Wednesday, August 24, 2011

entri kepak sempena bulan ogos

Semua bangsa dipanggil Melayu


Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?


p/s : petikan ini 'dikepak' dari artikel yg
       ditulis oleh sedara hisham. lihat artikel penuh.
 

Monday, August 22, 2011

Sunday, August 21, 2011

sentimental

"setiap detik dan ketika dalam hidup ini punya nilai
           sentimental nya yang tersendiri..."

Saturday, August 20, 2011

entri kepak

Situasi sebenar: Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah "Kami tiada beca."

Malaysiakini "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Pancaindera "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."



notakaki: entri ni aku kepak dari fesbuk sokernet ja.

Friday, August 19, 2011

13 TAHUN AKU TERBIAR - saudara Lepat

Part 1.



01. Pada 12 March 1996, Aisyah Jane telah membawa lari Sunni Sazali ke

England dari Malaysia pada hal pada waktu itu Passport perjalanan Sunni

Sazali ada bersama Ismail Ariffin, dengan itu Ismail Ariffin telah membuat

satu laporan polis (Report No: B/B 377/96) berkenaan hal tersebut.



02. Setelah 5 bulan Aisyah Jane dan Sunni Sazali berada di England, Ismail

Ariffin telah pergi ke England untuk mengambil semula Sunni Sazali pulang ke Malaysia.



03. Setelah sebulan kemudiannya Aisyah Jane telah kembali semula ke Malaysia

dan memfailkan satu kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang berkenaan tuntutan

untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Sunni Sazali.



04. Sewaktu kes sedang dibicarakan, pihak Mahkamah Syariah Pulau

Pinang telah memutuskan bahawa hak penjagaan sementara diberikan

kepada Ismail Ariffin dan juga telah mengarahkan Ismail Ariffin untuk

membawa Sunni Sazali ke perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai Pulau

Pinang pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

untuk membenarkan Aisyah Jane melawat Sunni Sazali. Ismail Ariffin juga

telah diarahkan untuk TIDAK berada di kawasan perkarangan balai Polis

tersebut semasa lawatan diantara Aisyah Jane dan Sunni

Sazali diadakan.



05. Arahan ini harus dipatuhi sepanjang proses perbicaraan sedang

berlangsung sementara menanti pihak Mahkamah Syariah menjatuhkan

hukuman seterusnya .



Part 2.



01. Ismail Ariffin telah mematuhi semua arahan tersebut dan telah

menjalankan kewajipannya dengan membawa Sunni Sazali berjumpa

dengan Aisyah Jane pada tiap-tiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga

jam 12.00 tengahari walaupun beliau kurang bersetuju dengan arahan

dari pihak mahkamah yang tidak membenarkanya berada di perkarangan

kawasan perjumpaan. Ini kerana Aisyah Jane pernah melanggar undang-

undang Malaysia dengan membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia

walaupun dokumen perjalanan yang sah tidak ada pada Sunni Sazali pada

waktu itu. Oleh sebab itu beliau khuatir bahawa Aisyah Jane akan melakukannya

sekali lagi.



03. Setelah beberapa perjumpaan, Sunni Sazali sekali lagi telah dilarikan

oleh Aisyah Jane untuk kali keduanya sewaktu kes mahkamah sedang

berjalan dan yang lebih menghampakan beliau kejadian itu berlaku di

perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai dan hak penjagaan pada waktu

perjumpaan itu adalah di bawah hak penjagaan pihak Mahkamah

Syariah Pulau Pinang.



04. Ismail Ariffin telah membuat laporan Polis (Report No: 1401/97) di atas

kejadian itu dengan harapan Aisyah Jane dapat ditahan oleh pihak berkuasa

kerana telah melanggar arahan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan

juga sewaktu kejadian tersebut Passport perjalanan Sunni Sazali masih ada

dengan tangan beliau. Justeru itu, tidak mungkin Aisyah Jane dapat membawa

Sunni Sazali keluar dari Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa

mempunyai dokumen perjalanan Sunni Sazali yang sah.



05. Seperti yang sedia maklum, Aisyah Jane akhirnya telah berjaya juga

melarikan Sunni Sazali dari Malaysia walaupun tanpa dokuman perjalanan

yang sah serta melanggar arahan dari pihak mahkamah Syariah Pulau Pinang.



Part 3.



