saat bulan sudah ditarik pergi oleh pendamba dunlop gp bekas kuning di bawah jambatan malam semalam, maka tahu lah aku apa rasanya valentain itu. malam tanpa bulan adalah celaka bagi mereka yang sedang bercinta pada velentain ini kerana sudah tiada benda untuk dimadah. mana mungkin mereka bermadahkan pungguk cuma atau pakcik jaga yang mengawal di tesco dikala dinihari. setelah bertanya pada batman yang sedang memancarkan lampu limpahnya, aku dapat tahu bahawa rasa velentain itu lebih teruk daripada rasa masakan seorang vegetarian yang dipaksa makan daging anaknya sendiri. ah, menikmati malam terkutuk dendangan kelelawar malam bersama secangkir kafein dan sebatang nikotin adalah lebih sedap rasanya.
Saturday, February 11, 2012
Friday, February 10, 2012
Hadiah papa untuk Ahmad Jazimin
Ahmad Jazimin adalah seorang calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Sebagai seorang anak saintis, sudah tentulah aliran sains tulen menjadi pilihannya. Papa janji, kalau Ahmad Jazimin dapat score semua A SPM nanti, papa akan hadiahkan sebuah mesin masa untuknya. Ahmad Jazimin tersenyum riang. Langsung saja dia membayangkan tentang pengembaraan masa lampau mahupun masa depan. Dia nak jumpa Kurt Donald Cobain. Dia juga nak jumpa anak cucunya sendiri. Beberapa bulan telah berlalu, result SPM sudah keluar. Ahmad Jazimin score A dalam semua subjek. Dia gembira, papa juga gembira. Seperti yang dijanjikan, papa pun menghadiahkan sebuah kotak sebesar penumbuk kepada Ahmad Jazimin. Ahmad Jazimin bukan main suka lagi tapi dia sedikit hairan, kenapa mesin masa begitu kecil? Dia membayangkan mesin masa tersebut seperti sebuah peti ais, ataupun seperti sebuah kereta. Dia buka kotak tersebut dan mendapati ada sebiji jam loceng di dalamnya. Papa cakap, ini lah mesin masa yakni sebuah jam. Samalah juga macam pemotong rumput, orang panggil mesin rumput. Papa hadiahkan jam loceng untuk Ahmad Jazimin supaya senang dia mahu bangun tidur ketika di asrama universitinya kelak. Ahmad Jazimin bukannya pernah duduk asrama.
Thursday, February 2, 2012
Untunglah Badang
Alkisah, pada suatu pagi yang cerah tatkala burung-burung mula berkicauan keluar mencari rezeki buat penerus hidup, Badang berjalan meredah belukar menuju ke sungai tempat dia menahan bubu. Badang ini kalau tuan-tuan nak tahu, dia adalah seorang lelaki yang baik hati, sopan-santun serta menghormati orang tua. Kerjanya menangkap ikan lalu dijual ke pasar. Akan tetapi si Badang ini tidaklah dia pandai melawan kata walaupun di maki-hamun oleh orang lain.
Maka sesampai dia di tebing sungai itu, teruslah dia mengangkat bubu yang ditahannya semalaman. Akan tetapi malanglah nasibnya kerana bubu itu kosong tanpa ikan. Begitu juga dengan dua lagi bubu yang lain, sama kosong. Badang pun melangkah pergi dengan perasaan kecewa lalu ditahannya bubu itu di kawasan lain pula. Dalam hatinya penuh berharap agar hari esok adalah ikan yang boleh dibawa naik.
Sepeti biasa, pada pagi yang cerah tatkala burung-burung mula berkicauan keluar mencari rezeki buat penerus hidup, Badang berjalan meredah belukar menuju ke sungai tempat dia menahan bubu. Dengan harapan yang menggunung, maka diangkat bubu yang pertama…kosong. Badang masih belum putus harap lalu diangkatnya pula bubu yang ke-dua…juga kosong. Kemudian dia mengangkat pula bubu yang ke-tiga…KOSONG! Ya, kosong tanpa seekor ikan pun. Tapi nanti dahulu tuan-tuan, kerana sesungguhnya ada sesuatu di dalam bubu Badang yang ke-tiga itu. Setelah dibelek dan diamati betul-betul maka tahulah Badang akan benda itu adalah segulung kertas. Badang ambil kertas itu lalu dibawanya pulang.
