Monday, March 28, 2011

STUDY SMART

ketika ini, sekitar jam 1.37 pagi. mata aku masih melekat pada nota IC design. banyak bab yang perlu aku cover untuk test esok. semi custom design, full custom design,litar bersepadu PLD lah, litar bersepadu am lah, litar bersepadu asic’s lah, apakejadah lagi. mana nak cover bab cmos transistor level lagi. mata dah merah macam buah saga. kalau anak sedara aku tengok mesti dia jerit “hantu raya! hantu raya!” mana dia tahu pasal hantu raya pun aku tak tahu. aku yang bapak sedara ni pun belum pernah tegok lagi. sedang aku pura-pura khusyuk mentelaah nota, tiba-tiba satu pancaran cahaya yang tersangat terang keluar dari skrin laptop yang berada betul-betul depan aku. cahaya terang itu telah mendorong aku masuk ke dalam skrin laptop. gelap seketika...

beberapa detik kemudian...

aku buka mata perlahan-perlahan. aku berada di atas padang rumput yang sangat luas. aku nampak ada arnab besar sedang melompat-lompat di depan aku. besar. besar macam beruang madu. aku panggil arnab tu, ia toleh ke arah aku beberapa saat. lepas tu dia lompat-lompat semula. aku panggil lagi. arnab besar buat tak tahu. aku bara. aku ambik seketul batu dan terus baling tepat ke kepala arnab besar tu. arnab besar jatuh, kaku tak bernyawa. ketika aku asyik memanggang arnab besar itu, tiba-tiba seekor naga entah dari mana datangnya menerpa dan cuba menyerang aku. aku tergaman. tapi aku cool. aku elak serangan naga itu. dan dengan sepantas kilat, aku terus menyepak rusuk kiri naga tersebut. naga yang angkuh itu tersungkur mencium tanah. aku angkat kening dua kali. naga itu turut dipanggang.

setelah kenyang membedal seekor arnab sebesar beruang dan juga seekor naga yang angkuh itu, aku berdiri sambil menggosok perut. aku nampak ada sungai di depan sana. air jernih mengalir deras. aku dahaga. aku berlari-lari anak menuju ke tebing sungai itu. tanpa ragu-ragu, aku terus menghirup air sungai itu. sedap, rasa laici. aku hirup lagi. habis kering air sungai itu. semua ikan dalam sungai itu terloncat-loncat kerana tidak dapat bernafas. aku sendawa panjang.

aku meneruskan perjalanan, di atas padang rumput yang luas itu sambil bersiul-siul. perjalanan aku terhenti. seorang lelaki berjaket kulit hitam, berkaca mata hitam berdiri tercegat di depan aku. di tangannya ada selaras pump gun. cilaka! arnold schwarzenegger. dengan penuh sifat riak, dia suruh aku berundur. ini membuatkan aku marah. aku sepak buku lali dia. dia relax sambil senyum sinis. kali ini, aku pulak yang di sepak oleh mamat terminator itu. aku terpelanting sejauh 2 kilo meter. belum sempat aku bangun dia tembak aku dengan pump gun. tak semudah itu. aku mengelak ke kiri dan kanan. dengan kelajuan 120 km/j aku berlari ke arahnya. aku melepaskan satu tumbukan padu tepat ke mukanya. dia terpelanting ke belakang. tapi tak jauh, 1.5 kilo meter ja. suasana hening seketika. aku senyum sambil angkat kening dua kali. aku yakin yang aku dah menang. tapi perasaan bangga itu tak lama, arnold swezeneger bangun semula. mukanya pecah, nampak besi. dia tenung aku dengan muka yang kejam. nampaknya bila-bila masa sahaja dia akan menyerang aku. aku memperkukuhkan kuda-kuda. dia berlari ke arah aku dan aku nampak kedua-dua tangannya menggenggam sesuatu. tiba-tiba, dari jauh aku nampak dua biji bom tangan melayang ke arah aku. kebabommm! kuda-kuda aku yang kukuh tadi tempang begitu saja. cilaka! aku kena bom. pandangan aku gelap untuk kali yang ke-dua.

kemudian aku sedar yang aku dah melalut entah ke mana. kenapa aku buat cerita macam ni. dan ketika ini aku sedar yang aku masih belum habis ulangkaji. esok ada test. setakat ni sepatah haram apa pun tak ada lagi dalam kepala otak aku. cilaka sekali lagi!

No comments:

Post a Comment