Gayah merupakan seorang perempuan cantik dan merupakan isteri kepada Midun. Sudah 3 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Selama tempoh itu, tiada sebarang masalah yang mereka hadapi dalam melayari kehidupan sebagai suami-isteri. Benar saja, jika nahkoda dan anak kapal masing-masing memainkan peranan dengan baik tentulah tiada masalah dalam melayari bahtera. Tambahan pula, si anak kapal sentiasa memberi servis terbaik semasa pelayaran dan selalu membuat sang nahkoda berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukan. (cukup intro setakat ni, takut jadi cerita lain).
Akan tetapi, hanya satu masalah yang sering melanda keluarga Gayah dan Midun iaitu tabiat Gayah yang suka berhutang. Berhutang ini seolah-olah sudah menjadi hobi Gayah dan dia selalu mempraktikkannya setiap hari. Sebut saja baggali karpet mana yang dia tak kenal, Abdul Rashid, Abdullah, Samiallah, Al Shabir, Saram Sakk (eh, itu orang siam jual aiskrim) pendek kata semuanya dia pernah berhutang dan hutang-hutang tersebut masih belum lunas. Satu lagi tabiat buruk Gayah adalah, dia terlalu suka menambah hutangnya itu walaupun hutang lama masih belum langsai. Pantang ada ‘new comer’, banggali karpet atau orang kemboja bawak barang masuk kampung pasti dia akan buka buku baru.
Hal ini merunsingkan Midun. Mana tak runsing, isterinya berhutang dia yang kena bayar. Pendapatanya selaku driver lori kat kuari batu milik cina capek, Lim Tat tu bukannya banyak sangat. Cukup-cukup lepas perbelanjaan harian keluarganya. Mana nak beli susu anak lagi. Mujurlah baru seorang anak mereka. Midun bertambah runsing. Sehinggalah sampai suatu tahap, Gayah mengada-ngada, tanpa berfikir panjang telah membuat loan kat ah long semata-mata untuk membeli kerusi malas yang di bawa oleh oleh seorang banggali karpet iaitu Al Shabir, selaku ‘kaki lama’ yang kerap keluar masuk kampung untuk berniaga.
Para pemiutang yang sangapkan duit mereka silih berganti datang mengetuk pintu rumah Midun. Gayah pula sering pura-pura tidur. Midun makin tertekan dengan keadaan itu. Demi menyelamat keluarganya dari ancaman keras para pemiutang itu, Midun telah merompak sebuah rumah. Banyak jugak hasil yang dia dapat. Hasil yang dia perolehi itu digunakkan untuk melangsaikan semua hutang Gayah. “Abang terpaksa merompak demi membayar hutang-hutang Yah! Abang harap lepas ni semuanya berakhir dan tak berulang lagi, cukup-cukuplah Yah dengan hobi berhutang tu”. Midun marah dan rasa bersalah kerana terpaksa merompak silih berganti. Seperti tidak tahu bersyukur, Gayah lantang menjawab “Yang abang pegi merompak tu buat apa!? Salah tu abang tau tak!” Midun makin geram, dengan perangai Gayah. “Kau pandai menjawab! Kau apa tahu, aku susah payah menyelamatkan kau. Aku merompak pun semata-mata demi kau! Kau mana ada duit nak bayar hutang. Tak kan kau nak serahkan tubuh kau buat langsai hutang!?” Mendengar kata-kata Midun itu, Gayah bertukar ganas. Di capai tong gas lalu di hempapkan ke atas belakang suaminya. Kebetulan ketika itu mereka memang berada di dapur. “Memang la Yah tau abang terpaksa merompak demi Yah, tapi yang abang rompak rumah mak Yah tu kenapa?! Itu kan mak mertua abang jugak!”
No comments:
Post a Comment