rindu adalah peluru-peluru sesat yang menembusi kulit serta tulang-temulang, terbenam dalam daging merah darah lalu tubuh ini jadi parah. andai kau adalah guru, barangkali aku jadi murid yang derhaka kerana sering ingin menyumpahmu atas sebab mengajarkan aku tentang rindu yang menyakitkan.
sekurang-kurangnya kau pernah tahu bagaimana rindu menghentam.
ReplyDelete