Tuesday, March 29, 2011

Salahkah Osman?

Osman baru masuk tingkatan 1 di Sekolah Menegah Kebangsaan Putri Saadong. UPSR Osman tak lah gempak sangat. Jadi, memasuki sekolah asrama penuh adalah diibaratkan jauh panggang dari api memandangkan result Osman cukup makan ja. Mak Osman daftarkan Osman di asrama. Biarlah bukan sekolah asrama penuh pun asalkan asrama kat sekolah baru Osman tu tak penuh. Senang sikit Osman ke sekolah, kerana rumahnya agak jauh. Osman gembira, sebab dia dah jadi budak sekolah menengah.

Baru malam pertama di asrama, Osman merasakan ada sesuatu yang agak ganjil. Kawan-kawan baru yang siang tadi begitu ramah dan ada jugak yang sempat pow karipap dia tiba-tiba ja berubah. Mereka langsung tak bercakap dengan Osman. Masing-masing buat muka ketat. Ada jugak yang berkelakuan pelik. Selama seminggu keadaan itu berlarutan.

Hujung minggu, Osman balik kampong. Mak Osman sangat gembira menyambut kepulangan Osman sambil mendepakan tangan di muka pintu. Selepas memeluk Osman, mak ajak Osman makan. Macam-macam mak masak untuk Osman. Osman tersenyum lebar bila nampak sambal jering kesukaannya. Sambil makan, mak tanya keadaan Osman di asrama sekolah baru.

“Man macam mana kat asrama, seronok tak?” Mak

“Seronok la jugak” Osman

“Macam mana pulak dengan kawan-kawan baru Man?” Mak

“Hurmm...ini la yang Man nak cerita kat mak ni. Kawan-kawan Man 
 pelik la mak.” Osman

“Pelik macam mana pulak tu Man? Diorang buli Man ke?” Mak

“Takda la mak, kawan-kawan Man baik ja cuma...bila malam ja semua berperangai pelik. Ada yang tertonggeng-tonggeng, ada yang tergolek-golek. Ada yang sumbat kertas dalam telinga, ada yang masuk kepala bawah tilam. Ada jugak yang berlari tak tentu arah. Tapi yang paling dasyat kan mak, ada yang hentuk kepala kat dinding.” Osman

“Ishkk...kenapa pelik sangat perangai kawan-kawan Man tu?” Mak

“Ntah la mak, Man pon tak tahu. Dah seminggu perangai diorang macam tu.” Osman.

“Abis tu, selama seminggu ni apa yang Man buat?” Mak

“Man tengok ja gelagat diorang. Man tak masuk campur, Man duduk ja atas katil sambil gosok biola buruk yang arwah bapak bagi”. Man




notakaki : ini kisah ntah kutu mana cerita kt aku. aku lupa.
                 penambahan ayat adalah utk menyedapkan lagi cerita.

Monday, March 28, 2011

STUDY SMART

ketika ini, sekitar jam 1.37 pagi. mata aku masih melekat pada nota IC design. banyak bab yang perlu aku cover untuk test esok. semi custom design, full custom design,litar bersepadu PLD lah, litar bersepadu am lah, litar bersepadu asic’s lah, apakejadah lagi. mana nak cover bab cmos transistor level lagi. mata dah merah macam buah saga. kalau anak sedara aku tengok mesti dia jerit “hantu raya! hantu raya!” mana dia tahu pasal hantu raya pun aku tak tahu. aku yang bapak sedara ni pun belum pernah tegok lagi. sedang aku pura-pura khusyuk mentelaah nota, tiba-tiba satu pancaran cahaya yang tersangat terang keluar dari skrin laptop yang berada betul-betul depan aku. cahaya terang itu telah mendorong aku masuk ke dalam skrin laptop. gelap seketika...

beberapa detik kemudian...