Setelah disiasat dan bertanya pada Orang Kaya Deraman yang pandai membaca maka Badang pun dapat tahu apakah sebenarnya kertas tersebut. Dan janganlah ada di antara tuan-tuan sekalian yang menyangka kertas itu adalah ayat keramat, serapah ajaib mahupan mantera penguat badan. Adapun kertas tersebut tidak lain tidak bukan adalah sijil PW4 iaitu sijil yang membolehkan seseorang itu melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik tiga fasa. Gembiralah Badang kerana dia merasakan sijil tersebuat amatlah berguna dan boleh membantunya mencari rezeki.
Berbekalkan modal yang dipinjam dari Orang Kaya Deraman, Badang pun mula melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik. Makin hari makin maju dan kini Badang sudah pun memiliki sebuah syarikat pendawaian elektrik yang agak besar yang diberi nama Badang Electrical Sdn.Bhd dan mempunyai satu lagi cawangan lain bernama Bubu Elektrik Sdn.Bhd. Sekarang jangan tanyalah, macam-macam sijil Badang ada. Sijil Chargeman A4, Sijil Politeknik, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Dengar khabar, Badang sedang buat PJJ untuk mendapatkan diploma dalam bidang elektronik pula. Untunglah Badang, tahan bubu dapat sijil PW4 lantas mengubah hidupnya kini.
Apa? Jin? Muntah jin? Cilaka apanya. Jangan harap lah. Yang dari tadi duk tunggu pasal muntah jin tu kenapa? Sah-sah jin tu bukannya baik sangat maka jangan lah tuan-tuan bersekongkol dengan mereka apatah lagi memakan muntah yang najis itu. Banyak lagi benda lain boleh dimakan. Tuan-tuan ingat Dr.Rozmey tu makan muntah jin kah sampai boleh berjaya dan jadi kaya macam sekarang? Tidak. Tapi sejak dia jadi kaya, entah jin apa yang merasuk sampai semua tempat nak tampal gambar muka dia. Please la, orang bukan dengki cuma kadang-kadang tu kesian lah pada orang awam yang tengah makan nasi di kedai-kedai makan tepi jalan tu. Tak pasal-pasal muntah bila van Skynet lalu dan ada juga muka dia di situ. Benda kalau hari-hari mengadap memang bosanlah. Ok, tamat.
notakaki : kenapa? tak lojik? habis tu makan muntah jin
jadi kuat tu logik sangat lah? pleasssse lah...kahkah
jadi kuat tu logik sangat lah? pleasssse lah...kahkah
Wednesday, February 1, 2012
Redup
"menolak kerajaan itu bukan bererti harus menjadi pembangkang, tetapi membangkang segala bentuk diskriminasi demi kesejahteraan itu adalah 'pembebas' sejati..."
Wednesday, January 25, 2012
Angriffe und Konsolidierung
Syafiq mengeleng-gelengkan kepala. Dia betul-betul tak faham dengan sikap Jali, rakan sekuliahnya itu. Baru kelmarin mereka sama-sama turun berdemo menentang AUKU, tapi hari ni boleh sedap-sedap dia hentam pakai baju gambar 'kati' sambil pasang bendera Barisan Nasional dan bendera UMNO kat tiang lampu tepi jalan sana. Jali cakap ada majlis pemimpin bersama rakyat. Entah menteri mana yang nak turun ke kampung mereka pun tak tahu lah. Syafiq tak puas hati dengan tindakan Jali. Maka Jali pun menjelaskan bahawa ini hal parti dan tak ada kena mengena dengan penentangan dia terhadap AUKU. Syafiq maki Jali. Syafiq cakap AUKU itu ciptaan kerajaan pemerintah. Kerajaan pemerintah adalah Barisan Nasioanal dan UMNO itu adalah salah satu parti komponennya. Makanya, mereka-mereka ini harus ditentang habis-habisan. Syafiq adalah pro pembangkang. Dia beranggapan turun berdemo dan melakukan penentangan boleh menggugat kedudukan kerajaan pemerintah seterusnya kerajaan pembangkang dapat mengambil alih pemerintahan.
Perbalahan antara Syafiq dan Jali berterusan sehinggalah Azam yang menaiki Vespa PX150 lintas di hadapan mereka dengan bunyi 'paip' yang membingitkan telinga. Azam berhenti betul-betul depan mereka berdua dan tanpa dipelawa dia terus menyampuk. "Kerajaan pemerintah atau kerajaan pembangkang masing-masing ada agenda dan kepentingan sendiri. Bagi aku politik itu kotor dan keadaan politik di negara kita sekarang ni macam vespa tak ada brek...hampir terjun gaung. Kenapa rakyat sendiri tak sama-sama bersatu dan jatuhkan politikus-politikus yang kerja mereka cuma menghisap darah rakyat? Rakyat kalau bersatu, kita mampu mentadbir negara dengan sendiri tanpa perlu pemerintahan mana-mana parti politik lah." Jelas Azam panjang lebar. Syafiq dan Jali terdiam, cuma saling memandang. Azam juga diam. Yang ada ketika itu cuma bunyi cengkerik. Mungkin lah. Benda-benda macam ni tak ada siapa yang pasti sangat.
