Dan perempuan itu terduduk lemah di suatu sudut kegelapan, terpuruk di hujung kekejaman dunia yang semakin. Kegelapan yang dirasakan itu adalah kegelapan yang paling gelap di antara gelap-gelap yang pekat. Lantas dia memandang tanpa melihat, berkata tanpa bicara dan mendengar tanpa bunyi. Berat yang membebankan pundaknya terasa menekan-himpit, membuatkan dia seakan terbenam ke dasar bumi yang paling dalam. Dalam kegelapan yang gelita, dalam ruang tanpa sudut itu, dia terus merangkak dan meraba. Tiada apa selain bau celaka. Dan ketika celaka yang sedang merejamnya tanpa belas, meludah segala nista ke muka, dia ; perempuan itu menguntum sebuah senyuman. Dia nampak segaris cahaya dalam rekahan jiwa yang kontang. Silaunya mendamaikan. Dalam hatinya. Perempuan itu malah menghayati nikmat nafasnya. Dia tahu, dalam kegelapan yang paling gelap sekalipun, Tuhan itu ada. Kerna itu, keyakinan terus menggerakan langkahnya. Dia, perempuan yang mencari Tuhan.
Monday, April 16, 2012
Sunday, April 8, 2012
Merai Hujan Di Kantor Pos
sebuah sampul surat
...
sebatang pen
...
sekeping setem
...
senaskah zine
...
sebiji donat
...
segulung nikotin
...
indahnya jutuaan titisan yang jatuh ke aspal lantas menghasilkan irama menyelinap ruang pendengaran, membangkitkan aroma yang menerjah liang pernafasan...merai hujan di kantor pos
...
sebatang pen
...
sekeping setem
...
senaskah zine
...
sebiji donat
...
segulung nikotin
...
indahnya jutuaan titisan yang jatuh ke aspal lantas menghasilkan irama menyelinap ruang pendengaran, membangkitkan aroma yang menerjah liang pernafasan...merai hujan di kantor pos
Friday, April 6, 2012
Perempuan Yang Mencari Tuhan
Saat dunia tak lagi aman, matari membakar dari atas kepala, para politikus sibuk bertelagah sambil kencing bercabang, pak lebai menghukum manusia masuk neraka, demonstrator dirodok lembing penguasa, adam-hawa sedang berbogel, anjing bersenggama dengan kambing, burung-burung jatuh kepatahan sayap, penyair menjual bontot di tepi jalan, lembu sedang memandu kereta, babi dituduh pelaku segala dosa...tatkala itu seorang perempuan berdiri di suatu hentian bas, memerhati, meninjau sambil mencari Tuhan dalam riuh-kalut. Dalam resah, dia tahu malaikat juga sedang memberontak ketika alam dinoda kejam. Ada limpahan kecil dari kolam matanya. Tapi dalam miliseken momen antara jatuhnya air mata, sosok perempuan itu meruap dari bawah ke atas, kabur, perlahan-lahan hilang dalam udara panas berdebu.
Friday, March 23, 2012
Sunyi
ia ada dalam jiwa
yang menyala
yang membakar
pandangan dalam setiap renungan
menabrak jatuh ke aspal yang mendatar
lantas terdampar hambar
sunyi
yang menyala
yang membakar
pandangan dalam setiap renungan
menabrak jatuh ke aspal yang mendatar
lantas terdampar hambar
sunyi
Wednesday, March 21, 2012
Mudah
"ma, esok amir tak mau pi sekolah sebab kena bawak kotak. ma, amir nak berhenti sekolah la. kat sekolah tu amir tak boleh nak jawab periksa...susah. amir nak masuk sekolah cina." - budak darjah satu
sementara itu, si ibu tak habis-habis mengomel tak puas hati dengan TNB.
Friday, March 16, 2012
Perempuan Tanpa Kasut Di Puncak Gunung Jerai
saat dia menjejakan kaki ke puncak, dia nampak perempuan itu tidak berkasut. ya, perempuan yang cantik. kulitnya tampak lembut putih mulus, matanya bundar, alisnya rapi, hidungnya mancung terletak, bibirnya mekar delima. cukup sempurna untuk dikategorikan sebagai perempuan cantik. rambutnya paras bahu beralun lembut dibuai angin lantas membawa suatu haruman yang amat menyenangkan atau mungkin menghairahkan bagi sesetengah lelaki. perempuan itu tidak berkasut tetapi lengkap berbaju kurung kain kapas dengan corak bunga-bunga kecil. dia dan peremuan itu saling berbalas senyuman. belum sempat dia menyapa, perempuan itu terlebih dahulu membuka mulut. "apa gunanya berkasut kalau hanya mahu nampak lebih sempurna dari yang lain. apa gunanya berkasut kalau hanya mahu memperlihatkan jurang martabat. apa gunanya berkasut kalau cuma mahu saling beza membezakan. manusia itu seharusnya sama dan yang dipakai di kaki itu seharusnya menjadi pengalas kaki serta tiada yang mulia atau hina." perempuan itu senyum lagi, cuma kali ini lebih manis dan menawan. dan pada ketika itu baru lah dia terperasan akan perempuan tidak berkasut itu sebenarnya tidak berkaki walaupun sedang berdiri. keadaan ketika itu menjadi terlalu epik untuk dikisahkan. mereka saling berbalas senyuman untuk yang ke sekian kalinya.
Tuesday, March 6, 2012
Hilang
beritahu aku, andaikata penghujung dunia ini punya penghujungnya lagi, maka aku akan pergi menghilangkan diri. lesap dalam debu-debu dengki yang berterbangan dalam ruang dunia komunal. biar aku ghaib dalam kabus ego mereka yang kian menebal. jiwa-jiwa iri terus bersipongan dan mengelilingi kepala aku yang sudah mula terbuka. mungkin juga suatu kesakitan bagi mereka yang masih tergapai-gapai sesuatu yang aku telah capai. keberadaan aku dipertikai lantas irama celaka terus berkumandang diikuti tarian kekecewaan. tapi dalam ketakterhinggaan jarak, aku masih mahu mengecap dan menghadam kelazatan ini. biar aku hilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)