aku buka mata perlahan-perlahan. aku berada di atas padang rumput yang sangat luas. aku nampak ada arnab besar sedang melompat-lompat di depan aku. besar. besar macam beruang madu. aku panggil arnab tu, ia toleh ke arah aku beberapa saat. lepas tu dia lompat-lompat semula. aku panggil lagi. arnab besar buat tak tahu. aku bara. aku ambik seketul batu dan terus baling tepat ke kepala arnab besar tu. arnab besar jatuh, kaku tak bernyawa. ketika aku asyik memanggang arnab besar itu, tiba-tiba seekor naga entah dari mana datangnya menerpa dan cuba menyerang aku. aku tergaman. tapi aku cool. aku elak serangan naga itu. dan dengan sepantas kilat, aku terus menyepak rusuk kiri naga tersebut. naga yang angkuh itu tersungkur mencium tanah. aku angkat kening dua kali. naga itu turut dipanggang.

setelah kenyang membedal seekor arnab sebesar beruang dan juga seekor naga yang angkuh itu, aku berdiri sambil menggosok perut. aku nampak ada sungai di depan sana. air jernih mengalir deras. aku dahaga. aku berlari-lari anak menuju ke tebing sungai itu. tanpa ragu-ragu, aku terus menghirup air sungai itu. sedap, rasa laici. aku hirup lagi. habis kering air sungai itu. semua ikan dalam sungai itu terloncat-loncat kerana tidak dapat bernafas. aku sendawa panjang.

aku meneruskan perjalanan, di atas padang rumput yang luas itu sambil bersiul-siul. perjalanan aku terhenti. seorang lelaki berjaket kulit hitam, berkaca mata hitam berdiri tercegat di depan aku. di tangannya ada selaras pump gun. cilaka! arnold schwarzenegger. dengan penuh sifat riak, dia suruh aku berundur. ini membuatkan aku marah. aku sepak buku lali dia. dia relax sambil senyum sinis. kali ini, aku pulak yang di sepak oleh mamat terminator itu. aku terpelanting sejauh 2 kilo meter. belum sempat aku bangun dia tembak aku dengan pump gun. tak semudah itu. aku mengelak ke kiri dan kanan. dengan kelajuan 120 km/j aku berlari ke arahnya. aku melepaskan satu tumbukan padu tepat ke mukanya. dia terpelanting ke belakang. tapi tak jauh, 1.5 kilo meter ja. suasana hening seketika. aku senyum sambil angkat kening dua kali. aku yakin yang aku dah menang. tapi perasaan bangga itu tak lama, arnold swezeneger bangun semula. mukanya pecah, nampak besi. dia tenung aku dengan muka yang kejam. nampaknya bila-bila masa sahaja dia akan menyerang aku. aku memperkukuhkan kuda-kuda. dia berlari ke arah aku dan aku nampak kedua-dua tangannya menggenggam sesuatu. tiba-tiba, dari jauh aku nampak dua biji bom tangan melayang ke arah aku. kebabommm! kuda-kuda aku yang kukuh tadi tempang begitu saja. cilaka! aku kena bom. pandangan aku gelap untuk kali yang ke-dua.

kemudian aku sedar yang aku dah melalut entah ke mana. kenapa aku buat cerita macam ni. dan ketika ini aku sedar yang aku masih belum habis ulangkaji. esok ada test. setakat ni sepatah haram apa pun tak ada lagi dalam kepala otak aku. cilaka sekali lagi!

