“Awak tak perlu berlari begini Jack.” Laung Ricardo kepada Jack yang sedang berlari melintasinya. Laungan yang berbaur nasihat itu telah menghentikan larian Jack dan dia menoleh ke belakang memandang Ricardo. Dilihatnya lelaki berkumis dan berjanggut lebat itu memakai pakaian serba hitam siap dengan hooded. Jack membatu di situ, menunggu Ricardo menghampirinya.
Ricardo nampak tenang walaupun seratus meter di belakangnya terdapat pasukan anti-rusuhan yang sedang mara sambil melepaskan gas pemedih mata. “Kita tidak akan menang dan tetap akan ditindas jika terus berlari begini. Face it, and we bring back the power of the people!” Ricardo bersuara tegas. Jack nampak gelisah antara mahu berlari atau tidak. “Tapi aku harus berlari terus untuk mendapatkan kemenangan. Aku sedang…..” Jack cuba memberi penjelasan tetapi dihentikan oleh Ricardo yang lantas memeluknya erat.
Ricardo cuba menenangkan Jack dengan mengisahkan suatu rahsia yang telah membangkitkan seluruh keberanian dalam dirinya. Katanya, beberapa detik lagi terdapat segerombolan demonstran dari langit akan turun membantu rakyat menyekat kemaraan pasukan anti-rusuhan. Gerombolan itu lengkap berkuda dan membawa panji-panji hitam. Dan gerombolan itulah bertanggungjawab untuk memimpin para demonstran yang kental di jalanan melawan kuasa pemerintah korup. Ketika itu, kuasa akan kembali ke tangan rakyat secara total. Langit kelihatan mendung dan suram. Sesekali ada dentuman guruh kedengaran. Ricardo mendongak ke langit seolah-olah memberi petunjuk bahawa sebentar lagi akan muncul gerombolan demonstran di sebalik awan mendung itu. Demonstran dari langit!
“Awak ada rokok?” Tanya Jack sambil menghulurkan tangan. Ricardo menyeluk saku mengeluarkan kotak rokok lalu menghulurkan kepada Jack. Jack ambil sebatang dan selipkan ke bibir. Ricardo bantu menyulutkan api. Asap berkepul-kepul naik, bersatu dengan gas pemedih mata. Selepas tiga sedutan, Jack padamkan puntung rokok itu. Ke dahi Ricardo.
Ricardo cuma memandang nombor 133 yang tertera pada cebisan kain yang melekat di tengah belakang singlet Jack. Sementara Jack pula semakin jauh meninggalkan Ricardo di belakang. Dia harus selesaikan lariannya. Menyesal juga dia berhenti kencing tadi. Pelari marathon yang lain entah sudah sampai ke mana. Dia pula tersesat jalan dan terperangkap dalam rusuhan. Dan seorang bekas rakan sekelas.
fiction yg mahal..hehe..
ReplyDeleteko pegi ke himpunan sabtu ni?
aku takut rusuhan ni semua. huuu~
ReplyDeletepower power..
ReplyDeletebila turun sini Lang?
hahaha ada salah faham di situ.
ReplyDelete