Wednesday, July 10, 2013

Catatan Ramadhan


hari ini adalah ramadhan pertama dalam tahun dua ribu tiga belas dan aku masih berseorangan. bezanya hari ini aku dipeluk erat oleh kesepian. tanpa sebarang ucapan, tanpa teman, tanpa cinta, tanpa kasih — yang ada cuma tuhan yang selalu ada. dengan senyum yang tawar aku menunggu waktu berbuka ditemani andrew jackson jihad yang beralun menusuk koklea telinga. namun aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku masih mampu menjamah tiga biji kuih serta meneguk segelas air jagung. 




bandar darulaman
10 julai, 2013
[1 ramadhan, 1434]


5 comments:

  1. selamat menjalani ibadah puasa pak lang :)

    ReplyDelete
  2. Rileks la lang.

    Salam 12 ramadhan!

    ReplyDelete
  3. punk, punk juga. tapi 1 ramadhan berbuka puasa seorang rasa macam nak menangis tau.

    ReplyDelete