Monday, May 13, 2013

Demokrasi



mereka bilang, semalam adalah hari kematian demokrasi
aku bilang, demokrasi telah lama mati
bahkan terlalu lama;
bangkainya sudah hancur mereput
bersemadi di bawah kaki-kaki manusia jalang
yang melacurkan kebenaran demi kuasa duniawi

yang tersisa kini cuma artifak yang hapak
atau tulang-temulang yang malang
dan rakyat terus-terusan diatur
dari atas podium, para politikus mengerah
manakala yang di bawah bercempera hilang arah
─ roh demokrasi terus bergentayangan tersiksa tanpa aman




bandar darulaman
6 may, 2013



4 comments:

  1. demokrasi harus mati untuk menuntut revolusi lang
    selagi dok berpeluk tubuh dengan sistem gila ni selagi tu la telur masih tersumbat takut nak revolusi

    ReplyDelete
    Replies
    1. namun, kita cuma terus hidup dalam kepura-puraan. takut untuk keluar dari zon selesa. semoga akan ada percikan api revolusi yang bisa membakar semangat rakyat agar terus marak menyala. bantu kami ya tuhan!

      Delete
  2. Bagi aku pula; demokrasi itu macam ibu bapa yang tidak pernah pilih kasih memberi anak-anaknya kasih sayang serta segala nafkah yang perlu bagi anak-anak mereka.

    ReplyDelete