Monday, November 28, 2011

Kisah Pak Mat

♪♪♫♪♪♫♪♫♪♫

malam yg sepi...pi...pi
pak mat jual topi
topinya koyak...yak...yak
pak mat jual tempoyak
tempoyaknya basi...si...si
pak mat jual nasi
nasinya enak...nak...nak
pak mat jual anak
anaknya hilang...lang...lang
pak mat jual gelang
gelangnya patah...tah...tah
pak mat jual getah
getahnya putus...tus...tus
pak mat jual tikus
tikusnya mampus...pus...pus
pak mat turut mampus.

Sunday, November 27, 2011

Awal Muharram

nasi goreng paling power adalah
NASI GORENG BELACAN MJ
sekian.




#salam 1 muharram

Thursday, November 24, 2011

Ephemeral

permanent
eternal
everlasting
lasting
perpetual
abiding
perennial
immutable
lifelong
timeless
undying
imperishable
deathless
sempiternal
sempitern
irrefragable
ageless
never-dying
age-long


too many adjectives
hey...we are just a human being
don't try to be God
ok...be nice, no prejudice and peace.

Wednesday, November 23, 2011

Hapus Sistem

Beto menguap panjang sambil gesel gesel mata dengan belakang tangan. Dia melompat dari katil bujangnya membiarkan selimut dan bantal berselerak di situ. Beto capai botol air mineral di atas meja dan menogok laju. Puas. Beto capai kotak rokok Marlboro soft pack pula dan dikeluarkan sebatang, tinggal lagi tiga batang. Dengan rokok yang terkepit di celah bibir Beto capai tuala dan berjalan menuju ke destinasi utamanya setiap pagi. Jamban.

Pintu jamban ditutup laju. Tangan Beto meraba raba di atas tangki flush seketika mencari lighter cricket yang dia simpan di situ untuk menyalakan rokok ketika proses penyahtinjaan. Rokok yang terkepit di bibir dinyalakan. Berkepul kepul asap memenuhi ruang sempit itu. Beto setting mencangkung sedap sedap supaya proses penyahtinjaan nanti berjalan dengan lancar.

Asap rokok disedut dalam dalam. Terpejam mata Beto menikmati nikotin. Adalah suatu nikmat bagi Beto menyedut nikotin ketika berak. Lima minit sudah berlalu. Rokok sudah habis disedut. Beto jadi tak keruan. Peluh peluh kecil mula timbul di dahinya. Sehingga saat itu, seketul tahi pun masih belum jatuh  sedangkan perutnya sudah memulas mulas menandakan ada benda busuk mahu keluar. Beto mula meraba raba juburnya. Muka Beto tiba tiba pucat, dia cuak.

Beto menundukan kepala ke celah kangkangnya. Diselaknya sedikit kantung yang tergantung itu. Rahang beto sedikit terjatuh. Lubang anus sudah tiada! Beto benar benar cuak. Puas dia meraba raba mencari lubang itu tapi memang sudah tiada. Macam mana mahu berak? Beto rasa nak menangis. Ketika air mata mula mengalir, Beto teringat kejadian sebelum dia tidur semalam.

***

Tingkap biliknya dibuka luas luas. Beto berdiri di muka tingkap sambil menyedut sisa sisa nikotin sebelum naik ke katil. Ketika itu, dia nampak ada ‘tahi bintang’ melintas di atas bumbung rumah jirannya. Beto cepat cepat pejam mata dan pasang niat. “Aku mahu segala sistem dalam hidup aku dihapuskan. Aku mahu bebas. Ya,  aku seorang. Orang lain? Lantak lah.”

***

Beto betul betul tak sangka hajatnya telah disalah ertikan. Bukan sistem pencernaan yang mahu dihapuskan. Kenapa anus yang hilang? Macam mana Beto nak berak? Beto mula menjerit jerit macam orang gila. Dan di belakang jamban rumah Beto ada sejenis makhluk kecil berwajah macam jubur serta bersayap terapung apung menyaksikan kejadian itu. Beberapa detik kemudian, makhluk itu terbang meninggalkan kawasan rumah Beto sambil ketawa kecil. Hihihi.

