Saturday, November 27, 2010

Salah Kerbau Yang Hodoh?

"surat kau dah sampai, tapi duitnya tak ada?" aku terima sms tu tadi. ini bemaksud ada 'orang' yang tak bertanggungjawab dah selongkar sampul surat aku masa proses penghantaran surat itu berlaku! ya, salah aku juga  sebab pos surat beserta wang tunai. nasib baik 6 ringgit ja. kalau 60? 600? 6000? (memang aku tak akan pos la kalau banyak macam tu...haha...bodoh) tak ke rugi aku. sebenarnya aku ada la layangkan surat kepada seorang teman untuk oder stuff dari dia. tapi tak sangka pulak jadi mcm ni! (no problem bos, aku percayakan hang), sori lah yer...nanti aku bank in ja.

masalahnya di sini, aku bukan la nak ceritakan kerugian aku yang tak seberapa tu, tapi aku nak mempertikaikan perkhidmatan pos yang begitu cuai. salah jugak aku selit wang tunai dalam surat tu tapi ada apa masalah pulak dengan 'orang' yang buka sampul aku tu!? apakejadahnya semua ni!? aku bukan la 100% nak menunding jari menyalahkan perkhidmatan pos malaysia, pos thailand, pos sri langka atau sebagainya (apa aku merapu?) tapi aku sangat tak puas hati terhadap individu yang tak bertanggungjawab yang ada terlibat dalam perkhidmatan tersebut. pasaipa pulak yang 'dia' duk pi buka sampul aku tu? tak ke susah kalau sampul yang 'dia' buka tu merupakan surat cinta aku yang aku utus untuk kekasih hati aku? apa pulak akan jadi kalau 'dia' tu pandai² ubah kandungan surat cinta aku tu? tak ke dia menyusahkan aku, bila kekasih aku mintak putus sebab ada sesuatu yang tak kena dengan surat cinta aku tu! susah la macam ni. (eh, ada lg ke orang bercinta main kirim² surat zaman sekarang ha???)

maksudnya di sini, kerna terdapat individu yang bersikap kurang ajaq (aku rasa 'dia' kurang ajaq) dan tak bertanggungjawab dalam perkhidmatan ni telah menyusahkan orang lain sebagai pelanggan yang percayakan perkhidmatan itu. ini adalah sesuatu yang tak bagus! kerna seekor kerbau yg hodoh, kerbau2 lain juga dianggap hodoh. (aku baru reka peribahasa ni...tapi mengapa kerbau?) ini juga bukan soal wang yang hilang tapi soal kepercayaan. orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan yang sedia ada kalau masih wujud individu yang tak bertanggungjawab ni. aku juga bukan la nak salahkan posmen, kerani pos mahupun sesiapa tapi hanya 'dia' yang tahu siapa dia. terlalu anarkis sangat bagi aku kalau pos guna burung merpati. so, harap kejadian macam ni tak akan berulang lagi! sekian.



notakaki : ini soal kepercayaan, jangan sebab benda2 macam ni rakyat/pelanggan 
                jadi mangsa dan hilang   kepercayan. (diorang scan ke sampul nak tau ada 
                duit ke apa...bukak semua sampul dan chek nasib2 ada duit? 
                ah,karut...tak mungkin la).

Wednesday, November 24, 2010

read more, learn more #1

saat abang posman berhenti kat depan rumah aku, aku rasa sangat teruja kerna aku tau 'barang' aku sudah sampai! sehari sebelum hari raya aidiladha bermaksud aku berada di kampung halaman. aku buka sampul surat tu dan aku tersenyum sendiri bila di tangan aku kini terdapat 'a malaysian zine omnibus vol.1'! ya...zine itu sudah menjadi milik aku. thanx to azizi grind!

tengok cover, memang menarik. terlihat seorang punk yang menggalas beg guitarnya di kaki lima kota. artwork yang menarik dari nan (think smart act blur comix zine). zine yang aku maksudkan ini adalah HOMESICK zine di mana untuk pengetahuan anda yang tidak tahu, zine ini telah diriliskan dalam bentuk omnibus iaitu menghimpunkan tulisan-tulisan dari editor zine sekitar tanahair samada yang sudah lama mahupun yang baru dalam scene zine tempatan. diterbitkan 80% dalam bahasa ibunda dan 20% dalam bahasa penjajah. projek omnibus ini dijayakan dengan saudara nizang dari mosh zine sebagai moderator.

dengan terhasilnya zine seperti ini menunjukkan bahawa kewujudan zine dalam scene punk/hc bukanlah bersifat persaingan tetapi ia wujud untuk solidariti sesama editor, mahupun pembaca dan yang mendukung usaha itu sendiri. syabas diucapkan untuk editor-editor yang terlibat dalam menjayakan projek omnibus ini!
satu usaha yg bagus dalam memastikan budaya zine ini tak "mati" dalam scene punk/hc tempatan. aku harap homesick ini aku terus wujud untuk isu² yang seterusnya. dan aku juga harap selepas ini lebih ramai editor² zine serata tanahair mengambil bahagian. go!

