dua hari satu malam di ipoh gua rasakan penuh makna. dikelilingi kawan-kawan memang buat kita rasa bahagia. berbuka puasa sama-sama, makan kek di rumah tok ketua, merewang di gerbang malam, penjaga kunci bilik yang buat magik lesapkan kunci lepas tu ada semula, usyar kupu-kupu malam, jari tengah dari mat rempit, bermuzakarah sambil makan satay di padang polo, main bunga api, bersahur di mekdi, janji ke loken yang tidak dapat dipenuhi gara-gara dipukau oleh penjaga kaunter hotel yang tak puas hati dengan hal kunci, pertama kali menjejak kaki ke ipoh parade, membeli buku murah di novel hut hinggalah dihantar ke stesen bas medan gopeng; semuanya terakam sebagai momen-momen yang indah.
sedih juga mahu berpisah di stesen bas, tapi memandangkan gua memang rock sejak kecil lagi maka tak ada lah drama-drama yang mengalirkan air mata terjadi. namun jauh di sudut hati sanubari rocker gua, ada secalit rasa terharu dan sedih mahu meninggalkan kawan-kawan. gua tarik nafas dalam-dalam saja, nak tarik asap rokok tak boleh, tengah berpuasa di bulan ramadhan.
kalau orang tanya apa yang gua dapat dua hari di ipoh maka dengan konfiden gua akan jawab; "kebahagiaan dan juga plywood."