Sunday, November 20, 2011

Cerita Katak Dan Menara Alor Setar

Maka tersebutlah kisah, berduyun duyun katak keluar ke bandar Alor Setar sehingga sesak dibuatnya. Dengar kata ada yang mati dilenyek kereta kerana terlalu banyak hingga melimpah ruah ke atas jalan raya. Tujuannya cuma lah satu iaitu mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Dikhabarkan bahawa raja katak telah menganjurkan satu pertandingan iaitu melompat ke puncak menara Alor Setar dan sudah tentulah para peserta dilarang sama sekali menggunankan lif yang sedia ada.

Maka berpusu pusu lah para katak sekalian ke tempat pertandingan di perkarangan menara Alor Setar. Mereka pun beratur panjang untuk mengisi borang penyertaan. Dua hari dua malam lamanya menunggu kesemua peserta mengisi borang penyertaan. Ramai sungguh yang datang untuk sama sama mengambil bahagian dalam acara melompat ke puncak menara Alor Setar itu. Sebenarnya masing masing tertarik dengan hadiah yang di tawarkan iaitu, barang sesiapa di antara katak katak itu berjaya dalam cabaran tersebut maka akan dikahwinkan dengan seorang puteri yang tidak diketahui asal usulnya. Puteri itu bukan dikalangan para katak tetapi seorang manusia. Punya rupa paras yang jelita, potongan badan ala ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya. Tak sangka pula para katak teringin juga memperisterikan perempuan cantik. Mungkin ada juga yang ingin bergelar putera setelah berkahwin dengan puteri tersebut. Dan sudah tentulah para peserta yang mengambil bahagian itu terdiri daripada katak jantan. Walaubagaimanapun ada juga segelintir katak betina yang turut mengambil bahagian. Kata mereka cinta tak mengira jantina dan kesamarataan itu untuk semua.

Tiba lah hari pertandingan, sesudah subuh acara dimulakan. Melompat lah seekor demi seekor katak menuju ke puncak menara Alor Setar. Mengikut logik akal, amat mustahilah bagi seekor katak melompat dari bawah sampai ke puncak menara yang berketinggian 165.5 meter itu. Stamina yang tinggi, pergi gim setiap malam dan mahir akrobatik pun belum tentu boleh melompat sampai ke puncak menara itu, ini kan pulak hanya kudrat seekor katak biasa. Maka seluruh orang bandar Alor Setar pun bergelak ketawa menyaksikan kejadian itu. Mereka lantang memaki dan menghina katak katak yang bodoh itu kerana cuba melompat ke puncak menara. "Apa ke bangang hangpa semua ni, tak mungkin lah katak dapat melompat ke puncak menara melainkan perkara ini hanya dianggap bodoh dan tak bertamadun...kah...kah...kah", kata seorang manusia di kalang orang bandar Alor Setar itu. Kata-kata itu disambut dengan hilai tawa yang gegak gempita bergema sampai ke Sungai Petani kuatnya. "Sudah sudah lah memperbodohkan diri sendiri!" laung manusia yang lain pula. Orang orang bandar Alor Setar terus ketawa berdekah dekah sambil memperbodoh bodohkan para katak yang bertanding."Hoi tak padan dengan katak, ada hati nak kahwin dengan puteri cantik!" mereka terus menghina dan memandang jelak pada para katak yang sedang melompat ke puncak menara itu.

