Bagi memperingati hari bersejarah rakyat Malaya bersatu-padu dalam perjuangan menuntut demokrasi dan pembebasan dari penjajahan kolonial, tarikh 20 Oktober perlu diiktiraf sebagai hari penting dalam sejarah perjuangan rakyat dan diabadikan sebagai "HARI HARTAL" - Hari Perjuangan Demokrasi Rakyat.
Saturday, October 20, 2012
Dua Puluh Oktober
Bagi memperingati hari bersejarah rakyat Malaya bersatu-padu dalam perjuangan menuntut demokrasi dan pembebasan dari penjajahan kolonial, tarikh 20 Oktober perlu diiktiraf sebagai hari penting dalam sejarah perjuangan rakyat dan diabadikan sebagai "HARI HARTAL" - Hari Perjuangan Demokrasi Rakyat.
Monday, October 15, 2012
Dosa
andai jatuh cinta itu suatu dosa,
seorang nabi juga bisa masuk neraka
Thursday, October 11, 2012
Warna
rasa rindu menjalar buat aku jadi lupa bagaimana warna darah yang menitis dari tubuh-tubuh siapa entah tatkala seluruh iblis di langit dan bumi berkumpul di tanah ini merusuh, merobekan jiwa-jiwa manusia yang mula meminggirkan surga...sungguh aku lupa warna itu.
Thursday, October 4, 2012
Inception (mimpi sepi)
semalam aku bermimpi lagi. dalam mimpiku ada aku yang terlentang tidur dan aku sedang bermimpi. mimpi itu aneh. maksudku, mimpi yang kedua. mimpi yang tak punya dimensi, tak punya sebarang bentuk, cuma kosong dan sepi. sehinggalah pada suatu detik, telingaku menangkap suatu bisikan merdu. bisikan dari suara yang pernah aku kenal. ia betul-betul hampir namun tidak kelihatan. dalam resah itu aku tercampak dalam suatu rasa yang indah. bisikan yang tidak bisa ditafsir akan kata-kata. yang kutahu ianya suatu keindahan bukan buatan. ada rindu yang menyesak dada seolah-olah rasa itu telah lahir lebih awal sebelum iblis memberontak di surga. namun ia tidak kekal lantas terhidu bau-bau pengakhiran. dan pada akhirnya , bisikan itu lenyap membuatkan aku kembali terpuruk dalam sebuah ruang tanpa dimensi. sunyi sepi. aku perlu bangun dari tidur yang kedua sebelum aku benar-benar terjaga dari mimpi dalam tidur yang pertama. perlahan-lahan aku mula sedar bahawa aku sedang berinvasi, menceroboh minda sendiri. eksistensi diri terasa goyah. dalam dingin malam serta nafas yang tercungap, perasaanku kuat mengatakan bahawa ia tidak hilang dan aku perlu mencari keindahan itu kembali.
Wednesday, September 26, 2012
Rasa Itu
lewat ini siangku jadi panjang sekali
dan malam-malam terasa singkat
kerana tidurku tidak lagi aman
seperti sebelumnya
aku andaikan bahawa;
tidur tidak lagi sunyi
dihujani mimpi
tentang kau
hingga aku tak lagi punya alasan
untuk mengabur darimu
saat terjaga keseorangan
aku cuma berharap
agar malam-malammu
jadi kelam
tak punya rembulan
tak punya bintang
hanya angin yang dingin
hanya sepi yang mati
tanpa aku
kutadah tangan berdoa
agar kau juga merasai
rasa itu
rindu, seperti aku
26 September, 2012
1:30 AM
Tuesday, September 4, 2012
Separuh Duniaku Sedang Kiamat
awan mendung itu meresahkan
lalu angin kencang meniup pergi
segala gembira yang mulai berbunga
lalu berserak kuntum-kelopak
bertaburan atas aspal yang kusam
sang alam tiada berdosa
mungkin sial itu jiwa
yang tidak layak disapa bahagia
ketika malam makin kelam
ada bintang mulai gugur
menghentam kepala membebankan pundak
saat ini aku sedar;
separuh duniaku sedang kiamat perlahan-lahan
bandar darulaman
3 september, 2012
Friday, August 17, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)