Sunday, February 20, 2011

superman & kryptonite

aku skang ibarat superman yg alah dan lemah kpd kryptonite...semuanya gara2
selsema! asyik meleleh ja higus nih. kepala pon berat semacam ja. aku dah lemau
satu badan. ubat aku dah telan tadi. tapi persoalannya, macam mana aku nak
teruskan hidup aku hari ni kalau asyik mengantuk + kepala berat aja. cilaka punya superman!


gambar hiasan

Friday, February 18, 2011

Hari Panas Sedunia

dalam kepala otak aku berlegar2 satu andaian bahawa, aku merasakan yg lapisan
ozon dah makin menipis dan tinggal 2 setengah inci ja skang nih! panas babe!
aku dah mandi peluh nih. jadi dengan ini, aku istiharkan hari ini sebagai hari panas sedunia.



notakaki : aku nak pi mandi untuk kali yg ke-7

Saturday, February 12, 2011

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI FA CAI


                                "GONG XI FA CAI"

Kung Hei Fat Choy...Happy Chinese New Year...Selamat Tahun Baru Cina...
dan selamat bercuti juga aku ucapkan kpd semua kaum Cina yang aku kenal 
mahupun yang aku tak kenal dan kepada seluruh rakyat Malaysia. semoga 
tahun 2011 ni banyak"ong" ! 


kalau dalam kalender, 2011 jatuh pada tahun arnad berdasarkan kitaran 12 haiwan zodiak Cina. ada apa dengan arnab nih? anarkis kah ia? yg aku tau arnab ni binatang yg cergas dan comel! tapi untuk pengetahuan semua arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. takda sapa2 pun yang mengabaikan arnab kerna mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.


mengikut kepercayaan masyarakat cina, tahun arnab dipercayai sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional. akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan. ni berdasarkan apa yg aku baca tentang kepercayaan masyarakat cina. jadi jgn duk fikir yg arnab hanya sedap utk dibuat satey saja.









notakaki : sebenarnya, kalau ikut kalendar aku kira tergolong dalam tahun arnab gak.
                so, tak salah kan aku puji2 si arnab nih. hahaha...go arnab!