Friday, March 16, 2012

Perempuan Tanpa Kasut Di Puncak Gunung Jerai

saat dia menjejakan kaki ke puncak, dia nampak perempuan itu tidak berkasut. ya, perempuan yang cantik. kulitnya tampak lembut putih mulus, matanya bundar, alisnya rapi, hidungnya mancung terletak, bibirnya mekar delima. cukup sempurna untuk dikategorikan sebagai perempuan cantik. rambutnya paras bahu beralun lembut dibuai angin lantas membawa suatu haruman yang amat menyenangkan atau mungkin menghairahkan bagi sesetengah lelaki. perempuan itu tidak berkasut tetapi lengkap berbaju kurung kain kapas dengan corak bunga-bunga kecil. dia dan peremuan itu saling berbalas senyuman. belum sempat dia menyapa, perempuan itu terlebih dahulu membuka mulut. "apa gunanya berkasut kalau hanya mahu nampak lebih sempurna dari yang lain. apa gunanya berkasut kalau hanya mahu memperlihatkan jurang martabat. apa gunanya berkasut kalau cuma mahu saling beza membezakan. manusia itu seharusnya sama dan yang dipakai di kaki itu seharusnya menjadi pengalas kaki serta tiada yang mulia atau hina." perempuan itu senyum lagi, cuma kali ini lebih manis dan menawan. dan pada ketika itu baru lah dia terperasan akan perempuan tidak berkasut itu sebenarnya tidak berkaki walaupun sedang berdiri. keadaan ketika itu menjadi terlalu epik untuk dikisahkan. mereka saling berbalas senyuman untuk yang ke sekian kalinya.

9 comments:

  1. dan perempuan itulah dia wadi ar. haha. ehem, aku nak senyum ni :))))

    ReplyDelete
  2. runut bunyinya pasti lagu cinta pantai merdeka

    masa aku kecik2 dulu mak aku suruh pakai selipar masa main kat luar sebab takut masuk cacing. berak bersama cacing sebesar jari kelingking dalam najis kau ialah scene yang menggelikan

    apa2 pun, ini triple date (dabel date season kedua) punya material ni hahah

    ReplyDelete
  3. Wadi : cikgu tanpa kaki?

    nasyrun : kahkah..."kan ku ukir nama mu di awan gunung jerai" ya, cacing kerawit org panggil klu tak silap aku

    trple date? pehhh...power!

    ReplyDelete
  4. gunung jerai buat aku rindu kedah.
    pengakhiran cerita yang ada dua kemungkinan.
    samada perempuan itu hantu atau ada kuasa magik atau berdiri pada lututnya.

    ReplyDelete
  5. wah...lama menyepi, pi mana?

    sebenarnya ia terlalu epik utk ada sebarang kemungkinan dan terlalu epik utk dikisahkan...haha

    ReplyDelete
  6. aritu aku tak bayar bil berokband,kene bar..heh

    ReplyDelete
  7. oh...patutlah sunyi sepi
    bb kena bar pun epik jugak sebenarnya...haha

    ReplyDelete
  8. dia dan peremuan itu? haha XD




    salam kenal , done follow sini XD

    ReplyDelete
  9. ya, dia dan perempuan itu masih menjadi tanda tanya...haha

    salam kenal, ok beres! :)

    ReplyDelete