Tuesday, June 28, 2011
BERSIH
“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.
Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.
Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.
Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.
Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.
Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.
Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.
Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.
Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”
Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”
A. Samad Said
Malam Pelancaran Bersih, 19 Jun 2011
Saturday, June 25, 2011
dialog kencang 2
kuasa KERAJAAN atau kuasa RAKYAT lagi POWER?
mana datang kuasa KERAJAAN? kuasa RAKYAT yg bg...
mcm mana kuasa KERAJAAN naik? kuasa RAKYAT yg bg...
nak jatuhkan kuasa KERAJAAN pon kuasa RAKYAT boleh bg...
jatuh bgn kuasa KERAJAAN semua bergantung pada kuasa RAKYAT...
mana2 KERAJAAN atas muka bumi ni wujud atas kuasa RAKYAT...
nampak, di sini kuasa RAKYAT memang POWER!
mcm mana kuasa KERAJAAN naik? kuasa RAKYAT yg bg...
nak jatuhkan kuasa KERAJAAN pon kuasa RAKYAT boleh bg...
jatuh bgn kuasa KERAJAAN semua bergantung pada kuasa RAKYAT...
mana2 KERAJAAN atas muka bumi ni wujud atas kuasa RAKYAT...
nampak, di sini kuasa RAKYAT memang POWER!
Thursday, June 23, 2011
Mat Kerbau #2
mat pizan...ya, nama dia mat pizan. tp rata2 masyarakat sekeliling memanggil dia mat kerbau. mungkin faktor saiz badan atau tenaganya yg di samakan dgn kerbau dan agak keterlaluan jika hendak dikaitkan dgn faktor paras rupa. memandu trailer adalah pekerjaannya. merata-rata tempat dia dah pergi. ya la...pemandu trailer la katakan. oh ya, mulai sekarang nama mat pizan akan digantikan nama mat kerbau.
“aritu aku ada bawak trailer sorang2.” mat kerbau
“ishkk...deret hang bawak trailer sorang2...pi mana abih org kerja yg lain?” listener
“tanya apa lagi, aku nak cerita nih...!” mat kerbau
“ok...ok...mat ambik rokok sebatang.” listener
macam biasa, rokok dunhill mat kerbau motif segala-galanya.
“hang tau dak, hari tu aku bwk trailer sorang2 lalu karak” mat kerbau
“aku tak tau...” listener
“ni yang aku nak cerita nih! masa dekat karak tu tengah malam dah...
aku sunyi sorang2. aku menyanyi ar sambil bwk trailer tu... sampai satu
kawasan tu tiba2 aku dengaq ada suara duk menyanyi sama...cilaka!” mat kerbau
aku sunyi sorang2. aku menyanyi ar sambil bwk trailer tu... sampai satu
kawasan tu tiba2 aku dengaq ada suara duk menyanyi sama...cilaka!” mat kerbau
“ishkk...sapa dia pulak duk ajuk hang menyayi tu mat?” listener
“aku jenguk tengok kot tingkap...tudia elok ja duk bertenggek atas
divider tepi higway tuh!” mat kerbau
“mnatang apa pulak duk bertenggek atas divider tu mat?” listener
“duk tanya lg mnatang pa...hantu la! aku berenti trailer aku tepi higway tu,
aku jenguk kot tingkap aku cakap...lar hang ka...nih, hang duk buat apa
sekoq2 tang tu...nak tumpang cpt pi naik duk kat belakang...lekas2 aku nak jalan dah!” mat kerbau
aku jenguk kot tingkap aku cakap...lar hang ka...nih, hang duk buat apa
sekoq2 tang tu...nak tumpang cpt pi naik duk kat belakang...lekas2 aku nak jalan dah!” mat kerbau
“tudia berani...awat hang tak ajak dia duk depan? listener
“susah...nanti kalut nak bersembang...nak bwk trailer pon tak senang.” mat kerbau
suasana tiba2 sunyi sepi...tenang...setenang air sungai sg.petani yg hitam pekat. muka buat rileks, asap rokok dunhill masih berkepul-kepul.
Friday, June 17, 2011
BUTA KUIH-MUIH
aku agak terkilan dgn segelintir@ramai remaja/belia zaman sekarang yg tak tahu, tak ambik tahu,tak kenal maka tak cinta atau lebih sesuai dilabelkan sbg seorang yg BUTA KUIH-MUIH ! kamon la, tak kan sarapan pagi2 nk pekena queker oat kot? pekena cucoq lg true la.
jadi dgn ini, aku mempersembahkan..........
jadi dgn ini, aku mempersembahkan..........
