut lembu besar tersebut. Dia terus melangkah meninggalkan lembu besar yang sedang menggelupur kesakitan dipatuk kawanan hering. Langkahnya terhenti apabila terlihat sepasang Spanish Ibex yang tengah ghairah mengawan. Dia leka memerhati pasangan bertanduk itu bersenggama. Kadang-kadang pasangan itu mengeluarkan bunyi persis suara-suara dalam filem porno yang pernah dia tonton dulu. Namun dia tidak sedikit pun terangsang dengan aksi itu malah meneruskan perjalanannya yang entah ke mana.

Dia jadi keliru apabila di depannya kini mengalir sebatang sungai yang di dalamnya terdapat monyet-monyet berbulu lebat sedang leka berenang ke sana ke mari. Manakala di tepi sungai itu pula ada deretan Cypress yang subur menghijau. Dia lihat beratus-ratus ekor ikan lampam sedang melompat dari pokok ke pokok. Dia semakin tidak mengerti dengan keadaan di sekelilingnya. Otaknya sudah tidak mampu menerima semua itu. Dunia ini semakin aneh bagi dia. Dia memanjat naik ke atas batu di tebing sungai.


Kini dia tidak perlu memikirkan keadaan yang berlaku di sekelilingnya lagi. Kepalanya kosong dan berongga. Dia hanya duduk bersila di atas batu yang penuh dengan darah berserta cebisan-cebisan otak yang bersepai serta berbau hanyir. Dia baru saja merembaskan kepalanya di atas batu itu. Dia senang bersiul-siul lagu Ephemeral dendangan Pelican biarpun kini otaknya sudah tiada untuk mengingati bait-bait melodi lagu tersebut. Aneh.

Tuesday, September 20, 2011

sepasang

aku punya sepasang mata

namun

tidak dapat melihat mu setiap masa

aku punya sepasang telinga

namun

tidak dapat mendengar suara mu setiap detik

aku juga punya sepasang tangan

namun

tidak mampu membantu mu setiap waktu

tapi

aku punya sepasang selipar baru!

lawa jugak, warna merah-hitam


"dengan selipar baru ni...melangkah pun rasa lebih yakin...kehkehkeh..."

Saturday, September 17, 2011

macam2 power

walaupun GABAN lebih power daripada POWER RANGERS
tapi sebenarnya perempuan bernama YUNA ini pun power jugak!


Friday, September 16, 2011

merokok

waktu pulang kerja adalah suatu waktu yg nikmat.
dia punya nikmat boleh pergi tahap budak-budak
sekolah merayakan loceng akhir yg menamatkan
sesi persekolahan untuk suatu hari tu. sungguh.

time start motor tu pun dia punya feel lain macam
tak sama time nak pergi kerja.memandangkan aku 
naik motor maka, motor lah yg aku start kan
lain lah kalau aku naik vios trd dah tentulah aku start
vios trd...tak lupa juga "tweet! tweet!"
bunyi alarm.

bukan motor atau vios trd yg hendak diperkatakan
tapi  hanyalah rasa seronok untuk pulang.
tap! tap! tap! masuk gear terus memecut walaupun
tak laju mana. tapi kan, satu benda yg tak berapa nak
seronok time naik motor ni bila kena berhenti berhenti
kat trafic light. kalau langgar ja sedap sikit, tu pun kalau
hang tak kena langgar pulak dgn lori atau apa-apa lah kan. 

maka, nak dijadikan cerita sampailah aku di suatu
simpang 3 yg trafic light tgh kuning nak merah. perasaan
masa tu celaru samada nak blah atau berhenti. tiba-tiba
terperasan kereta polis di hadapan. tp bukan unit peronda
unit apa entah kereta warna silver. yg pasti ia nya 
sebuah kereta waja dan bukanlah sebuah evo10. aku brek
kalut-kalut...kononnya nak berhenti. tp aku batalkan niat
bila kereta waja warna silver milik polis diraja malaysia tu
blah lampu merah dengan slumber pak lebai nya. jadi apa
jadahnya aku nak berhenti sedangkan kereta polis tu pun
tak berhenti? jadi, aku terus memecut sambil toleh-toleh
tengok si polis yg memandu waja silver tu. dia buat muka kering.

dan perlaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak 6% atas
pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan telah
ditunda. ini kalau tunda sampai 2021 pun ngam jugak!
maka, peruntukan untuk membayar cukai tersebut dengan
serta-mertanya aku gunakan untuk membeli peter stuyvesant.

