melangkah ke tahun baru, meninggalkan tahun lepas. angka pada umur pun makin bertambah, tanggungjawab juga bertambah (tp org bujang cm aku rilex ja la). terasa dunia ni pun makin tua. yang muda meningkat tua dan yang tua semakin tua. melangkah di dunia hari ni harus berjaga-jaga.
nak dijadikan cerita...kelmarin ketika aku ngan member aku berjalan pulang dari kelas, kami berdua melintasi sekumpulan student perempuan. seperti biasa, aku membuat muka slumber dan cool (cool la sangat). aku tengok member aku membetulkan rambut dia. kami berdua meneruskan perjalanan dengan gaya lelaki macho sambil mata mengerling ke arah gadis2 tersebut. langkah kami agak laju dan tiada tanda2 mahu berhenti atau singgah di mana2 walaupun sekadar pekena roti canai + teh tarik kat kedai mamak yg baru saja kami lewati sebentar tadi. masing2 mahu cepat sampai ke bilik.
terlihat ke arah gadis2 tadi sedang ketawa dengan asyiknya. semakin lama semakin rancak dan menjadi2 ketawa mereka. entah apa yg mereka ketawakan aku sendiri tak pasti. yg pastinya mmg buruk pemandangan tersebut di mana gadis2 yg ketawa tak ingat dunia. ketika menghampiri mereka, mulut aku secara tiba2 tanpa dapat dicontrol terus mengeluarkan kata, "amboi, gelak sakan nampak?" member aku mencelah "sukanya dia,gelak hapa tuh?" hal ini membuatkan gadis2 tersebut menoleh ke arah kami berdua. dalam pada itu, masih tiada tanda2 yg menampakan mereka akan berhenti ketawa malah ketawa mereka makin menjadi. salah seorang daripada mereka menjawab, "biasa ar bro, happy ending!" entah apakejadahnya yg happy ending pun aku tak tahu. "jangan suka sangat, nnt jadi bad ending" aku menambah ringkas. mereka terus ketawa. member aku senyum2 kambing.
tiba di sebijik tangga, tiada angin yg bertiup, tiada guruh yg berbunyi, tiada halilintar yg berdentum, tanpa disangka2 satu tragedi menyayat hati (utk mereka) dan geli hati (utk aku) telah terjadi. secara tiba2 salah seorang daripada gadis2 tersebut telah tersilap langkah dah terjatuh ketika menuruni anak tangga tersebut. kejadian itu betul2 berlaku di depan mata aku. gaya beliau jatuh sangatlah pelik di mana beliau terjatuh dalam posisi melutut di atas anak tangga. sakit tuh! rupa-rupanya dia ialah gadis yg menyebut "happy ending" sebentar tadi. aku tegok member aku sedikit terkejut dan seakan2 cuba membantu. "eh, awak ok ke?" member aku bertanya tanda kesian. aku sekali lagi menoleh melihat wajah member aku yg penuh rasa simpati. tiba2 mata aku berair. satu perasan yg tak dapat lagi dibendung. mata aku berair bukan kerna sedih tapi aku dah tak dapat menahan rasa ingin ketawa. akhirnya berderailah gelak ketawa aku yg melampau, HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA...WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
melihat aku ketawa macam orang gila, member aku yg tadi dalam mood simpati turut berubah menjadi gila dan terus ketawa! HAHAHAHAHAHAHA...lawak nak mampus! kini kami berdua pula yg mengambil alih tugas ketawa dari gadis2 tersebut. "jahatnya, ketawakan orang!" gadis2 itu mengherdik. "biasa ar, happy ending la katakan" aku menjawab ringkas dan terus menyambung ketawa. "Sudah jatuh di atas tangga nasib baik tak ditimpa tangga" member aku menambah. kami ketawa lagi.
gadis2 tersebut terdiam sepi, dengan raut wajah mereka menunjukan tanda2 kekesalan. lebih parah lagi, beliau yg jatuh itu juga terpaksa menanggung perasan malu hingga merah mukanya. aku tengok dia macam nak menangis ja. akibat tak tertahan lagi, aku mengajak member aku meneruskan perjalan. aku sempat mengucapkan kata terakhir untuk mereka sebelum beredar, "hidup tak semestinya sentiasa ada happy ending". kami berdua terus berlalu meninggal gadis2 tersebut yg diam seribu bahasa. sepanjang perjalanan ke bilik, aku tak henti2 ketawa. perjalanan kami dipenuhi gelak ketawa. dalam kelucuan itu, aku mengatur langkah dengan penuh hati2 menuruni anak tangga. jangan aku pulak yg jadi bahan ketawa nanti!
moral : janganlah kita terlalu leka dan bergembira dengan nikmat di dunia ni,
sedangkan kita tidak tahu apa yg bakal terjadi di kemudian hari.
melangkahlah dengan rasa rendah diri dan berhati-hatilah menempuh
kehidupan di dunia. jadi, awasi langkah anda! (kena pakai slipper asadi ka?)
No comments:
Post a Comment