01. Setelah sebulan kemudiannya pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang

telah menjatuhkan hukuman bahawa hak penjagaan Sunni Sazali telah

diberikan kepada Ismail Ariffin. Walaupun pada waktu itu Sunni Sazali

telahpun berada di England bersama Aisyah Jane.



02. Setelah kehilangan Sunni Sazali untuk kali keduanya, Ismail Ariffin

telah mengalami gangguan emosi yang amat teruk kerana beliau merasakan

dirinya telah teraniaya serta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya

daripada pihak-pihak yang terlibat yang pada pendapat beliau seolah-olah

lepas tangan. Ini ditambahkan lagi dengan keputusan pihak Mahkamah

Syariah Pulau Pinang yang memberikan hak penjaagan kepadanya,

walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telah dilarikan dan berada di England.

Ini menambahkan lagi satu tamparan emosi yang amat dahsyat pada beliau.



03. Ganguan emosi serta trauma yang dihadapi oleh Ismail Ariffin

menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap diri

sendiri dan juga kariernya sebagai seorang pelukis kerana beliau tidak

dapat menerima kenyataan bahawa anaknya Sunni Sazali telah dilarikan

dari Malaysia tanpa alasan yang logik yang pada pendapatnya adalah

satu penganiayaan terhadapnya sebagai rakyat Malaysia dengan sikap

sambil lewa dan lepas tangan pihak-pihak yang bertanggungjawab.



04. Kes kehilangan anaknya telah menjadi isu yang hangat dan menjadi

perbualan orang ramai di Pulau Pinang. Ramai yang menganggap kehilangan

Sunni Sazali bak kali kedua itu adalah disebabkan oleh kelalaian Ismail

Ariffin sendiri kerana beliau gagal menjaga anaknya dengan baik walaupun

pada ketika kejadian itu berlaku, Sunni Sazali berada bawah penjagaan

Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Dalam keadaan yang begitu tertekan,

Ismail Ariffin mendapati sukar untuk membendung tekanan emosi yang

dialaminya dan dengan perasaan kecewa beliau akhirnya membawa diri

ke Eropah untuk cuba menenangkan jiwanya.



05. Pada May 2009, sewaktu berada di Jerman, Ismail Ariffin telah

didapati mengidap ketumbuhan di bahagian perut dan terpaksa menjalani

satu pembedahan pembuangan Pankreas dan terpaksa dirawat dihospital

selama 6 bulan (Rujuk laporan perubatan yang dilampirkan) dan sehingga

kehari ini masih dibawah pemeriksaan dan rawatan dari pihak hospital disana.

Menurut pendapat doktor yang merawatnya disana, ini adalah disebabkan

oleh ganguan tekanan emosi dan trauma yang dihadapi oleh beliau selama ini,

kerana setelah diperiksa, beliau bukanlah seorang perokok ataupun seorang

pengambil alkohol seperti kebiasaanya penyakit ini berpunca dan ini telah

disah kan oleh doktor yang merawat dan memeriksanya di Breman Germany.



06. Dalam satu laporan akhbar pada 8 Mac 2010 (rujuk laporan keratan

akhbar yang dilampirkan) Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah

membuat kenyataan bahawa kes siasatan terhadap Aisyah Jane kerana

melarikan Sunni Sazali tidak pernah ditutup oleh pihak Polis.



08. Dengan itu beliau ingin menuntut dan mencari keadilan terhadap

haknya yang tidak diendahkan setelah sekian lama bersabar dan

mengalami gangguan emosi dan trauma yang teruk yang akhirnya

telah turut sama menjejaskan keadaan fizikal dan kesihatan beliau

disebabkan oleh kecuaian, kelalaian serta sikap tidak bertanggungjawab

oleh pihak pihak yang terlibat di atas kehilangan anaknya dari Malaysia

yang suatu ketika dahulu berwarganegarakan Malaysia.



jadi...

"Ahli ahli tertinggi UMNO/BARISAN NASIONAL

dan para para Ketua Parti PEMBANGKANG"...

Apa benar benarkah kalian BERSAMA RAKYAT??"



13 TAHUN AKU TERBIAR...





"Di manakah KEADILAN dan buktinya RAKYAT DI DAHULUKAN...???"





Tuesday, August 16, 2011

apa kejadahnya semua ini?


tiba-tiba ja...haha...bodoh btoi !
tak kan la sebab aku ada kutuk
kerajaan sikit tadi? tak mungkin...
selama ni, kutuk banyak-banyak
ok ja...haha...cilaka ! kena hack?

