Syafiq mengeleng-gelengkan kepala. Dia betul-betul tak faham dengan sikap Jali, rakan sekuliahnya itu. Baru kelmarin mereka sama-sama turun berdemo menentang AUKU, tapi hari ni boleh sedap-sedap dia hentam pakai baju gambar 'kati' sambil pasang bendera Barisan Nasional dan bendera UMNO kat tiang lampu tepi jalan sana. Jali cakap ada majlis pemimpin bersama rakyat. Entah menteri mana yang nak turun ke kampung mereka pun tak tahu lah. Syafiq tak puas hati dengan tindakan Jali. Maka Jali pun menjelaskan bahawa ini hal parti dan tak ada kena mengena dengan penentangan dia terhadap AUKU. Syafiq maki Jali. Syafiq cakap AUKU itu ciptaan kerajaan pemerintah. Kerajaan pemerintah adalah Barisan Nasioanal dan UMNO itu adalah salah satu parti komponennya. Makanya, mereka-mereka ini harus ditentang habis-habisan. Syafiq adalah pro pembangkang. Dia beranggapan turun berdemo dan melakukan penentangan boleh menggugat kedudukan kerajaan pemerintah seterusnya kerajaan pembangkang dapat mengambil alih pemerintahan.
Perbalahan antara Syafiq dan Jali berterusan sehinggalah Azam yang menaiki Vespa PX150 lintas di hadapan mereka dengan bunyi 'paip' yang membingitkan telinga. Azam berhenti betul-betul depan mereka berdua dan tanpa dipelawa dia terus menyampuk. "Kerajaan pemerintah atau kerajaan pembangkang masing-masing ada agenda dan kepentingan sendiri. Bagi aku politik itu kotor dan keadaan politik di negara kita sekarang ni macam vespa tak ada brek...hampir terjun gaung. Kenapa rakyat sendiri tak sama-sama bersatu dan jatuhkan politikus-politikus yang kerja mereka cuma menghisap darah rakyat? Rakyat kalau bersatu, kita mampu mentadbir negara dengan sendiri tanpa perlu pemerintahan mana-mana parti politik lah." Jelas Azam panjang lebar. Syafiq dan Jali terdiam, cuma saling memandang. Azam juga diam. Yang ada ketika itu cuma bunyi cengkerik. Mungkin lah. Benda-benda macam ni tak ada siapa yang pasti sangat.
Beberapa saat kemudian, mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi letupan dan ledakan yang amat kuat. KEBABOOOM!!! Suasana segera berubah menjadi kecoh dan chaos. Rupa-rupanya kampung mereka sedang diserang oleh makhluk asing yang datangnya entah dari planet mana. Sebenarnya bukan kampung mereka sahaja, tetapi seluruh bumi telah diceroboh oleh makhluk asing atau orang putih panggil alien. Negara-negara besar macam Amerika, Russia, England, Jepun (sekadar menyebut beberapa nama) semuanya sudah ditawan. Jadi haramjadah apanya Amerika mengaku mereka 'polis dunia' sedangkan mereka sendiri telah ditawan? Malaysia adalah negara paling akhir ditawan. Entah kenapa, yang pastinya bukan kerana kekuatan sistem pertahanan negara ini. Masakan enjin jet pun boleh hilang masih mahu dianggap pertahanan yang kuat? Lagi pun dengar khabar, Malaysia banyak guna barang secondhand. Rupanya-rupanya alien-alien yang menyerang bumi telah terleka menyaksikan pergolakan politik di Malaysia ketika ini sehinggakan mereka terlupa untuk menyerang. Bagi alien-alien tersebut, hal ini adalah satu pertunjukan yang menggelikan hati sama seperti rancangan Raja Lawak ataupun Maharaja Lawak walaupun kadang-kadang peserta yang menang adalah disebabkan undian sms semata. Mungkin lah kan.
Kini, bumi secara totalnya telah ditawan oleh makhluk asing yang entah datangnya dari planet mana. Raja, presiden, perdana menteri, menteri pertahanan, wakil rakyat, JKKK, ketua kampung, guru besar hatta pemandu bas kilang sekali pun kini telah kehilangan kuasa dan pengaruh. Parti politik, lambang bendera, warna kulit serta darjat kini langsung tak bermakna apa-apa. Semuanya sama sahaja pada pandangan alien-alien tersebut. Semuanya adalah hamba dan tawanan yang perlu patuh pada arahan dan perintah mereka. Alien-alien itu juga berpendapat, manusia tidak layak mentadbir bumi yang kaya dengan pelbagai sumber dan bahan mentah ini. Manusia cuma tahu berkelahi dan berebut kuasa. Pembakaran terbuka, asap kilang, asap kereta dan lain-lain aktiviti tidak sihat telah menyebabkan lapisan ozon menipis dan akhirnya membuka suatu lubang yang diberi nama 'blackhole' yang membolehkan makhluk asing masuk dan menyerang bumi. Kini seluruh umat manusia berasa kesal dengan tindakan meraka sebelum ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga seluruh umat manusia termasuklah Syafiq, Jali dan Azam. Berbekalkan semangat yang tinggal sedikit tercalit di hati, Azam menyeru Syafiq dan Jali agar mereka bekerjasama kemudian menyatupadukan hati seluruh penduduk di peringkat kampung, negeri, negara seterusnya di peringkat antarabangsa (dunia). Semua manusia perlu bersatu-padu untuk menentang alien-alien yang telah menawan bumi ketika ini.
Dapatkah tiga orang anak muda yang kental itu menyatupadukan hati penduduk bumi? Apakah manusia benar-benar sedar dengan kesilapan mereka? Adakah perbezaan fahaman, idologi, agama, serta bangsa akan terus menjadi penghalang untuk umat manusia bersatu melawan makhluk asing tersebut? Di manakah letaknya nilai kemanusian ketika ini? Ah, tanya banyak-banyak pun tak guna jugak. Lagipun aku dah malas nak sambung cerita ni. Ending, pembaca sendiri yang tentukan. Aku berhenti tang ni ja...kahkahkah.
paklang, tulis lagi.
ReplyDeletemalas weh malas
Deletehaha
...justeru itu mereka bertiga merancang untuk memusnahkan semua manusia termasuk alien-alien itu dengan satu harapan dapat menumbuhkan satu kelahiran baru untuk manusia lebih bertamadun dalam semua aspek sosial,ekonomi dan rukun rumahtangga serta sukan lebih proaktif.
ReplyDeletetapi di pertengahan rancangan,mereka kembali menjadi normal bila ketiga-tiganya menolak apabila sedar yang mereka sebenarnya tidak sanggup menjadi gay.
moral of story:jauhi hubungan seks luar tabi'.
haha...ok, aku tak anggap itu sebagai homophobic tapi sebagai realiti kehidupan yg harus diterima
Deleteorang kedah kata 'cemuih'
ReplyDeletekahkahkah
Deletecemuih baq hang
Angriffe und Konsolidierung tu mende
ReplyDeletesila rujuk di sini
Deletehttp://translate.google.com.my/?hl=en&tab=wT#de|ms|Angriffe%20und%20Konsolidierung
keh keh
ReplyDeletemesej yang disampaikan jelas dan diselitkan unsur humor disitu.
*aku angkat ibu jari sambil senyum
hehe...semoga manusia cepat sedar
ReplyDeletetanpa perlu menunggu alien menyerang
bumi terlebih dahulu
ada benarnya!
ReplyDeletecumanya, kebenaran selalu disorok
Delete