Friday, August 17, 2012
Thursday, August 9, 2012
Setem?
aku
tak tahu macam mana aku boleh sukakan dia.kau tahu bukan, rasa begitu memang
misteri. bukan misteri nusantara saja yang misteri. sesungguhnya soal hati itu lebih
misteri berbanding hal-hal yang lain. contohnya, kau sangat suka mengumpul
setem dan kau jadikannya sebagai hobi
utama kau. kau kumpul pelbagai jenis setem, kau simpan banyak album setem.
tanpa kau sedar, orang lain fikir kau ini pelik sebab suka pada secebis kertas
kecil bergambar dengan nilai-nilai tertentu tertera di atasnya. jilat, lekat dan
pos sudah lah, buat apa mahu simpan. tapi orang tak faham, rasa suka itu lahir
dari hati sanubari kau. kau menyukainya dengan cara kau sendiri, bukan perasaan
yang dibuat-buat. itulah misteri hati yang sukar difahami. kalau dah suka,
tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan. begitu juga aku.
dia
mungkin sukakan aku, tapi dia cakap dia takut untuk meraikan kebahagiaan itu.
katanya, kebahagiaan dan cinta bersifat sementara. aku setuju. tapi aku cakap,
dalam hidup ini memang tiada apa yang kekal kecuali tuhan. sedangkan hidup juga
sementara maka tidak adillah jika kita takut untuk hidup. saat tuhan tiupkan
roh ke dalam jasad kita, bermakna kita sudah bersedia menghadapi apa jua risiko
untuk melangkah dalam hidup. bagi aku, merai rasa bahagia itu perlu selagi kita
punya peluang untuk merasakannya. apa yang terjadi di hadapan itu kerja tuhan.
rayakan hidup seadanya asalkan kita tidak lupa diri. aku ini bukanlah seorang
pujangga agung yang handal bermain kata, apa yang tersurat sama saja dengan
yang tersirat walaupun yang tersirat itu kadang-kadang agak sukar difahami.
makanya,
hadap saja kehidupan ini seperti kita menarik nafas. selagi jantung berdenyut,
bernafaslah dengan cara apa pun. soal udara yang tercemar itu salah manusia
sendiri. tarik nafas dalam-dalam, buka mata dan senyum. redah saja apa yang ada
di hadapan. masa depan itu sesuatu yang belum jelas, biarkan tuhan dengan
kerjanya. sekarang aku mahu bakar sebatang nikotin.
“
kita semua adalah punk rock.”
Subscribe to:
Posts (Atom)