Friday, November 11, 2011

Sang Saka Malaya

[untuk zsm sejarah alternatif]


Apabila Inggeris gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun, satu bangsa Asia yang diperlekehkan pada tahun 1941, orang Melayu mula membuka mata. Mereka berasa yakin bahawa orang Melayu juga boleh menjadi gagah seperti Jepun lebih-lebih lagi keadaan fizikal orang Jepun lebih kecil daripada orang Melayu sendiri. Pada waktu yang sama, tentera Jepun turut membakar semangat orang Melayu agar berfikiran merdeka melalui slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’. Paradigma minda ini telah berlaku secara menyeluruh dan besar-besaran.

Orang Melayu berasa perlu bertindak untuk kepentingan negara dan bangsa sendiri. Namun, pada kenyataannya mereka masih banyak ketinggalan terutamanya dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Mereka berjaya bersatu dan mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sama dalam fikiran tetapi apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali menjajah mereka terpaksa menerimanya dengan hati yang berbelah bagi.

Hussein Onn dan Abdul Razak telah lari ke hutan meninggalkan Tunku yang telah ditahan. Onn Jaafar awal-awal lagi masuk ke hutan bersama pengikut-pengikutnya. Semuanya gara-gara mereka menentang PKM yang mahu menjadikan Malaya sebagai negara komunis pada waktu itu. Pada awalnya Onn Jaafar , Hussein Onn, Abdul Razak dan Tunku telah menyertai perjuangan PKM dalam menghalau pihak kolonial yang menjajah tanah melayu. Tapi pada akhirnya mereka menarik diri kerana percanggahan idologi. Idologi komunis yang menentang perkauman dan mahukan kesamarataan telah ditentang hebat oleh barisan pemimpin UMNO.  11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan secara rasminya dan dikepalai oleh Onn Jaafar dan  UMNO itu sendiri wujud atas slogan ‘Hidup Melayu’ . Mana mungkin kekayaan Malaya hendak dikongsi samarata dengan bangsa lain sedangkankan Melayu itu ‘tuan tanah’. Pemberontakan tercetus. 

Parti Komunis Malaya telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Kebangsaan Melayu Malaya diterajui oleh Parti Komunis Malaya  melaui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D . Tokoh-tokoh ini cuba menghalang kebangkitan serta pemberontakan dari pihak UMNO dan bersetuju untuk mengishtiharkan darurat. Walaubagaimanapun pihak British telah membekalkan senjata api kepada pejuang-pejuang UMNO yang sebelum ini hanya menjulang keris ke sana ke mari untuk bangun memberontak dan merampas kuasa agar Malaya dapat merdeka di bawah telunjuk British sendiri.

Hussein Onn  dan Abdul Razak bersama pengikut-pengikut mereka  masuk ke hutan dan bertemu pucuk pimpinan UMNO  iaitu Onn Jaafar . Mereka telah membentuk satu batalion tentera pemberontak dan merancang untuk membebaskan Tunku dalam tahanan. Tentera pemberontak yang dibentuk terdiri daripada 5 kompeni dan diaturkan di beberapa kawasan. Dengan kekuatan seramai 720 anggota berbekalkan senjata yang dibekalkan oleh British, UMNO mula bergerila dan memberontak. Ramai orang Cina dibunuh kerana mereka beranggapan bahawa bangsa Cina adalah bangsa komunis dan mereka terlalu membenci Chin Peng. Pusat tahanan juga turut diserang dan Tunku Berjaya diselamatkan. Selepas kejadian itu, pihak PKMM dan sekutu mereka telah melancarkan serangan balas habis-habisan hinggalah pada akhirnya UMNO meletak senjata. Ahli-ahli UMNO keluar menyerah diri dan diberi pampasan. Walaubagaimanapun, orang-orang kuat UMNO seperti Hussein Onn, Abdul Razak, Onn Jaafar dan juga Tunku telah melarikan diri ke sempadan Siam. Mereka enggan menyerah diri atas alasan mereka ialah pejuang bangsa Melayu bukannya pemberontak dan dengan bangga menjulang keris ke langit.

Sehinggalah pada tahun 1957, tanggal 31 Ogos Malaya telah beroleh kemerdekaan. Seluruh rakyat Malaya anak semua bangsa meraikan detik penuh bersejarah itu. Hiduplah rakyat Malaya aman damai dalam satu ‘title’ satu bangsa satu bahasa. Semua bangsa adalah bangsa Melayu sepertimana yang pernah diusulkan oleh PUTERA-AMCJA. Malaya ditadbir secara bersama. Ekonomi dan pembangunan tumbuh segar di bawah kibaran Sang Saka Malaya. Sementara itu, pihak kerajaan Malaya telah memberi pengampunan terhadap Hussein Onn, Abdul Razak, Onn Jaafar dan juga Tunku. Mereka dibenarkan pulang ke tanah air dengan syarat tidak menimbulkan isu perkauman. Walaubagaimanapun, mereka enggan pulang dan masih menjulang-julang keris di sempadan sana.

9 comments:

  1. #masih menunggu kelulusan dari pihak zsm

    ReplyDelete
  2. Konfem lulus dengan cemerlang punya.

    ReplyDelete
  3. haha...belum diketahuilah

    *mcm menunggu result spm dulu2 lah pulak

    ReplyDelete
  4. aku salute la korang2 yang bleh alter sejarah malaysia dgn gaya penceritaan yang meyakinkan.aku rasa terpilih utk zsm

    ReplyDelete
  5. hope so...hehe

    apa2 pun keputusan di tangan pihak berkuasa zsm

    ReplyDelete
  6. hahaha,kalaulah buku sejarah ada cerita ni,bertambah ceria aku.

    ReplyDelete
  7. lepas aku habis spm, aku dah janji dengan diri aku yang aku takkan mana-mana cerita sejarah termasuk yang ini.

    ReplyDelete