ada jiwa-jiwa terkorban
dalam kenderaan yang ketabrakan
kelajuan jadi senjata membunuh
ii.
seorang wanita tua sayu wajahnya
yang dahulu selalu memimpin tangan kecilku
kini terlantar lemah dimamah usia
dan akhirnya dijemput sakaratul maut
iii.
kediamanku yang sebelumya sunyi
turut terjebak dengan ritual kematian
orang tionghoa beragama budha
ada keluarga sedang berkabung dalam
rumah yang bertentangan
iv.
oktober ini aku menyaksikan
perkuburan di kariah kelahiranku
kerap dikunjungi penghuni baru
v.
dalam kelabu asap segaret
aku terfikir ; apakah aku masih
berdiri di sini menghembus asap sigaret
pada oktober yang akan datang?
― selamat tinggal oktober, semoga ketemu lagi
takziah Lang atas kesemuanya..
ReplyDeletemoga masa yang ada sempat untuk segalanya..
terima kasih api
Deleteya, semoga kita semua
masih sempat mengecap nikmat kehidupan
takziah pak lang,tp aku confius di sini,adakah kaum kerabat mu atau kaum lain?,@@
ReplyDeleteterima kasih
Deletekematian yang datang berderet di kalangan saudara pertalian darah, jiran dan orang-orang kampung
InsyaAllah kalau masih diberi ruang, peluang lagi cerah jika asap sigeret x dihembus.
ReplyDeletekita jumpa oktober nnti paklang ! :)
nasihat yang pedas...hehe
Deleteapa² pun terima kasih, kawan :)
ya, semoga kita semua masih sempat menjengah masa-masa akan datang. eh, mahu jumpa di mana ya? hehe
jom jumpa lagi si pekin
ReplyDeletetak habis² dengan pekin lu ni chegu bayam
Deletedoa banyak-banyak.
ReplyDeletesama-samalah kita berdoa
Delete