Wednesday, November 23, 2011

Hapus Sistem

Beto menguap panjang sambil gesel gesel mata dengan belakang tangan. Dia melompat dari katil bujangnya membiarkan selimut dan bantal berselerak di situ. Beto capai botol air mineral di atas meja dan menogok laju. Puas. Beto capai kotak rokok Marlboro soft pack pula dan dikeluarkan sebatang, tinggal lagi tiga batang. Dengan rokok yang terkepit di celah bibir Beto capai tuala dan berjalan menuju ke destinasi utamanya setiap pagi. Jamban.

Pintu jamban ditutup laju. Tangan Beto meraba raba di atas tangki flush seketika mencari lighter cricket yang dia simpan di situ untuk menyalakan rokok ketika proses penyahtinjaan. Rokok yang terkepit di bibir dinyalakan. Berkepul kepul asap memenuhi ruang sempit itu. Beto setting mencangkung sedap sedap supaya proses penyahtinjaan nanti berjalan dengan lancar.

Asap rokok disedut dalam dalam. Terpejam mata Beto menikmati nikotin. Adalah suatu nikmat bagi Beto menyedut nikotin ketika berak. Lima minit sudah berlalu. Rokok sudah habis disedut. Beto jadi tak keruan. Peluh peluh kecil mula timbul di dahinya. Sehingga saat itu, seketul tahi pun masih belum jatuh  sedangkan perutnya sudah memulas mulas menandakan ada benda busuk mahu keluar. Beto mula meraba raba juburnya. Muka Beto tiba tiba pucat, dia cuak.

Beto menundukan kepala ke celah kangkangnya. Diselaknya sedikit kantung yang tergantung itu. Rahang beto sedikit terjatuh. Lubang anus sudah tiada! Beto benar benar cuak. Puas dia meraba raba mencari lubang itu tapi memang sudah tiada. Macam mana mahu berak? Beto rasa nak menangis. Ketika air mata mula mengalir, Beto teringat kejadian sebelum dia tidur semalam.

***

Tingkap biliknya dibuka luas luas. Beto berdiri di muka tingkap sambil menyedut sisa sisa nikotin sebelum naik ke katil. Ketika itu, dia nampak ada ‘tahi bintang’ melintas di atas bumbung rumah jirannya. Beto cepat cepat pejam mata dan pasang niat. “Aku mahu segala sistem dalam hidup aku dihapuskan. Aku mahu bebas. Ya,  aku seorang. Orang lain? Lantak lah.”

***

Beto betul betul tak sangka hajatnya telah disalah ertikan. Bukan sistem pencernaan yang mahu dihapuskan. Kenapa anus yang hilang? Macam mana Beto nak berak? Beto mula menjerit jerit macam orang gila. Dan di belakang jamban rumah Beto ada sejenis makhluk kecil berwajah macam jubur serta bersayap terapung apung menyaksikan kejadian itu. Beberapa detik kemudian, makhluk itu terbang meninggalkan kawasan rumah Beto sambil ketawa kecil. Hihihi.

8 comments:

  1. hahaha, sumpah lawak. aku terbayangkan makhluk jubur tu terbang..hahaha

    *merokok dan berak,kombinasi hebat.yeah

    ReplyDelete
  2. kehkeh...jangan terbawak2 dalam mimpi sudah la

    *berak+rokok=ummmph!

    ReplyDelete
  3. aku rasa walaupun kantung diselak, masih tidak kenampakan lubang anus itu kecualilah fleksibiliti kau semacam ahli gimnas negara

    ReplyDelete
  4. mungkin beto ialah seorang gimnas negara

    who knows right?

    ReplyDelete
  5. mgknkah pak lang beto trsebut?

    who knows right?

    ReplyDelete