Akibat tak tertahan menanggung kata kata dan makian dari orang orang bandar Alor Setar, ada dikalangan katak yang mula menarik diri daripada bertanding. Ada juga yang melompat pulang kerana tak tertanggung lagi akan celaan orang orang di situ. Tak kurang juga, ada yang membunuh diri akibat tertekan dan merasakan diri terlalu hina. Dalam pada kekalutan dan keriuhan itu tiba tiba raja kata menjerit, "tengok atas sana!". Jeritan raja katak itu amat lah luar biasa kuatnya. Kalau tadi suara orang bergelak tawa dengar sampai ke Sungai Petani kali ini gemanya sampai ke Butterworth menyebabkan orang yang terlena menunggu feri habis terkejut dan sedikit terlompat. Maka seluruh katak dan orang bandar Alor Setar pun terdiam dan memandang ke atas puncak menara Alor Setar. Dan di saat itu terlopong lah mulut sekalian katak dan orang yag ada di situ. Ada yang ternganga sampai meleleh leleh air liur, ada yang jatuh pengsan. Tak kurang juga yang menggelupur sawan sampai berbuih mulut. Rupa rupanya dalam banyak banyak katak tadi ada seekor katak sudah berjaya sampai ke puncak menara! Katak tersebut tersenyum dan melambai lambai tangannya seolah olah tiada apa yang berlaku dan ia sedikit tercungap cungap kepenatan. Kejayaan katak itu telah membisukan seluruh warga bandar Alor Setar. Kini hanya raja katak yang ketawa sambil menepuk nepuk tangan. Akan tetapi ia tersangat hairan bagaimana katak itu boleh melompat sampai ke puncak menara?

Setelah disiasat, dikhabarkan bahawa katak yang berjaya melompat ke puncak menara itu sebenarnya seekor katak yang PEKAK! Dan dengan kejayaannya itu, maka katak pekak itu pun dapatlah berkahwin dengan puteri  jelita, potongan badan ala ala model dan pewaris takhta kerajaan negeri antah berantah yang juga tidak diketahui lokasinya itu. Mereka pun hidup bahagia mentadbir kerajaan  negeri antah berantah yang tidak diketahui lokasinya dan katak pekak tersebut telah menukar namanya kepada Rosmah walaupun nama itu adalah nama perempuan. Katanya dia amat meminati tuan punya nama itu dan terinpirasi dengan semangat wanita itu yang menabung dari kecil sehingga boleh membeli cincin berlian. TAMAT.

Thursday, November 17, 2011

Hari Bertemu Gadis-gadis Cantik

Kelmarin

Depan cantik
Belakang cantik
Kiri cantik
Kanan Cantik

Senyum
Rupawan
Menawan

Tepi jalan lawa
Tunggu bas segak
Dalam bank cun
Merata-rata ada gadis cantik.

Kelmarin


#indah luaran, dalaman belum tentu

Friday, November 11, 2011

Sang Saka Malaya

[untuk zsm sejarah alternatif]


Apabila Inggeris gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun, satu bangsa Asia yang diperlekehkan pada tahun 1941, orang Melayu mula membuka mata. Mereka berasa yakin bahawa orang Melayu juga boleh menjadi gagah seperti Jepun lebih-lebih lagi keadaan fizikal orang Jepun lebih kecil daripada orang Melayu sendiri. Pada waktu yang sama, tentera Jepun turut membakar semangat orang Melayu agar berfikiran merdeka melalui slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’. Paradigma minda ini telah berlaku secara menyeluruh dan besar-besaran.

Orang Melayu berasa perlu bertindak untuk kepentingan negara dan bangsa sendiri. Namun, pada kenyataannya mereka masih banyak ketinggalan terutamanya dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Mereka berjaya bersatu dan mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sama dalam fikiran tetapi apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali menjajah mereka terpaksa menerimanya dengan hati yang berbelah bagi.