Beberapa saat kemudian, mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi letupan dan ledakan yang amat kuat. KEBABOOOM!!! Suasana segera berubah menjadi kecoh dan chaos. Rupa-rupanya kampung mereka sedang diserang oleh makhluk asing yang datangnya entah dari planet mana. Sebenarnya bukan kampung mereka sahaja, tetapi seluruh bumi telah diceroboh oleh makhluk asing atau orang putih panggil alien. Negara-negara besar macam Amerika, Russia, England, Jepun (sekadar menyebut beberapa nama) semuanya sudah ditawan. Jadi haramjadah apanya Amerika mengaku mereka 'polis dunia' sedangkan mereka sendiri telah ditawan? Malaysia adalah negara paling akhir ditawan. Entah kenapa, yang pastinya bukan kerana kekuatan sistem pertahanan negara ini. Masakan enjin jet pun boleh hilang masih mahu dianggap pertahanan yang kuat? Lagi pun dengar khabar, Malaysia banyak guna barang secondhand. Rupanya-rupanya alien-alien yang menyerang bumi telah terleka menyaksikan pergolakan politik di Malaysia ketika ini sehinggakan mereka terlupa untuk menyerang. Bagi alien-alien tersebut, hal ini adalah satu pertunjukan yang menggelikan hati sama seperti rancangan Raja Lawak ataupun Maharaja Lawak walaupun kadang-kadang peserta yang menang adalah disebabkan undian sms semata. Mungkin lah kan.
Kini, bumi secara totalnya telah ditawan oleh makhluk asing yang entah datangnya dari planet mana. Raja, presiden, perdana menteri, menteri pertahanan, wakil rakyat, JKKK, ketua kampung, guru besar hatta pemandu bas kilang sekali pun kini telah kehilangan kuasa dan pengaruh. Parti politik, lambang bendera, warna kulit serta darjat kini langsung tak bermakna apa-apa. Semuanya sama sahaja pada pandangan alien-alien tersebut. Semuanya adalah hamba dan tawanan yang perlu patuh pada arahan dan perintah mereka. Alien-alien itu juga berpendapat, manusia tidak layak mentadbir bumi yang kaya dengan pelbagai sumber dan bahan mentah ini. Manusia cuma tahu berkelahi dan berebut kuasa. Pembakaran terbuka, asap kilang, asap kereta dan lain-lain aktiviti tidak sihat telah menyebabkan lapisan ozon menipis dan akhirnya membuka suatu lubang yang diberi nama 'blackhole' yang membolehkan makhluk asing masuk dan menyerang bumi. Kini seluruh umat manusia berasa kesal dengan tindakan meraka sebelum ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga seluruh umat manusia termasuklah Syafiq, Jali dan Azam. Berbekalkan semangat yang tinggal sedikit tercalit di hati, Azam menyeru Syafiq dan Jali agar mereka bekerjasama kemudian menyatupadukan hati seluruh penduduk di peringkat kampung, negeri, negara seterusnya di peringkat antarabangsa (dunia). Semua manusia perlu bersatu-padu untuk menentang alien-alien yang telah menawan bumi ketika ini.
Dapatkah tiga orang anak muda yang kental itu menyatupadukan hati penduduk bumi? Apakah manusia benar-benar sedar dengan kesilapan mereka? Adakah perbezaan fahaman, idologi, agama, serta bangsa akan terus menjadi penghalang untuk umat manusia bersatu melawan makhluk asing tersebut? Di manakah letaknya nilai kemanusian ketika ini? Ah, tanya banyak-banyak pun tak guna jugak. Lagipun aku dah malas nak sambung cerita ni. Ending, pembaca sendiri yang tentukan. Aku berhenti tang ni ja...kahkahkah.
Wednesday, January 18, 2012
Friday, January 13, 2012
Selsema
Ada satu makhluk yang berwajah hijau. Tak, bukan toyol sebab dia bukan makluk kecil berkepala botak. Hulk? Bukan lah, dia bukan makhluk berbadan sasa dan berotot . Makhluk yang satu ini berwajah hijau, berambut panjang mengurai. Tangan dia mungkin warna hitam dan berkuku panjang. Tapi aku tak peduli semua tu.
