Seorang anak muda
yang sudah berbulan
bulan tidak pulang
balik ke kampung halamannya.
Senyuman terukir di raut wajah kedua orang tua itu.
Saturday, October 29, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Tanpa Tajuk III
lewat, lambat, kalut
terkejar-kejar, gopoh
langgar, langgar semua
cuma satu berhenti
di sebelah ada brader berbaju biru tua
langgar lagi, kalut-kalut
nasib kurang baik...MERAH!
Sunday, October 23, 2011
Teori Keretapi
Jika anda mahukan bilangan anak yg ramai, berumah lah di tepi landasan keretapi. Kajian tidak rasmi menunjukan bahawa, pasangan yg menghuni rumah di sekitar landasan keretapi mempunyai ahli keluarga yg ramai sekurang-kurangnya 5 orang anak ke atas.
Kajian juga menunjukan bahawa, punca yang mempengaruhi pertambahan bilangan anak dalam keluarga-keluarga ini (penghuni rumah sekitar landasan keretapi) adalah kerana dari bunyi keretapi itu sendiri. Mahu tahu bagaimana? Lanjutkan pembacaan anda ke perenggan yg seterusnya.
Sebenarnya bunyi bising ketika keretapi melintas pada waktu malam telah mengganggu pasangan suami isteri tersebut yg lena dibuai mimpi. Akibatnya, apabila terjaga pasangan ini akan mengalami kesukaran untuk menyambung tidur kembali. Si suami memandang isteri dan si isteri memandang suami maka hanyutlah kedua-duanya melayari bahtera menuju kemuncak bahagia. “Pantang bersentuh, pakai jadi.”
Hampir setiap malam hal ini berlaku dan berulang-ulang. Maka tak mustahilah jika dalam keluarga ini umur anak-anak mereka cuma beza setahun sahaja. Nampak? Keretapi sebenarnya mempengaruhi bilangan anak bagi pasangan-pasangan yg berumah di tepi landasan lebih-lebih lagi pasangan yg baru berkahwin. Walaubagaimanapun, anak itu rezeki kurnian Tuhan dan kita manusia hanya mampu merancang. Sekian.
*Diperolehi dari sumber yg tidak boleh dipercayai.
p/s : jika takut dilambung anak yg ramai,
jangan berumah di tepi landasan keretapi.
Gambar hiasan |
Thursday, October 20, 2011
Saturday, October 15, 2011
Tanpa Tajuk II
menggigit gigit sangap
digigit gigit sedap
tergigit kerap
habis menguap
di depan ada orang bercakap cakap dalam skrin
Thursday, October 13, 2011
Tanpa Tajuk
malam lebat
sejuk melekat
ghaib hayat
pagi liat
muka ketat
* terpejam leka bersama hembusan asap Peter Stuyvesant
sejuk melekat
ghaib hayat
pagi liat
muka ketat
* terpejam leka bersama hembusan asap Peter Stuyvesant
Sunday, October 9, 2011
Society
Society, have mercy on me
Hope you're not angry if I disagree
Society, crazy indeed
Hope you're not lonely without me
Hope you're not angry if I disagree
Society, crazy indeed
Hope you're not lonely without me
Friday, October 7, 2011
Superman Is Dead
Clark Kent bergegas keluar dari 7Eleven sebaik saja terdengar jeritan meminta tolong. Dia berlari menuju ke sebuah lorong di belakang 7Eleven tersebut sambil membuka butang bajunya satu persatu. Seluarnya juga dilondeh kalu-kalut. Sempat pula dia melipat pakaiannya dan dimasukan ke dalam bag pelastik yang tertera tulisan AJINOMOTO. Kini dia sudah bersedia dalam sut superhero berwarna biru tua dengan spenda merah di luar.