Hussein Onn dan Abdul Razak telah lari ke hutan meninggalkan Tunku yang telah ditahan. Onn Jaafar awal-awal lagi masuk ke hutan bersama pengikut-pengikutnya. Semuanya gara-gara mereka menentang PKM yang mahu menjadikan Malaya sebagai negara komunis pada waktu itu. Pada awalnya Onn Jaafar , Hussein Onn, Abdul Razak dan Tunku telah menyertai perjuangan PKM dalam menghalau pihak kolonial yang menjajah tanah melayu. Tapi pada akhirnya mereka menarik diri kerana percanggahan idologi. Idologi komunis yang menentang perkauman dan mahukan kesamarataan telah ditentang hebat oleh barisan pemimpin UMNO.  11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan secara rasminya dan dikepalai oleh Onn Jaafar dan  UMNO itu sendiri wujud atas slogan ‘Hidup Melayu’ . Mana mungkin kekayaan Malaya hendak dikongsi samarata dengan bangsa lain sedangkankan Melayu itu ‘tuan tanah’. Pemberontakan tercetus. 

Parti Komunis Malaya telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Kebangsaan Melayu Malaya diterajui oleh Parti Komunis Malaya  melaui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D . Tokoh-tokoh ini cuba menghalang kebangkitan serta pemberontakan dari pihak UMNO dan bersetuju untuk mengishtiharkan darurat. Walaubagaimanapun pihak British telah membekalkan senjata api kepada pejuang-pejuang UMNO yang sebelum ini hanya menjulang keris ke sana ke mari untuk bangun memberontak dan merampas kuasa agar Malaya dapat merdeka di bawah telunjuk British sendiri.

Hussein Onn  dan Abdul Razak bersama pengikut-pengikut mereka  masuk ke hutan dan bertemu pucuk pimpinan UMNO  iaitu Onn Jaafar . Mereka telah membentuk satu batalion tentera pemberontak dan merancang untuk membebaskan Tunku dalam tahanan. Tentera pemberontak yang dibentuk terdiri daripada 5 kompeni dan diaturkan di beberapa kawasan. Dengan kekuatan seramai 720 anggota berbekalkan senjata yang dibekalkan oleh British, UMNO mula bergerila dan memberontak. Ramai orang Cina dibunuh kerana mereka beranggapan bahawa bangsa Cina adalah bangsa komunis dan mereka terlalu membenci Chin Peng. Pusat tahanan juga turut diserang dan Tunku Berjaya diselamatkan. Selepas kejadian itu, pihak PKMM dan sekutu mereka telah melancarkan serangan balas habis-habisan hinggalah pada akhirnya UMNO meletak senjata. Ahli-ahli UMNO keluar menyerah diri dan diberi pampasan. Walaubagaimanapun, orang-orang kuat UMNO seperti Hussein Onn, Abdul Razak, Onn Jaafar dan juga Tunku telah melarikan diri ke sempadan Siam. Mereka enggan menyerah diri atas alasan mereka ialah pejuang bangsa Melayu bukannya pemberontak dan dengan bangga menjulang keris ke langit.

Sehinggalah pada tahun 1957, tanggal 31 Ogos Malaya telah beroleh kemerdekaan. Seluruh rakyat Malaya anak semua bangsa meraikan detik penuh bersejarah itu. Hiduplah rakyat Malaya aman damai dalam satu ‘title’ satu bangsa satu bahasa. Semua bangsa adalah bangsa Melayu sepertimana yang pernah diusulkan oleh PUTERA-AMCJA. Malaya ditadbir secara bersama. Ekonomi dan pembangunan tumbuh segar di bawah kibaran Sang Saka Malaya. Sementara itu, pihak kerajaan Malaya telah memberi pengampunan terhadap Hussein Onn, Abdul Razak, Onn Jaafar dan juga Tunku. Mereka dibenarkan pulang ke tanah air dengan syarat tidak menimbulkan isu perkauman. Walaubagaimanapun, mereka enggan pulang dan masih menjulang-julang keris di sempadan sana.