CUCOQ JAWA |
DANGAI |
PEKNGA |
Monday, June 13, 2011
dialog kencang
'pekena' jamban + gudang garam sebatang...tudia, dia punya feel mcm perdana menteri menang pilihanraya umum...!
Wednesday, June 8, 2011
watch your mouth !
semalam tengok berita...
"GADIS DISAMAN RM50 SBB MAKI POLIS BODOH"
member cakap...
"kalau aku...bayar ja 100!"
aku tanya...
"apa pasal?"
member jawab...
"ambik ja 100 siap2...nanti aku nak maki lagi"
aku kata...
"owhh...cilaka jugak nih..."
"GADIS DISAMAN RM50 SBB MAKI POLIS BODOH"
member cakap...
"kalau aku...bayar ja 100!"
aku tanya...
"apa pasal?"
member jawab...
"ambik ja 100 siap2...nanti aku nak maki lagi"
aku kata...
"owhh...cilaka jugak nih..."
Friday, June 3, 2011
Mat Kerbau #1
mat pizan...ya, nama dia mat pizan. memandu trailer adalah pekerjaannya. merata-rata tempat dia dah pergi. ya la...pemandu trailer la katakan. mesti la pergi hantar barang merata-rata tempat. macam-macam jugak yg dia dah hantar. dari barang rumah hinggalah ke barang runcit, membawak pulak ke sayur-sayuran.
“habis tu, hang pi sorang2 ja mat?” listener 1
“biasa la , aku pi sorang ja. lagi pun kita ni kaki lama, tu yg orang mintak tolang tu.” mat pizan
para listener yg duduk di situ ada yg mula terbatuk. tp melihat sekotak dunhill 20 kepunyaan mat pizan yg ada di atas meja, mereka cover2 batuk. muka buat2 fokus. mat pizan menyambung cerita.
“ni yg kata kaki lama, bwk lori sorang2 pi kelantan. malam pulak tu.” mat pizan
“hang tak takut ka mat? dengaq orang cakap jalan tu banyak gajah!” listener 2
namapaknya dah ada listener yg cucuk angin. hal ini semacam mengaktifkan satu saraf di otak mat pizan yg mengarahkan dia supaya bercerita dgn lebih agresif. sambil tu, dah ada tangan2 listeners yg merayap ke arah rokok dunhill 20 mat pizan. mata pandang tepat ke muka mat pizan, cuma tangan ja gerak ambik rokok. mcm biasa, muka pura2 fokus.
“hah...! yg kata kaki lama ni, tak peduli sangat semua tu.” mat pizan
“hang mmg berani la mat, patut la depa mintak hang yg pi hantaq
sayuq tu.” listener 1
sayuq tu.” listener 1
“aku pun pi la, bwk lori sorang2. lepas grik tu mula naik jalan bukit kona-kona. sampai satu kona, tudia! gajah penuh. tu yg orang kata, kita kalau niat nak tengok gajah, dia nnt mai tunjuk noh. aku pun dari rumah lagi duk teringin nak tengok gajah, mmg dia tunjuk la.” mat pizan
“ishkkk...hang tak takut ka mat? gajah banyak tgh jalan tu. abis tu apa yg hang buat?” listener 2
“hah...! aku rileks cm biasa la. aku off lampu lori. lalu slow2 lintas pi kot tepi gajah2 tu la. aku berenti sat, tengok gajah kot tepi lori aku tu. aku kata kat gajah2 tu hangpa mai, kalau nak makan sayuq ada banyak kt belakag lori aku tapi jaga2 raga jgn bagi rosak.” mat pizan
“abis la sayuq yg hang bwk tu mat?” listener 1
“pi kelantan lori kosong la aku hari tu. sampai kelantan beli budu sebotoi lps tu balik.” mat pizan
“kah...kah...kah...kah...kah” listener 2
“hang gelak apa, aku cerita btoi nih!” mat pizan
para listeners saling memandang. muka dah naik hijau, cover2. sebatang demi sebatang rokok dunhill 20 mat pizan jd taruhan. asap berkepul-kepul naik. owhh, terlupa pulak...mat pizan juga lebih dikenali sebagai mat kerbau.
Subscribe to:
Posts (Atom)