*berkepul-kepul asap dihembus*



jangan suruh aku berhenti merokok kalau hang asyik bedal roti canai 3 bijik sehari

Tuesday, September 13, 2011

antara najib dan komunisme

"mulai saat ini sampai habis exam...
cheq tak kan mandi sungai lagi...
takut ayaq masuk otak pulak nanti..."


aku berkemungkinan akan tulis status macam
ni jika fesbuk wujud ketika zaman aku UPSR dulu2







notakaki : aku saja ngada2 buat tajuk entri tu
                supaya org boleh jumpa blog aku
                bila search najib atau komunisme
                di google...mungkin...sekarang kan
                isu2 mcm ni tengah naik...kehkehkeh

Monday, September 12, 2011

rahmat tuhan yg membasahkan

hujan itu suatu rahmat dari tuhan
hujan itu suatu rahmat yg menyuburkan
hujan itu suatu rahmat yg nikmat
hujan itu suatu rahmat yg membasahkan
hujan itu suatu rahmat yg menyejukan
hujan itu suatu rahmat yg lebat
tp
jika segala rahmat itu mencurah
tanpa henti
beberapa hari
jadinya macam hari ini...


"meredah banjir dalam kehujanan bukan lah sesuatu yg menyeronokan...!"
rungut pak lang sambil melibas2 kaki seluar yg basah...
asap rokok dihembus perlahan-perlahan...pagi yg lembap.


Arau,12 September 2011

Sunday, September 11, 2011

padang kota, kau kejam!

nyaman angin laut malam itu
buat aku rasa ingin makan
selonggok kerang bakar di hadapan
sedia menjadi santapan

aku leka dalam aroma
kerang bakar yg terhidang
hingga suatu detik aku terperasan
di hadapan ada gadis yg rupawan

pandangan kaku ke hadapan
hingga aku lupakan santapan
gadis rupawan buat aku hampir
sawan melawan tertawan

gadis rupawan leka mencolek kerang
aku leka memandang dengan hati tertawan
suatu ketika dia mula perasan
dan membalas pandangan...hairan

mata bertentangan
buat aku kaget, hilang kawalan
rambutnya terbang disapa angin
buat aku berdebar tak keruan

aku tertunduk tak mampu melawan
pandangannya tak mampu aku tentang
lalu harus bagaimana lagi
buat2 fokus melantak kerang

baru sedetik terpandang
buat aku rindu
mengada sungguh kan?
lantak lah hati dah berkenan

aku tekad
tetap ingin memandang
gadis rupawan di hadapan
yg sedang mencolek kerang

tapi sayang
aku tercengang
kini gadis rupawan
sudah tiada lagi di hadapan

hilang bersama riuh rendah padang kota
yang tinggal hanyalah aroma kerang bakar
ditiup angin laut malam itu
padang kota, kau kejam!

Saturday, September 10, 2011

hitung

RM0. Plggn
dihargai, mulai

15/9/2011, semua
pembelian reload & pek permulaan
akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan.
Info : www.celcom.com.my


Sender:
CELCOM


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RM0. Plggn
dihargai, mulai
15/9/2011,
pembelian tambah
nilai prabayar & pek permulaan
akan dikenakan cukai p'khidmatan
sebyk 6%. Sila layari hotlink.com.my

Sender:
Hotlink





nampak?

mesej yg berbeza

ayat yg berbeza

tp

maksud yg sama

ini kalau hitung2 semua

bermakna aku kena byr 12%

cukai perkhidmatan...cilaka apa!?

ini kalau aku berdoa, mau duk kena

tsunami dua2 org 'tokei' nih...!

doa org yg teraniaya kan mudah dimakbulkan Tuhan.


Tuesday, September 6, 2011

namanama


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.
Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan.
Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.
Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.
"Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sumber : Kosmo! 6 September 2011.


tengok, pangkat punya pasal
kena bayar pun sanggup
ini perangai org malaysia
yg penting ada 'nama'
orang malaysia mmg gila nama ya?
datuk , dato' , tan sri 
macam2...hishhh!


cuba hang tengok


Awie Wings
Joe Wings
Amy Search
Mael XPDC
(sekadar menyebut beberapa nama)


hang tengok pulak


Kurt Cobain
Jim Morrison
Greg Ginn
Henry Rollins

(sekadar menyebut beberapa nama)


tak payah letak

Nirvana, The Doors, Black Flag...pun


sungguh
itu bezanya orang malaysia
cilaka apa!? keh keh keh
macam2 gila...hishhh!






Henry Rollins













Monday, September 5, 2011

5 minit duk pikir tajuk

berkemeja lengan berlipat

beseluar cotton hitam

berkasut kulit juga hitam

sebatang peter stuyvesant

terselit kemas di celah bibir

mata terpejam-celik

beberapa kali

asap rokok naik menerjah mata

*hisap rokok di siang hari*





"power! ini baru lah technicion...hishhh"


cilaka apa ni...!