Tak lama kemudian, Clark Kent yang kini adalah Superman membuat pendaratan cemas setelah terbang dengan kelajuan 700 km/j betul-betul di depan seorang gadis yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Clark Kent a.k.a Superman bertanya sambil mencekak pinggang. Gadis tersebut menoleh ke arahnya lalu menjawab, "kunci kereta saya terjatuh ke dalam longkang, boleh awak tolong ambilkan?" Sepantas kilat, Superman terus mengangkat penutup longkang yang diperbuat daripada besi lalu dicampaknya jauh-jauh hilang dalam gumpalan awan. Kunci kereta berjaya diambil dan diserahkan kepada gadis tersebut. Sebagai balasan, si gadis terus mencium hero yang telah membantunya. Memandangkan gadis tersebut memang anggun dan menawan ala-ala Zooey Deschanel, Superman jadi ghairah dan membalas ciuman si gadis dengan rakus. Ya french kiss!
Ketika Superman sedang asyik melayan frech kiss bersama si gadis, tiba-tiba sebiji rim 18 melayang dan melekat di atas kepalanya. Rim kereta bukan rim motor. Dia menoleh ke belakang. "Aku penat-penat jerit mintak tolong, kau sedap-sedap comolot kat situ pulak. Tengok, habis handbag aku kena rompak... siap kena cabul lagi...kau bukannya nak tolong aku tadi...cilaka, bangsat punya Superman...!" Jerit seorang mak cik dalam nada marah-marah. "Err...maafkan saya mak cik, saya tak perasan tadi. Biar saya kejar penjahat tu." Jawab Superman serba-salah lantas terbang untuk mengejar penjahat yang telah merompak mak cik tersebut. Beberapa saat kemudian, Superman jatuh terjelopok sambil memegang dahinya yg benjol. Dia baru saja melanggar dinding ketika terbang untuk mengejar penjahat. Mak cik selaku mangsa rompakan itu hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus berlalu pergi sambil mulutnya tak henti-henti memaki hamun Superman.
"Cilaka, power betul sayur kering yang aku kena pagi tadi!" Rungut Superman sambil memegang kepalanya yang masih sakit bercampur pening akibat sedutan asap sayur kering pagi tadi. Semenjak dua menjak ini, tugas Clark Kent sebagai Superman selalu terganggu dek kerana tabiat barunya yang suka ‘stoned’ tak kira waktu. Bos di ofis lama telah memecatnya gara-gara menghisap sayur kering di tempat kerja. Kalau hisap sebalut tak lah perasan sangat, ini dia pergi pekena bong terus siapa suruh. Bangang. Akhirnya dia terpaksa bekerja di 7Eleven bagi menampung kos untuk membeli sayur kering. Itu pun tak tahu lah, lama mana dia dapat bertahan kerja di situ. Asyik-asyik lari keluar saja bila dengar orang menjerit mintak tolong.
Clark Kent kini sudah terlalu obsess dengan sayur kering. Pagi petang siang malam asyik berasap saja. Jadi Superman pun terbang dah tak betul. Langar sana sini. Dia punya obsess tu sampai logo S dekat sut Superman pun dah bertukar jadi logo daun ganja berbelang merah, kuning, hijau. Dengar kata, dia dah tukar nama jadi Superweed. Atau mungkin juga Superastaman? Anda tentukan.
Gambar hiasan |
Wednesday, October 5, 2011
Hujan dan MC
hujan
hujan
hujan
lebat
lebat
lebat
pagi ni hujan turun lebat ya amat...
aku dalam selimut dengan hidung tersumbat...
"hello...hari ni aku MC..."
Monday, October 3, 2011
setting
oktober yg lembap
memulakan hari dengan rasa malas
tersandar di kerusi biru yang sama
ok...biar aku setting otak dan badan
dahulu agar sedap melayan lena di atas
kerusi ini
jika ada mimpi, akan aku ceritakan nanti.
memulakan hari dengan rasa malas
tersandar di kerusi biru yang sama
ok...biar aku setting otak dan badan
dahulu agar sedap melayan lena di atas
kerusi ini
jika ada mimpi, akan aku ceritakan nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)