aku rasa sangat 'sedap' untuk membaca zine dalam bentuk omnibus ini sebab aku dapat baca pelbagai isu/pendapat/gaya penulisan dari editor² zine yang berlainan dalam satu zine! aku pula tengah bercuti ketika ini, memang la best aku duk rileks² sambil baca zine. macam² isu yang diketengah oleh editor² yang mengambil bahagian dalam zine ini. ada yang menulis tentang isu semasa, menulis tentang kehidupan penulis, ada yang berkisar mengenai scene punk/hc tempatan, ada yang mengutarakan tentang zine culture dan salah satu daripadanya yang menarik perhatian aku adalah tentang kesihatan! bebelan oleh ayien (adaptation zine) yang bertajuk "oral dan cara pemakanan". sangat enak untuk dibaca kerana beliau bercerita tentang penjagaan oral atau gigi di mana sesetengah individu memandang remeh terhadap hal tersebut. beliau menerangkan tentang kebaikan flourida untuk kesihatan gigi, merupakan satu bahan yang terdapat dalam ubat gigi. flourida seakan sama seperti komposisi anatomi gigi dan sangat bagus untuk kesihatan gigi! ini menjawab persoalan di mana ada pihak yang pandai² cakap flourida itu bahaya untuk kesihatan. selain itu, beliau juga ada menyebut tentang kebaikan xylitol iaitu satu bahan  menggantikan sucrose (gula) yang terdapat dalam chewing gum. kata ayien si doktor gigi, "punk tu punk juga...tapi gigi kena jaga!" haha...satu penulisan yang bagus aku rasa.

antara zine² yg terlibat dalam homesick ini merupakan zine² yang dah lama wujud mahupun yang baru dalam scene local. antara yang terlibat adalah :

- Abstained Agogo 9.1
- Conscious
- DRSA #10.2
- Adaptation 4 1/2
- A Dream ? vol.2.5
- Ancaman Kecil #2.5
- Bebal #9
- Qaseh Sayunk 3.5
- Mosh # 13.5
- Dead Memories issue5
- Hitam Putih #2.1
- Masked Reader #11
- Sebutir Bintang Merah
- Ranjau Di Jalanan #5
- Blur #4.5

sekali lagi syabas, dan kudos untuk mereka² yang terlibat! aku harap homesick akan terus kekal untuk isu² yang seterusnya bagi memeriahkan lagi scene punk/hc tempatan. go! sekian.


homesick 'a malaysian omnibus zine vol.1'. untuk dapatkan zine ini sila hubungi saudara nizang berdasarkan alamat yang tertera dalam gambar di atas. ayuh, support zine tempatan!

Thursday, November 11, 2010

Bernafas Lega

fuhhh...! aku menghembus nafas lega (berserta asap rokok yang di dalamnya dipercayai mngandungi 4000 jenis bahan kimia - tapi aku masih tetap hisap juga!) . paper dah habis, exam dah tamat! jadi aku sedikit lega dan rasa bebas dari belengu peperiksaan yang aku rasa agak menyebalkan bagi seorang student yang suka study last minute macam aku. susah juga terjebak dalam bidang kejuruteraan ni. hampir 2 minggu aku terpaksa menghadap buku/modul untuk subjek yang aku ambik sem ni. malay ada english ada nasib baik modul aku tak ada yang dalam bahasa sanskrit!

jadi, sekarang adalah masa aku bertenang sebelum keluarnya result (di mana ketika itu perasaan berubah menjadi seolah² seorang kanak-kanan yang cuak menunggu giliran bersunat). masa yang agak terluang macam ni aku rasa bagus untuk aktivi pembacaan zine lah. aku dah oder zine dari saudara azizi (editor BEBALZINE). bebal zine isu-10 yang dia pos 2 minggu lepas pun aku baru saja habis baca. menarik juga isu kali ni. kalau ada masa nanti aku rasa macam nak tulis/ulas (cara aku sendiri) tentang isu2 yang dimuatkan dalam zine² yang aku baca. aku rasa gembira juga sebab masih wujud editor² zine yang tetap rajin dan tak jemu² menulis begini. go!

aku rasa, adalah amat bagus kalau aku pelbagaikan bahan bacaan aku. sekurang-kurangnya tak ada lah aku rasa macam tinggal dalam aquarium kosong. (apa yang aku cuba maksudkan?) dan aku rasa aku pelu baca apa saja yang aku rasa ingin baca. membaca itu pun memerlukan teknik yang tersendiri. baru lah apa yang kita baca itu memberi kesan terhadap perkembangan pengetahuan, tingkahlaku mahupun hidup kita. dan selain bermusik, berpuisi, melukis atau menulis aku rasa membaca juga satu art.


notakaki: aku bukan seorang pembaca tegar ataupun ulat buku