Monday, March 21, 2011

Langkah Kecundang

Gayah merupakan seorang perempuan cantik dan merupakan isteri kepada Midun. Sudah 3 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Selama tempoh itu, tiada sebarang masalah yang mereka hadapi dalam melayari kehidupan sebagai suami-isteri. Benar saja, jika nahkoda dan anak kapal masing-masing memainkan peranan dengan baik tentulah tiada masalah dalam melayari bahtera. Tambahan pula, si anak kapal sentiasa memberi servis terbaik semasa pelayaran dan selalu membuat sang nahkoda berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukan. (cukup intro setakat ni, takut jadi cerita lain).
Akan tetapi, hanya satu masalah yang sering melanda keluarga Gayah dan Midun iaitu tabiat Gayah yang suka berhutang. Berhutang ini seolah-olah sudah menjadi hobi Gayah dan dia selalu mempraktikkannya setiap hari. Sebut saja baggali karpet mana yang dia tak kenal, Abdul Rashid, Abdullah, Samiallah, Al Shabir, Saram Sakk (eh, itu orang siam jual aiskrim) pendek kata semuanya dia pernah berhutang dan hutang-hutang tersebut masih belum lunas. Satu lagi tabiat buruk Gayah adalah, dia terlalu suka menambah hutangnya itu walaupun hutang lama masih belum langsai. Pantang ada ‘new comer’, banggali karpet atau orang kemboja bawak barang masuk kampung pasti dia akan buka buku baru.
Hal ini merunsingkan Midun. Mana tak runsing, isterinya berhutang dia yang kena bayar. Pendapatanya selaku driver lori kat kuari batu milik cina capek, Lim Tat tu bukannya banyak sangat. Cukup-cukup lepas perbelanjaan harian keluarganya. Mana nak beli susu anak lagi. Mujurlah baru seorang anak mereka.  Midun bertambah runsing. Sehinggalah sampai suatu tahap, Gayah mengada-ngada, tanpa berfikir panjang telah membuat loan kat ah long semata-mata untuk membeli kerusi malas yang di bawa oleh oleh seorang banggali karpet iaitu Al Shabir, selaku ‘kaki lama’ yang kerap keluar masuk kampung untuk berniaga.
Para pemiutang yang sangapkan duit mereka silih berganti datang mengetuk pintu rumah Midun. Gayah pula sering pura-pura tidur. Midun makin tertekan dengan keadaan itu. Demi menyelamat keluarganya dari ancaman keras para pemiutang itu, Midun telah merompak sebuah rumah. Banyak jugak hasil yang dia dapat. Hasil yang dia perolehi itu digunakkan untuk melangsaikan semua hutang Gayah. “Abang terpaksa merompak demi membayar hutang-hutang Yah! Abang harap lepas ni semuanya berakhir dan tak berulang lagi, cukup-cukuplah Yah dengan hobi berhutang tu”. Midun marah dan rasa bersalah kerana terpaksa merompak silih berganti. Seperti tidak tahu bersyukur, Gayah lantang menjawab “Yang abang pegi merompak tu buat apa!? Salah tu abang tau tak!” Midun makin geram, dengan perangai Gayah. “Kau pandai menjawab! Kau apa tahu, aku susah payah menyelamatkan kau. Aku merompak pun semata-mata demi kau! Kau mana ada duit nak bayar hutang. Tak kan kau nak serahkan tubuh kau buat langsai hutang!?” Mendengar kata-kata Midun itu, Gayah bertukar ganas. Di capai tong gas lalu di hempapkan ke atas belakang suaminya. Kebetulan ketika itu mereka memang berada di dapur. “Memang la Yah tau abang terpaksa merompak demi Yah, tapi yang abang rompak rumah mak Yah tu kenapa?! Itu kan mak mertua abang jugak!”

Saturday, March 12, 2011

seniman jalanan



"seseorang itu belum tentu dianggap bertamadun jika dia memiliki harta, kereta besar dan berpakaian bagus... tetapi jikalau seseorang itu tak kira siapa pun dia, tanpa ada rasa bersalah membuang sampah merata-rata walau sekecil-kecil sampah sekali pun, kita boleh saja anggap yg dia tidak bertamadun..." -brader basking @ padang kota-

Tuesday, March 8, 2011

benci, benci, benci

Aku ambik dari sokernet ja...apa2 pun middle fingger untuk beliau. sekian...

Pakcik Massimo Busacca!!!



Nama: Massimo Busacca
Umur: 42 tahun
Hobi: Melayangkan kad merah
PMR: Semua merah
Makanan kegemaran: Ayam masak merah
Minuman kegemaran: Sirap merah
Pengadil diminati: Subkhiddin
Impian: Menjadi pengadil bola sepak terkenal dan melayangkan kad merah kepada Robin Van Persie