Yang paling cilaka adalah, ketika dia duduk mencangkung atas kepala aku. Kuku-kuku tajam dia pulak tak habis-habis mencakar tempurung kepala aku sampai jadi satu lubang berongga tembus sampai ke otak. Aku ingat dia nak makan otak aku, tapi dia bukan zombi. Cilaka sekali lagi, makhluk berwajah hijau tu cucuk-cucuk otak aku dengan kuku tajam dia. Babi betul. Tak ada otak ke apa makhluk ni sampai boleh main-main otak aku macam tu?
Pelik, aku tak boleh buat apa-apa pada makhluk berwajah hijau tu. Aku hanya berdiri depan cermin sambil lihat apa yang dia buat atas kepala aku. Aku nampak dia ambik straw dan cucuk ke otak aku . Ngilu jugak rasanya. Lepas tu, dia tiup kuat-kuat otak aku sampai mengelegak macam bunyi orang hisap shisha. Habis bersepah otak aku, cair dan mula meleleh turun ke hidung. Makin lama, makin banyak. Habis semua rongga hidung aku dipenuhi otak yang cair, tersumbat hinggakan aku susah nak bernafas. Aku hembus nafas kuat-kuat melalui hidung. Keluar lendir-lendir pekat kehijauan. Ada kalanya berketul-ketul kekuningan.
Makhluk berwajah hijau tu masih galak mencucuk dan meniup-niup otak aku dengan straw. Rongga hidung yang sedikit lapang kini kembali dipenuhi dengan cairan otak sendiri. Tak kurang juga, ada yang lepas masuk ke kerongkong. Mungkin kadang-kadang aku tertelan sedikit-sedikit. Berlendir-lendir rasanya.
Ah, aku dah tak tahan dengan perangai makhluk berwajah hijau tu yang tak reti-reti nak berhenti buat khianat kat otak aku. Aku larutkan dua bijik soluble dalam otak aku dan berharap semoga makhluk berwajah hijau itu pergi meninggalkan kepala aku yang sudah berlubang sedikit di tempurung. Aku malas mahu melayan kerenah makhluk itu lantas merebahkan badan ke atas tilam.
Keesokan paginya, aku bangun dalam keadaan kepala bertambah berat, Cilaka! Makhluk berwajah hijau tu bawak anak dia sekali. Hari tu aku mc, tak pegi kerja.
Yang paling cilaka adalah, ketika dia duduk mencangkung atas kepala aku. Kuku-kuku tajam dia pulak tak habis-habis mencakar tempurung kepala aku sampai jadi satu lubang berongga tembus sampai ke otak. Aku ingat dia nak makan otak aku, tapi dia bukan zombi. Cilaka sekali lagi, makhluk berwajah hijau tu cucuk-cucuk otak aku dengan kuku tajam dia. Babi betul. Tak ada otak ke apa makhluk ni sampai boleh main-main otak aku macam tu?
Pelik, aku tak boleh buat apa-apa pada makhluk berwajah hijau tu. Aku hanya berdiri depan cermin sambil lihat apa yang dia buat atas kepala aku. Aku nampak dia ambik straw dan cucuk ke otak aku . Ngilu jugak rasanya. Lepas tu, dia tiup kuat-kuat otak aku sampai mengelegak macam bunyi orang hisap shisha. Habis bersepah otak aku, cair dan mula meleleh turun ke hidung. Makin lama, makin banyak. Habis semua rongga hidung aku dipenuhi otak yang cair, tersumbat hinggakan aku susah nak bernafas. Aku hembus nafas kuat-kuat melalui hidung. Keluar lendir-lendir pekat kehijauan. Ada kalanya berketul-ketul kekuningan.
Makhluk berwajah hijau tu masih galak mencucuk dan meniup-niup otak aku dengan straw. Rongga hidung yang sedikit lapang kini kembali dipenuhi dengan cairan otak sendiri. Tak kurang juga, ada yang lepas masuk ke kerongkong. Mungkin kadang-kadang aku tertelan sedikit-sedikit. Berlendir-lendir rasanya.
Ah, aku dah tak tahan dengan perangai makhluk berwajah hijau tu yang tak reti-reti nak berhenti buat khianat kat otak aku. Aku larutkan dua bijik soluble dalam otak aku dan berharap semoga makhluk berwajah hijau itu pergi meninggalkan kepala aku yang sudah berlubang sedikit di tempurung. Aku malas mahu melayan kerenah makhluk itu lantas merebahkan badan ke atas tilam.
Keesokan paginya, aku bangun dalam keadaan kepala bertambah berat, Cilaka! Makhluk berwajah hijau tu bawak anak dia sekali. Hari tu aku mc, tak pegi kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)

