Friday, October 7, 2011

Superman Is Dead


Clark Kent bergegas keluar dari 7Eleven sebaik saja terdengar jeritan meminta tolong. Dia berlari menuju ke sebuah lorong di belakang 7Eleven tersebut sambil membuka butang bajunya satu persatu. Seluarnya juga dilondeh kalu-kalut. Sempat pula dia melipat pakaiannya  dan dimasukan ke dalam bag pelastik yang tertera tulisan AJINOMOTO. Kini dia sudah bersedia dalam sut superhero berwarna biru tua dengan spenda merah di luar.

Tak lama kemudian, Clark Kent yang kini adalah Superman membuat pendaratan cemas setelah terbang dengan kelajuan 700 km/j betul-betul di depan seorang gadis yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Clark Kent a.k.a Superman bertanya sambil mencekak pinggang. Gadis tersebut menoleh ke arahnya lalu menjawab, "kunci kereta saya terjatuh ke dalam longkang, boleh awak tolong ambilkan?"  Sepantas kilat, Superman terus mengangkat penutup longkang yang diperbuat daripada besi lalu dicampaknya jauh-jauh hilang dalam gumpalan awan. Kunci kereta berjaya diambil dan diserahkan kepada gadis tersebut. Sebagai balasan, si gadis terus mencium hero yang telah membantunya. Memandangkan gadis tersebut memang anggun dan menawan ala-ala Zooey Deschanel, Superman jadi ghairah dan membalas ciuman si gadis dengan rakus. Ya french kiss!

Ketika Superman sedang asyik melayan frech kiss bersama si gadis, tiba-tiba sebiji rim 18 melayang dan melekat di atas kepalanya. Rim kereta bukan rim motor. Dia menoleh ke belakang. "Aku penat-penat jerit mintak tolong, kau sedap-sedap comolot kat situ pulak. Tengok, habis handbag aku kena rompak... siap kena cabul lagi...kau bukannya nak tolong aku tadi...cilaka, bangsat punya Superman...!"  Jerit seorang mak cik dalam nada marah-marah. "Err...maafkan saya mak cik, saya tak perasan tadi. Biar saya kejar penjahat tu." Jawab Superman serba-salah lantas terbang untuk mengejar penjahat yang telah merompak mak cik tersebut. Beberapa saat kemudian, Superman jatuh terjelopok sambil memegang dahinya yg benjol. Dia baru saja melanggar dinding ketika terbang untuk mengejar penjahat. Mak cik selaku mangsa rompakan itu hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus berlalu pergi sambil mulutnya tak henti-henti memaki hamun Superman.

"Cilaka, power betul sayur kering yang aku kena pagi tadi!" Rungut Superman sambil memegang kepalanya yang masih sakit bercampur pening akibat sedutan asap sayur kering pagi tadi. Semenjak dua menjak ini, tugas Clark Kent sebagai Superman selalu terganggu dek kerana tabiat barunya yang suka ‘stoned’ tak kira waktu. Bos di ofis lama telah memecatnya gara-gara menghisap sayur kering di tempat kerja. Kalau hisap sebalut tak lah perasan sangat, ini dia pergi pekena bong terus siapa suruh. Bangang. Akhirnya dia terpaksa bekerja di 7Eleven bagi menampung kos untuk membeli sayur kering. Itu pun tak tahu lah, lama mana dia dapat bertahan kerja di situ. Asyik-asyik lari keluar saja bila dengar orang menjerit mintak tolong.

Clark Kent kini sudah terlalu obsess dengan sayur kering. Pagi petang siang malam asyik berasap saja. Jadi Superman pun terbang dah tak betul. Langar sana sini. Dia punya obsess tu sampai logo S dekat sut Superman pun dah bertukar jadi logo daun ganja berbelang merah, kuning, hijau. Dengar kata, dia dah tukar nama jadi Superweed. Atau mungkin juga Superastaman? Anda tentukan.






Gambar hiasan

2 comments:

  1. hahah!perihal supermen pekena sayur kering dan kombinasi gambar itu memang bersesuaian.
    tapi aku rasa kombinasi clark kent(seperti dalam gambar hiasan) dengan zooey deschanel, sangat tak sesuai.

    kenapa aku serius sangat menghakimi penceritaan ini?

    ReplyDelete
  2. clark kent ni

    mcm2 rupa

    keh keh keh

    tak kesah la kau nak menghakimi
    ke menzalimi ke apa...cerita ini
    bebas sebebas superman yg terbang
    di langit setelah selesai pekena bong.

    keh keh keh

    ReplyDelete