Monday, August 15, 2011

pahlawanku


terkurung sepi didalam bui,
   dengan menyandang status tawanan. 
            
jasa pahlawan tak terhargai,
nyawa dan harta rela dikorbankan.

segumpal darah membentuk raga,
berawal dari setetes mani.
dimedan perang engkau berlaga,
hadapi musuh gagah berani.

secarik kertas bertuliskan pesan,
untuk menjalin tali persaudaraan.
demi rakyat engkau berkorban,
tanpa mengharap suatu balasan.
to: pahlawanku


sumbangan dari Anisa Ceria (budak fesbuk)

Sunday, August 14, 2011

Sepasang tangan biru dari celahan dinding yang merkah

Daud. Nama dia Daud.

Daud baru berusia 9 tahun. Walaupun Daud berusia 9 tahun
tapi ibu bapanya sudah menyediakan sebuah bilik tidur khas untuk
dia. Bilik tidur tak besar mana. Sesuai dengan kanak-kanak seusia itu.

Di suatu sudut dalam bilik Daud ada dinding yg sedikit merkah.
Kadang-kadang ada semut merah halus-halus buat sarang dalam
rekahan yg sedikit itu. Malam itu Daud leka memerhati semut-semut
merah membuat sarang dalam rekahan yg sedikit di dinding bilik tidurnya.

Sedang asyik Daud memerhati semut-semut merah itu, tiba-tiba
Daud nampak rekahan yg sedikit di dinding bilik tidurnya itu
seolah-olah membesar. Daud masih leka memerhati. Semacam
ada sesuatu yg ingin keluar dari rekahan itu.

Daud berundur beberapa tapak ke belakang. Dari posisinya itu
Daud nampak dengan jelas, ada sepasang tangan berwarna biru
keluar dari rekahan dinding biliknya. Daud kaku. Sepasang tangan
biru itu memanjang dan berhenti betul-betul depan muka Daud.
Tiba-tiba, sepasang tangan biru itu mengangkat jari tengah tepat
ke muka Daud ! Daud ternganga menyaksikan kejadian itu.

Daud. Nama dia Daud.

Daud baru berusia 9 tahun dan dia masih
belum mengerti apa-apa.

Thursday, August 11, 2011

Mat Kerbau #4

mat kerbau jalan kalut-kalut. mukanya ketat, tiada tanda2 mau senyum. mat kerbau berjalan melintasi ruang tamu rumahnya...

plepowww!

berselerak kipas angin kdk yg ‘duduk’ di penjuru ruang tamu – tak bersalah,tiba2 saja disepak.

hang gila ka apa? mak
ahh...mak tak paham! mat kerbau
??????? mak


Monday, August 8, 2011

Via SMS

cita-cita
keinginan besar
kesempatan
dan himpunan
idea-idea yang belum terlaksana

membuak-buak naluri
ilmiah seorang pencakera
kesaksian alam.





hang service aircond kat mana hari ni? - aku via sms


kat national art gallery...haha - oun via sms

aku dah suspect dah yg hang songlap ayat2 
ni kat mana-mana. - aku via sms


Saturday, August 6, 2011

Ooowh...Dave Grohl

ketika ini aku baru terperasan
yang aku sebenarnya lagi power
dari Dave Grohl, mamat yg kelahiran
lepasnya adalah dari seekor kuda jantan hitam
dan punya horse power yg tinggi ketika beraksi.
sebenarnya dalam bab2 puasa ni rupa-rupanya
aku lagi power dari mamat Dave Grohl nih !

aku ada syak yg Dave Grohl ni memang tak
pernah bersahur lah...!

Friday, August 5, 2011

Jumaat, 5 Ramadhan

dalam keadaan berpuasa
ketika hari bekerja
pada hari jumaat
menunaikan solat jumaat
masuk kerja semula



fuhh...power jugak aku rupanya !

Tuesday, August 2, 2011

Rezeki

aku duduk bersandar di kerusi
keseorangan.
mata memandang tepat ke siling
sambil jari-jemari rancak
melurut janggut.

"boleh tahan rasanya berpuasa sebagai seorang technicion nih..."

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

ok...hari 1st dah selamat
stedi ja...tak goyang sangat
harap terus-terusan ke 29 yg berikutnya.