Friday, January 13, 2012

Selsema

Ada satu makhluk yang berwajah hijau. Tak, bukan toyol sebab dia bukan makluk kecil berkepala botak. Hulk? Bukan lah, dia bukan makhluk berbadan sasa dan berotot . Makhluk yang satu ini berwajah hijau, berambut panjang mengurai. Tangan dia mungkin warna hitam dan berkuku panjang. Tapi aku tak peduli semua tu.

Yang paling cilaka adalah, ketika dia duduk mencangkung atas kepala aku. Kuku-kuku tajam dia pulak tak habis-habis mencakar tempurung kepala aku sampai jadi satu lubang berongga tembus sampai ke otak. Aku ingat dia nak makan otak aku, tapi dia bukan zombi. Cilaka sekali lagi, makhluk berwajah hijau tu cucuk-cucuk otak aku dengan kuku tajam dia. Babi betul. Tak ada otak ke apa makhluk ni sampai boleh main-main otak aku macam tu?

Pelik, aku tak boleh buat apa-apa pada makhluk berwajah hijau tu. Aku hanya berdiri depan cermin sambil lihat apa yang dia buat atas kepala aku. Aku nampak  dia ambik straw dan cucuk ke otak aku . Ngilu jugak rasanya. Lepas tu, dia tiup kuat-kuat otak aku sampai mengelegak macam bunyi orang hisap shisha. Habis bersepah otak aku, cair dan mula meleleh turun ke hidung. Makin lama, makin banyak. Habis semua rongga hidung aku dipenuhi otak yang cair, tersumbat hinggakan aku susah nak bernafas. Aku hembus nafas kuat-kuat melalui hidung. Keluar lendir-lendir pekat kehijauan. Ada kalanya berketul-ketul kekuningan.

Makhluk berwajah hijau tu masih galak mencucuk dan meniup-niup otak aku dengan straw. Rongga hidung yang sedikit lapang kini kembali dipenuhi dengan cairan otak sendiri. Tak kurang juga, ada yang lepas masuk ke kerongkong. Mungkin kadang-kadang aku tertelan sedikit-sedikit. Berlendir-lendir rasanya.

Ah, aku dah tak tahan dengan perangai makhluk berwajah hijau tu yang tak reti-reti nak berhenti buat khianat kat otak aku. Aku larutkan dua bijik soluble dalam otak aku dan berharap semoga makhluk berwajah hijau itu pergi meninggalkan kepala aku yang sudah berlubang sedikit di tempurung. Aku malas mahu melayan kerenah makhluk itu lantas merebahkan badan ke atas tilam.

Keesokan paginya, aku bangun dalam keadaan kepala bertambah berat, Cilaka! Makhluk berwajah hijau tu bawak anak dia sekali. Hari tu aku mc, tak pegi kerja.

13 comments:

  1. makhluk hijau tu bukan setakat kacau tempurung kepala aku,dia drill tekak aku sampai berdarah.cilanat punya makhluk.

    ReplyDelete
  2. amalina : kau pun kena kacau dgn makhluk tu jugak? haha

    khairul antasha : ada org geletek ke apa? kehkeh

    ReplyDelete
  3. saat aku membaca ini, makhluk hijau itu sedang berkeliaran di lohong tekak aku. dia siap main bunga api lagi. cehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...ramai jugak yg kena
      kacau dgn makhluk yg serupa

      Delete
  4. erhhh!! cerita ni true story ke? tapi pasal otak kau tu macam auta sikit. interesting sampai aku nak makan pun terstop jap baca ni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...true story lah...tapi dalam versi
      yg telah di-fiksyen-kan...jadi, kau jgn lah
      percaya sangat semuanya...hahaha

      Delete