Wednesday, November 9, 2011

SAFETY FIRST

Syahmi sunyi malam itu. Terlalu sunyi dan sunyi itu belum pernah dia rasa. Kesunyian malam itu terlalu sunyi berbanding sunyi-sunyi lain yang biasa Syahmi tempuhi seorang diri. Dia memang selalu menyendiri. Tapi dia punya hobi buat peneman diri yang kesepian. Syahmi gemar bersandar pada pokok di belakang rumahnya sambil merakam bunyi malam. Bunyi malam yang dimaksudkan adalah bunyi-bunyi cengkerik dan serangga-serangga kecil yang berkeliaran pada waktu malam. Hobi itu sudah cukup buat dia tenteram bersendirian tapi bukan malam itu. Malam itu terlalu sepi dan kosong bagi Syahmi. Dia mahu sesuatu yang lain untuk mengisi kesepian malam itu. Dia bingkas bangun sambil menyalakan sebatang rokok.

Di sebuah lorong yang agak terpencil, Syahmi berdiri seorang diri sambil matanya melilau ke sana ke mari. Dan matanya kini tertumpu pada seorang wanita yang sedang berjalan ke arahnya. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan dia lihat wanita tu tersenyum padanya. Gaun hitam terbelah hingga ke paha dengan bahagian dada hanya tertutup 30% siap stiletto heels warna merah lagi - seksi. Wanita seksi itu berhidung mancung dan dia tersenyum lagi mempamerkan susunan gigi yang kemas dan cantik. "50 sahaja untuk satu malam" bisik wanita cantik dan seksi itu ke telinga Syahmi. Syahmi keluarkan wallet cap buaya dan serahkan sekeping not 50 pada wanita itu. Syahmi terus mengeras dan basah bersama wanita itu dalam bilik Rumah Tumpangan Lim Tat di celah-celah lorong tersebut. Selepas malam itu, hobi baru Syahmi adalah mengeras dan basah bersama wanita seksi itu di Rumah Tumpangan Lim Tat.

Selepas 3 bulan berlalu, Syahmi sedar yang hobi barunya itu tidak mampu mengisi kesepian hidupnya tetapi menghabiskan wang dan mendatangkan penyakit. Dia kini menghidap SIFILIS! Kemaluannya bernanah dan busuk. Dan kini, dia juga sedar bahawa wanita seksi berhidung mancung, yang tersenyum mempamerkan susunan gigi yang kemas dan cantik itu bukan memberi kesedapan semata-mata tapi memberi penyakit juga. Patutlah hanya 50 untuk satu malam. Cilaka! Kini Syahmi merana kerana hobi barunya itu. Di saat Syahmi derita menahan kesakitan, dia tersandar pada pokok di belakang rumahnya sambil mendongak memandang langit. Ayat SAFETY FIRST bergentayangan di udara diiringi kepala anu yang berdenyut-denyut.

Wednesday, November 2, 2011

Nafsu Kuda

Harry terjaga dari tidur dan dia nampak ada seekor kuda betina sedang mundar-mandir sambil melibas-libaskan ekor di hujung katilnya . Dia yakin itu kuda betina. Kuda itu ada sepasang payudara yang subur menggunung seperti payudara seorang manusia perempuan. Persis payudara milik Dolly Parton. Tapi bukan payudara itu yang menjadi persoalannya tetapi kuda itu. Dari mana datangnya kuda itu?

Harry memberanikan diri dan cuba menghampiri kuda betina di hujung katilnya itu. “Hai Harry”. Kuda betina itu menyapa dan Harry masih teragak-agak untuk bersuara. Beberapa detik kemudian, kuda betina itu berjalan mendekati Harry sambil mendengus lembut.

Mulut Harry masih terkunci. Tiada tanda-tanda mahu bersuara. Mata Harry hanya tertumpu ke arah sepasang payudara milik kuda betina itu. Dan kuda betina itu merapatkan mulutnya ke telinga Harry sambil berbisik...”Aku adalah imaginasi seksual kau.” Harry terus meraba kedua-dua belah payudara yang subur menggunung milik kuda betina itu dengan rakus.

Ah...dasar nafsu kuda!

Tuesday, November 1, 2011

Welcome November











When the Clouds - November Song
Hey 1.11.11
Do you want to decorate my life with a cheerful day?
And I just catch a glimpse of you from the left corner of the world.